Jun 24, 2009

..::bulan rejab::..

salam untuk semua..

pejam celik pejam celik hari ni dah masuk bulan rejab thn 1430h..credit to atie sebab ingatkan diri ini..tak sangka cepat sungguh masa berlalu,rasa macam baru je puasa dan sambut raya..iskk..

alhamdulillah aku masih diberikan kesihatan yg baik utk berpuasa sempena 1 rejab hari ni..datang setahun sekali jugak bulan rejab ni kan..lagipun bulan rejab ni bulan Allah seperti yg diriwayatkan,RAsulullah saw bersabda "ketahuilah bahawa bulan rejab itu adalah bulan Allah"

kalau allahyarham tokwan ada,dia puasa 3 bulan berturut-turut..bulan rejab,syaaban dan ramadhan..kuat betul tokwan..tapi sebenarnye puasa tu yg banyak menyihatkan dia..tokwan meninggal tak sakit apa pun,terjatuh dalam bilik air..hmm..rindu tokwan...moga tokwan ditempatkan dikalangan org yg beriman..al-fatihah..

berbalik pada bulan rejab..dalam bulan rejab ni jugak terdapat satu peristiwa besar dlm sejarah islam iaitu isra' mikraj..ape tu? kalau tak tau search je kat internet..hehhee..isra' mikraj 27 rejab bersamaan 20hb 7 nnt,masa tu jgn lupa puase ye..banyak hikmahnye..nak komen banyak2 takut tersalah fakta pulak..so korang cari la sendiri ye,apa hikmahnya berpuasa di bulan rejab nih..

kat sini ada satu riwayat pasal bulan rejab yang aku jumpa..

Nabi S.A.W bersabda.."sesungguhnya didalam syurga itu terdapat sungai yg disebut sgb sungai rejab,airnya lebih putih drpd susu dan lebih manis drpd madu. barangsiapa yg berpuasa satu hari di bulan rejab,Allah akan memberinya minum dari sungai itu.." riwayat Baihaqi..

so hari ni aku sorang aje yg puasa,tak tau la nak berbuka kat mana hari ni..nak masak mmg la tersangat tak sempat (malas ckp je mls)..hehehe..mungkin kat arina seafood kot..hari-hari muka aku n kawan2 makan kat situ sampai waiter dengan tukang2 masak tu dah tau kitorg nak makan ape..hishh..wat malu aje,anak dara makan kat kedai hari2..hahaha..bior la,asalkan kenyang..masak pun wat rugi gas aje..(alasan tak blh pakai)

ok la..takat ni je dulu..pada yg puasa,selamat berbuka nnt..yg aku tau pose hari ni atie dgn mom dia...selamat berbuka atie,makcik..makan elok2 tau..

adiosss..





Jun 23, 2009

~new look~

salam all..

hari ni bosan takde nak buat apa,so aku pun tukar la background blog ni..atiepun dah tukar,nana pun nak tukar jugak la..hehhee...

tapi macam serabut la pulak..tapi biarlah..aku sukeee...huhu

disebabkan keboringan sampai tahap petala lapan kuasa dua,dengan internet yg tersangat laju(laju la sangat) akhirnya berjaya jugak tukar setelah sekian lama nak tukar..ape ko merapu ni yana..

hari ni takde buat apa2,tak ym dengan sapa-sapa setakat ni..sebab dok pulun mengadap mende alah ni la..tangan ni gatal aje nak online ym,tapi hati ni dok pujuk suruh sabar..bukan apa,karang mesti tak jadi punye la..

so..sekarang dah macam puas hati aje,so dah boleh la on ym..

::resepi::

Resipi penyembuh dosa

Bahan-bahannya :
¨ Ambillah akar-akar kemiskinan dalam jiwa kesabaran
¨ Gaulkan dengan serbuk fikiran kesedaran
¨ Campur dengan rasa rendah hati dan kesyukuran


Cara mengadunnya :
¨ Tumbuk kesemua bahan itu ke dalam lesung taubat
¨ Basahi dengan airmata sesalan
¨ Tuangkan ke dalam bekas rendah diri
¨ Lapik dengan kertas kekuasaan Ilahi
¨ Lumur dengan minyak keimanan
¨ Tanaklah dengan api tawakal

Penghiasnya :
¨ Simbah ia dengan istighfar banyak-banyak
¨ Balut dengan limbaran keinsafan
¨ Taburlah dengan bunga-bunga cinta dan kasih sayang
¨ Hias dengan tiang-tiang kehormatan
¨ Selitkanlah dengan potongan-potongan iman
¨ Hidangkanlah ia di atas hamparan ketakwaan demi keagongan Ilahi Pencipta sekalian alam
Ciri-ciri

keperibadian Muslim

1. Takwa
Sifat takwa merupakan sifat asas sebagai seorang Muslim, iaitu patuh dan tunduk kepada Allah SWT dan setiap detik kehidupannya. Takwa merupakan sumber kekuatan tersembunyi yang meresapi dalam diri Muslim. Dengan sifat takwa itu, para sahabat mampu merentasi padang pasir dan melakarkan nama Islam di muka bumi ini.

Jun 22, 2009

>bad mood mode<

salam..

banyak benda yg berlegar di kepala utk di coretkan disini..tapi di sebabkan suatu perkara,otak aku terus jadi tepu..putus fius..ntah kenapa..segala-galanya gelap,takde mood..kenapa aku rasa macam ni?? ntah..aku sendiri tak faham..rasa sedih,kecil hati dan apa-apa jugak yang membawa maksud yg sama..walaupun ada suatu perkara yg boleh memujuk hati ini,tp perasaan yg satu lagi masih jugak bermain-main di fikiran..
MySpaceMySpaceMySpaceMySpaceMySpace

arghhhhh!!!!
MySpace

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya