Assalamualaikum..
Hari ni mami nak share resepi nasi goreng yang selalu mami buat untuk dijual di petronas.
Mudah saja nak buat nasi goreng ni. Orang yang biasa masak memang la senang. Kalau tak pandai masak? Mami dulu mana reti nak masak. Walaupun belajar katering masa sekolah teknik dulu, lauk-lauk kampung mana mami reti.
Sampai la duduk rumah sewa masa belajar dulu, baru la mami pandai sikit-sikit. Ambik ilmu dari kawan-kawan serumah. Lain orang, lain tempat, lain cara masaknya.
Jadi mami belajar buat nasi goreng dari kakak senior yang selalu bertandang ke rumah sewa kami.
Bahan-bahan tumis (tumbuk)
Bawang besar dan bawang putih
ikan bilis
cili padi
* tumis bahan di atas sehingga garing dan dalam masa yang sama jangan lupa tambah garam dan serbuk perasa. biasanya mami guna serbuk cukup rasa sikit. tak guna ajinomoto.
* bila dah garing, jangan lupa rasa cukup ke tidak garamnya. kalau dah sedap, masukkan nasi sejuk yang dah kita leraikan. goreng la sampai masak.
* bahan lain macam sayur, ayam, telur atau apa-apa bahan yang kita nak tamnah, boleh tambah sebelum masukkan nasi.
Alhamdulillah nasi goreng mamii yang jual dekat petronas, laris setiap hari. Syukur ya Allah sebab permudahkan rezeki mami untuk besarkan afaf :)
Selamat mencuba...
Aug 16, 2019
Aug 15, 2019
Resepi Donut Cik Dah Jawa
Assalamualaikum. Sudah bersarang lebah blog mami ni. Dah nak kena edit macam-macam untuk sesuaikan dengan usia mami yang semakin tua.
Dulu mula-mula ada blog, masih bujang trang tang tang. Sekarang sudah punya anak, jadi kena la berperangai seperti mak-mak haha.
Berbalik tajuk di atas, mami nak simpan resepi-resepi yang pernah mami cuba buat tatapan anak mami si Afaf tu. Jadi pertama kali ni, mami nak share resepi DONUT.
Donut mami laku keras masa kita berniaga dulu Afaf. Tok Dah la yang bagi resepi. Alhamdulillah murah rezeki tok dah sebab tak kedekut ilmu. Bila besar nanti, afaf buntu tak tahu nak buat apa, buat la donut ni jual untuk tambah pendapatan.
bahan-bahannya
1 kg tepung gandum
2/3 cawan minyak masak
2 1\2 cawan air
1/2 sudu garam
2 sudu gula
2 sudu susu pekat
gaul bahan di atas hingga sebati kemudian masukkan lebih kurang 4 sudu marjerin/planta/mentega dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
rehatkan doh sampai kembang 2 kali ganda.
setelah kembang, uli semula doh dan bolehlah bentukkan menjadi donut sehingga habis.
goreng.
Senang saja kan? Memasak ni kena banyak sabar Afaf. Kena selalu buat, insyaallah makin pandai nanti.
itu saja untuk kali ini. Selamat mencuba :)

Mar 14, 2013
Buntu
Assalamualaikum.
Sekarang ni memang tengah buntu tapi alhamdulillah tak menjejaskan kerja yang ada.
Tengah buntu nak memilih sama ada untuk teruskan kerja sekarang ataupun terima offer kerja dari seorang sahabat.
Bila dah buntu fikir, buntu la nak taip kat sini. Ok alasan.
End.

Mar 7, 2013
Pemanggang Ajaib VS Pemanggang Vantage
Assalamualaikum.
Rasanya semua orang tahu pasal pemanggang ajaib ni kan? Dan semestinya isteri-isteri orang ni merasakan ianya adalah gajet wajib utk dapur mereka..Gajet gitu. Begitu juga dengan saya. Oh feeling macam buat karangan masa UPSR dulu je.Masa pemanggang ajaib ni tak glemer lagi, setiap rumah kat kampung saya tu ada menda alah ni sampaikan kawan adik tanya "kat umah mak hang ada dak pemanggang ajaib?" jawapannya mestilah YA. Dan nak tahu tak apa kawan adik ni cakap?

"Haaa..kira mak hang tu kariah sungai pau lagi la"
Begitu hebat penangan pemanggang ni sampai kalau takda tu dah tak dikira penduduk kampung ^_^ Dah tentu la kat rumah mak Cikgu Ma pun ada sebab kami kan berjiran. Dan nak bagitahu kat semua orang yang sekarang ni saya pun dah ada pemanggang tapi bukan jenama pemanggang ajaib yang ada gambar ikan seekor tu!
Sebelum ni saya buat tak tahu je dengan pemanggang ajaib ni dan disebabkan oleh kenaifan dan kesombongan, saya telah mengorder George Foreman Grill dari UK yang pada saya lebih up to date la. Semalam incik suami belikan saya Pemanggang Vantage untuk saya konon-konon hadiah birthday pd 4 mac(eh, terbagi tahu pulak besday i) dan harganya RM99 sahaja dengan saiz 30cm dengan permukaannya yang dalam. Berbeza dengan pemanggang ajaib yang bersaiz 28cm dan harganya RM129. Tapi fungsinya sama saja tak kisah la pakai jenama pemanggang ajaib ataupun vantage.
Ok mesti semua nak tanya dah masak apa kan? Saya simpan je pemanggang tu buat hiasan..Sayang oii nak guna, takut kotor..Hadiah dari suami kot. Takde la, insyaallah hari ni saya cadang nak panggang ayam. Nanti saya tayang kat sini ok? Pemanggang Vantage ni kalau beli kat Langkawi murah sikit dalam RM80 kot. Nak lagi murah beli jenama Haji Ismail Group. Alaa kedai yang jual coklat dan pinggang mangkuk kat langkawi tu..
Jadi tunggu apa lagi, dapatkan satu untuk anda!

ini bukan entri sponsor. sapa la pulak nak sponsor kalau blog pun tak berupdate sampai 7 bulan!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ini Blog Saya |