Apr 12, 2011

omong kosong

assalamualaikum..
apa cerita hari ini ye? hari ini adalah hari yang agak boring. tak ada buat apa-apa sebab tak ada mood nak buat kerja. padahal banyak kerja kot nak kena buat. tolonglah jangan tangguh-tangguh kerja fazhana..baiklah. esok saya buat.

sebenarnya blog ni macam tak mencapai maksud pulak kan? jom bercerita konon tapi updatenya malas. kadang-kadang saja ada. now you see, now you don't! macam iklan choc fudge dulu-dulu. kena fikirkan idea lain la nampaknya..

padahal sebenarnya banyak saja cerita yang nak dikongsikan. tapi kadang-kadang bila nak menaip, terus idea hilang macam dibawa angin lalu. terus tak tahu nak taip apa dan nak mula dari mana. kesudahannya baca saja cerita kawan-kawan. lagi seronok!

kadang-kadang cuba juga nak cantikkan blog macam kawan Cikgu Ma @ Akmal ni. dulu-dulu dia belajar memblog dari yana juga tau..kiranya saya ni macam tok guru dia juga la. *padahal bukannya ajar apa pun, perasan la kamu ni yana! lihat blog dia sudah cantik kan? tapi still juga tak pandai-pandai nak edit. sebenarnya malas sebab bila buat sekali tak jadi terus kecewa dan putus asa. akhirnya hanya redha dengan blog yang sedia ada ini. nasib la..

agak-agak lepas kahwin nanti boleh lagi ke memblog ni ye? kenapa pula tak boleh..mesti lagi banyak cerita yang nak dikongsikan. betul tak? boleh bagi tips dan petua kebahagiaan rumah tangga. kongsi cerita yang baik-baik untuk kebaikan semua orang. dapat menabung pahala. emm..seronoknya. rasa macam tak sabar nak kahwin pulak. oh gatalnya saya! (sebenarnya saya sangat takut!)


bila sebut saja pasal kahwin, terus jadi macam tak berapa betul. rasa macam sangat relax tapi sebenarnya macam-macam benda lagi yang aku tak buat. dalam hati, tuhan saja yang tahu. mood tiba-tiba melayang ke lain. jadi, tak ada apa lagi yang boleh diceritakan. sampai sini saja.

p/s - jaga diri, hiasi peribadi!

Apr 7, 2011

Perkara yang boleh mengundang MARAH!

picture source

apa perasaan anda bila orang yang pernah kita tolong dan bagi tunjuk ajar, tiba-tiba bersikap kurang ajar dengan tidak mengenang jasa kita? sudahlah tak kenang jasa, diburuk-burukkan pulak kita didepan bos atau orang atasan. ini memang boleh mengundang marah. tengok, dah marah sangat sampai salam pun tak reti nak bagi. maaf!

assalamualaikum semua..

apa cerita ni? kali ini nak bercerita fasal insan yang suka buat orang susah. bukan BOS tau. tak ada kena mengena ok. ini alkisah orang yang tak tahu tapi suka buat tahu. lepas tu pandai pulak dia menambah perasa yang tidak dibenarkan. salah etika tu kan? tak kenang jasa tu satu hal la. kami ni bukan la nak suruh orang menghargai apa yang kami buat. tapi tak payah la buat cerita sampai boleh menjatuhkan imej kami sebagai orang yang baik ni! baik la sangat.


tapi sungguh tau. memang sakit hati. rasa macam menyesal pulak buat baik kat orang tu. tapi tak baik kan kita bersikap macam tu? baiklah, saya tak mengungkit cuma nak sebut saja. tak apa kan? yang nak marah sangat tu bukan pasal apa. sebabnya cerita tu tak betul. kalau betul kami buat perkara yang dia bawa tu, kami semua redha dan akan cuba ubah. tapi perlu ke cerita tu sampai ke pihak atasan? nampak sangat la dia berak tengah jalan tapi tuduh orang lain pulak! ( ada ke perumpamaan macam ini?)

rasanya manusia jenis macam ini ialah jenis yang bila kena marah, dia akan salahkan orang lain. jadi kononnya dia langsung tak bersalah. semua kesalahan tu adalah disebabkan oleh orang lain. yang betul semuanya dia. dia saja yang pandai. dia saja la yang terbaik. tak puas hati ni.

ok cukup-cukup la. tak baik pulak menuduh kan? tak pasal-pasal dapat dosa kering. dosa basah macam mana pula? astaghfirullah. aku maafkan segala kesalahan orang terhadap aku. moga-moga KAU ampunkan dosa-dosaku ya ALLAH. amin ya rabbal alamin..

p/s : kalau marah, duduk. kalau marah lagi, ambillah wuduk dan kerjakan solat.

Mar 31, 2011

Selamat Datang ke Dunia Baru

assalamualaikum pembuka bicara.

siapa yang datang kedunia baru? ada dunia lain ke kat dunia ni? eh, merepek la sangat. dunia ni cuma satu saja ye. tiada dua mahupun tiga. apatah lagi empat. ok dah faham.

siapa yang dimaksudkan tu ye? ahah..dia adalah...jeng jeng
baby girl selepas beberapa jam dilahirkan

 ini dia adik kepada farhan aminuddin. baby girl tau. muka dia ada jugak la nak sama dengan si abangnya. satu acuan. harap maklumlah ye. baby lahir dengan berat 3.5 kg. besar. ummi dia kecil sahaja orangnya. nasib le..dah masa mengandung segala macam mak ko telan, mmg la ko besar..hihih..

ini adalah anak sedara yang kedua. bahagianya dah ada anak kan? aku? tunggu la..lepas bulan 6 ni insyaallah akan usaha ke arah tu. oh gatalnya saya. jangan lupa nantikan kemunculan yana jr or amir jr ok? coming soon. insyaallah..

baby belum ada nama lagi..dia baru saja dilahirkan pada 30 mac 2011 jam 11 pagi di hospital langkawi. tak sabar la nak tengok baby..geram rasa nak cubit je pipi.

ah..tak payah la cakap banyak-banyak. hati dah tak sabar ni nak tengok baby secara life. harap diberi kesempatan.

ini farhan aminuddin selepas beberapa jam dilahirkan


p/s anak saya nanti agak-agak ikut iras siapa ya?

update : nama baby girl tu ialah AUFA MAWADDAH. tak sabar nak tengok dia..

Mar 23, 2011

bila dah boring

malam ni rasa macam nak update blog pulak. macam-macam nak cerita sebenarnya tapi lagi seronok dok skodeng blog orang..pandainya dorang design blog dorang..aku ni mana la reti sangat nak design ni. biar la blog aku macam ni saja. nanti dah pandai baru buat. entah bila la :)

boring tak baca? hahaha..terima kasih kerana boring.

baby ni pun kata boring

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya