May 25, 2009

>pameran PAPA di tesco ekstra selayang<

~ makan time~

~pose mana yg sempat~

~posing ajerr...~




kutipan derma untuk anak2 yatim palestin kali ni agak memuaskan,alhamdulillah..walaupun di akhir2 bulan ni agak ramai yg sengkek tp ada yg menderma sampai RM250..huh..moga Allah melipatgandakan rezeki ke atas hambaNya yg ikhlas dlm membantu insan yg memerlukan..dan semoga hari2 akan dtg akan ada lebih ramai lagi insan yg bersimpati pd anak2 pejuang palestin dengan menderma bagi membantu meringankan kesengsaraan mereka ini..



May 21, 2009

~untukmu palestin~

Palestin,
Engkau umpama kucing yang kelaparan,
Memanggil umat Islam untuk bangkit berjihad,
Tetapi seruanmu itu umpama darahmu yang mengalir dialiran badanmu,
Hanya sedikit sahaja yang mendengar rintihanmu itu,
Mereka bangun dengan hanya satu tujuan yang nyata.
Al-Aqsa,
Dinihari engkau menangis,
Kesucian engkau dihina dan dinjak-injak begitu sahaja,
Tanpa ada rasa sifat peri kebendaan dan kemanusiaan,
Engkau dibakar,
Engkau diroboh sedikit demi sedikit,
Tetapi umat dunia ini tidak menyedari,
Terus lalai dalam kemewahan dan kesenangan hidup ini.
Janganlah engkau gelisah,
Allah akan sentiasa menjaga kota yang letaknya masjid suci yang ketiga ini.
Malaikat akan sentiasa bersamamu
wahai rakyat Palestin yang beriman,
bagi menegakkan kebenaran dan syiar agama yang teragung ini.
Tiada agama lain yang diterima-Nya selain Islam.
Oh Muslim,
bangunlah daripada lenamu yang sudah panjang lamanya.
Bukakanlah seluas-luas matamu.
Bukakanlah.
Rakyat Palestin tidak mahu sumbangan harta,
Tidak mahu wang berjuta-juta,
Mereka mahu umat Islam bersatu,
Bersatu berjihad untuk Islam.
Syahid menunggumu
oh Mujahidin sekalian.
Berdirilah,
Rapatkan tapak kakimu ke tanah,
Teguhkanlah kekuatanmu untuk Islam.
Allahuakbar!!
Nukilan : Atifgazali,Baling. Januari

May 19, 2009

>jalan-jalan<


dengan tidak di sangka-sangka, aku,dyana n azie dpt gak pegi terengganu ikut pemuda masjid survey tempat utk buat program PROKHID @ program khidmat masyarakat desa kat kg kuala kemaman..huh..letih,tido bape jam jek..

dgn keadaan tergesa-gesa kami bersiap. lpad abis waktu keje aku,dyana n angah terus blk ke pangsun hantar maid baru puan najwa,konon blk nak ambik baju untuk lepak kat keramat sbb kwn2 kat pangsun smua blk kg...smpai kat sana terjumpa haji,sj je borak2..terkeluar plk psl pemuda masjid nak pegi terengganu sbb haji tanya pasal kete unser sbb dia tgk aku bwk blk kete chevrolet..saje je gurau2 tgk2 haji bersemangat plk nak suruh kitorg smua pegi..apa lagi,melompat la..(dlm hati je la)

so lps solat maghrib kami bertiga bertolak keluar dr pangsun ke keramat,smpai keramat pegi mkn ngan dyana..naik atas,mandi2,kemas2..dlm pkl 11pm baru bergerak ke masjid wilayah dgn fairil utk ambik abg zaidi..lps tu ambik anuar n k.ila kat bt cave..lps tol gombak,jumpa dgn kwn abg zaidi-khairul..dlm pkl 1 am kami baru bergerak ke kemaman..smpai sana dh pkl 4 pagi..

esok dan lusa ada tugas yg menanti...

macam-macam masalah ada masa kat sana tp alhamdulillah semua dapat di selesaikan dgn baik n kami blk dengan hati yg tenang..hehee..terima kasih pada cikgu zul,ayah wan n penduduk kampung kuala kemaman atas kerjasama..terima kasih jugak pada abg khairul n kak miza sekeluarga atas bantuan n sanggup luangkan masa untuk kami..moga allah membalas segala jasa baik kalian..

on the way blk,fairil drive..abg zaidi kat sebelah tido..aku n dyana temankan fairil,takut dia mengantuk..abis idea nak bersembang kami main teka-teki..riuh rendah dlm unser..hahaa..last2 tinggal aku sorg je yg steady tak tido..yg lain kantoii..dh tinggal sorg2 tak tau plk nak bersembang...5km nak smpai kawasan rehat genting sempah,fairil dh tak blh tahan mengantuk..so abg zaidi continue drive smpai KL..pkl 5.30 pg kitorg sampai keramat..

tido sekejap,bersiap pegi ofis..lmbat ckit masuk,9.50 baru sampai..aku ni mcm2 rasa,nak termuntah la,sakit perut la..maklum la tak cukup tido...kat ofis,aku dyana n k.ila tido je kat meja..nasib baik en. rohaizad sporting n faham...

mlm td pkl 9 aku dh belayar..tak sedar ape smpai pagi.....

May 6, 2009

>>takde title<<

keboringan mencapai ke tahap gaban..rasanya lebih parah dari tu,agaknya dah sampai ke peringkat suria perkasa hitam,ultraman mahupun shin chan..

apa aku nak buat nih...adoiii..ni la masalahnya kalau kat pc sendiri takde internet..en.abas ni konon nak cari driver utk pc aku tp sampai sekarang haram..ape pun takde,jangankan driver tu,sekali dgn en.abas tu aku tak nampak2 sampai sekarang..kalau ada internet takde la boring meningkat tinggi sama tinggi ngan menara KL..

sekarang ni dok menumpang pc kak ila plk..adat menumpang,mana boleh selalu2 sangat ka..huhu..kusedar diri ini siapa...bagaikan musafir bla bla bla..

so sekarang ni aku dok lawan main games je la ngan si angah ni..games pun tak boleh blah,solitaire dgn freecell jek...kira dah terer tahap cipanzi la sekarang ni..

minggu ni dengarnye ade kursus induksi la plk..mana satu nak pegi ni,macam-macam program la plk..hari minggu je keluar,tak lekat kat umah..dah lama tak mandi sungai ni,takde masa sungguh..harap2 tak jd la program tu minggu ni...dapat la luangkan masa lebih lama bersama katil tersayang..buku ustaz hasrizal hari tu pun tak abis baca lagi,kiranya aku ni bz woman jgk la kan (perasaan yg perasan) hehehee...

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya