Jun 17, 2011

Salam Bersua Kembali

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas diruang ini.

Assalamualaikum semua kawan-kawan. saya kembali lagi setelah hampir sebulan men'cuti'kan diri. ehem-ehem pengantin baru lagi ke kau? dah dua minggu bergelar isteri. baru ke?

pertama-tama nya nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga sanak saudara dan kawan-kawan seterusnya semua yang membantu manjayakan majlis perkahwinan kami. syukur kerana segalanya berjalan dengan lancar. terima kasih sekali lagi. terima kasih juga kepada yang tak putus-putus mendoakan kami. terima kasih yang banyak sangat pada yang sudi hadir memeriahkan majlis. moga kalian semua diberkati dan dirahmati.

apa perasaan selepas bergelar isteri ni ye? ramai kot yang tanya. perasaan tu mula-mula lepas kahwin sangat penat. masa majlis tu aku rasa macam lenguh pipi sebab asyik senyum saja. naik sengal tulang pipi kau tau? nanti kau dah kahwin tahu la macam mana. tapi seronok sangat! dapat hadiah banyak gitu. rasa macam nak kahwin berkali-kali. hahaha. kau ingat ada orang nak bagi hadiah lagi ke kalau dah  berkali-kali? T__T sebenarnya lebih seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan lama dan saudara mara.

apabila dah jadi isteri ni banyak la tanggungjawab yang perlu dipikul. kalau time bujang kau kenyang lantak la orang lain lapar tapi lepas kahwin tak boleh fikir perut kau sorang je. incik suami lapar tapi kau kenyang, kena jugak masak ok? tak boleh kata kalau abang lapar, pegi la cari makan sendiri, perut masing-masing kan..tak boleh tak boleh. orang lain makan lempeng kau makan lempang la kalu camni.

kalau dulu biar la bilik bersepah ke hapa ke tak ada orang kisah sebab tu bilik kau sorang-sorang jadi orang lain tak perlu nak campur tapi sekarang kena sentiasa kemas dan bersih. time bujang bila lapar, goreng ikan bilis pastu makan dengan kicap dan cili api pun dah cukup menyelerakan terus makan sampai gemuk pun tak kisah. tapi lepas kahwin takkan la kau nak bagi laki kau makan macam tu jugak. kesian anak orang. elok-elok dia berisi sebelum kahwin, lepas kahwin terus jadi besar ikan bilis dek penangan isteri dia asyik goreng ikan bilis hari-hari. lepas tu jangan tanya kenapa ada orang admit hospital sebab gout. sapa yang susah? kau jugak kan? jadi masak la makanan yang menyihatkan tubuh badan. badan sihat otak cerdas. tahu?

kalau dulu balik kerja boleh je lepak-lepak malas depan tv sambil tengok drama akasia kat tv3 tu. tapi sekarang still jugak tengok tapi ubah style sikit. masak-masak sambil menonton. nasib baik dapat hubby yang memahami. bila ada scene yang penting-penting dia pun melaung "sayang, pompuan tu culik anak nora". baguskan? lagi bagus bila dia tolong kopek ikan bilis. meringankan beban isterinya. jadi kena ingat ye. jangan pulak lepas balik kerja kau terus mengadap tv, fikirkan dulu tentang perut suami. ~ sambil berfikir hari ni nak masak apa pulak la ye~ ^^

masa bercinta dulu bergaduh tak cakap banyak banyak hari tak kisah pun. ramai lagi kawan kau yang boleh dibawa bersembang dan tak heran sangat pun kalau aku tak nak mengalah kau tak nak pujuk. tapi bila dah kahwin kena pandai-pandai mengalah. nanti tak kan la nak bercakap sorang-sorang pulak kalau dah duduk berdua je kat rumah ni. sila abaikan pasangan yang tinggal dengan family. jadi kalau nak merajuk sila la fikir dua tiga kali sekiranya pasangan anda bukan kaki pujuk supaya hati anda tidak sakit hati apabila tiada yang perasan akan kemerajukan diri anda. sabar je la..

banyak perubahan yang perlu dibuat selepas berkahwin ibaratnya macam kehidupan kita berputar 360 darjah dari sebelumnya. perlu untuk kita berubah demi kebahagiaan pasangan kita. jangan terlalu mengikut hati dan nafsu kita yang tak tentu hala. harus berfikir banyak kali dari pelbagai sudut sebelum buat sebarang keputusan kerana setiap keputusan itu bukan saja melibatkan diri kita sahaja tapi ianya akan membabitkan diri orang lain juga.

perkahwinan ini bagi aku adalah sesuatu yang sangat indah. paling indah bila kita dapat solat berjemaah dengan suami sendiri. solat ini juga adalah pengikat kasih kita dengan pasangan. ini pendapat aku. sila jangan abaikan solat anda kerana dengan solat insyaallah kita akan terpelihara dari melakukan perkara yang tidak elok. eh, semua orang dah tahu lah ini. ah aku nak ingatkan saja. terpulang kepada diri masing-masing. tapi jangan la pulak kau solat lepas baru-baru kahwin saja.selama-lamanya tahu? solat tu wajib even kita sakit or apa pun. tiada alasan sampai kita mati pun orang solatkan kita. pentingnya solat tu. kena ingat ye semua.

tiba-tiba macam jadi ustazah pulak. mungkin idea dah beku disebabkan keadaan sejuk yang tidak berapa melampau. alasan. sampai sini saja untuk kali ini.

p/s - jangan derhaka dengan suami anda. tak bau syurga nanti. takut tak?

terima kasih sudi baca.
jumpa lagi.

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya