May 16, 2011

boringnya..lagi-lagi pasal kahwin.

agak lama tak update blog ni. last update 5 mei. hari ini 16 mei maknanya sudah 11 hari tak menjengah ke blog yang konon-kononnya cantik walaupun tak ada orang puji cantik pun wuwuwuwu..ada sesiapa perasan yang aku tak greeting apa-apa? maaf lupa. assalamualaikum semua? apa khabar anda di hari guru ini? harap semua sihat-sihat belaka walaupun anda bukan seorang guru. ceh!

ok berbalik kepada topik asal. eh ada mention ke pasal topik ni? tak ada pun sebenarnya. saja je nak buat propaganda kat sini macam kiah propa kat tv3 tu. ok tak ada kaitan.

kenapa ye dah lama tak update blog? ada ke orang tanya aku? setakat ni tak ada la pun. aku saja yang tanya diri sendiri jadi aku jawab juga untuk diri sendiri. kot ada yang tertanya-tanya didalam hati sanubari, ini juga jawapan untuk anda. sebenarnya aku takut nak bukak blog ni sebab kat sebelah tu ada wedding tickers kan? haa yang tu la yang aku takut. cuba kau orang ushar tengok, tak ke tarikhnya dah hampir-hampir mendekati aku seterusnya menjerut leher aku sehingga mati erk. ok tak lawak. T__T

pic from google

lagi dua minggu lebih sikit saja sudah hendak sampai ke tarikh keramat itu. yaww i masih lagi berfoya-foya tak ingat apa di KL. macam-macam benda yang perlu diselesaikan. mana dengan hal kerja lagi. dekat rumah pulak (dikampung) entahlah macam mana rupanya sebab nak kena pindah rumah baru. baru-baru ni mak kata kera telah menyerang segenap ruang di dapur rumah sekarang dan jangan tanya dari mana kera-kera itu datang dan kenapa mereka bertandang kerana selama aku hidup kat rumah itu belum pernah lagi kera datang ziarah kami walaupun pada hari raya. kesian mak nak kena kemas dapur sorang-sorang. nak je aku sms kera-kera tak bertauliah tu datang kemas balik tapi tak ada pulak no henfon beliau. kurang ajaran betul.

borang nikah tak payah tanya la. sudah semestinya aku belum isi lagi kerana rupa borang pun tak ada lagi. incik amir dah ambil borang dia yang telah siap diproses dan surat kebenaran untuk dia bernikah sudah ada ditangan aku. dah boleh nikah ke? belum ok. tapi apabila borangnya telah lengkap maka tiada masalah bagi pihak aku. jadi minggu ini aku kan pulang ke kampung hoyeh hoyeh, jangan gembira lagi sebab banyak lagi perkara yang terbeban dibahu dan perlu diselesaikan segera. ok ok serius kembali.

seperkara lagi pasal rumah sewa. malam ini kami akan pergi melihat-lihat rumah yang bakal kami duduki selepas berkahwin. bak kata incik amir, rumah kita. oh so sweet..hahaha tak lawak. dan tiba-tiba pula incik amir menjadi seperti lalang ditiup angin kata nak pindah barang minggu ini juga padahal sebelum ni kata nak pindah selepas nikah. jadi terpaksa postpone nak balik kampung hari sabtu dan kena balik hari ahad. tapi tak apa lah sebab selepas kenduri nanti kami terus saja masuk rumah tu. senang juga macam tu. jadi kesimpulannya borang nikah hanya akan selesai pada hari isnin minggu depan. jangan tak dapat nikah sudah. opss mulut tu cili kang!

baju sepasal lagi. untuk majlis bertandang aku tak ada baju lagi. agak-agak la ada lagi ke baju untuk disewa time-time cuti sekolah dan semua orang berpakat untuk berkahwin beramai-ramai ni? maklumlah kampung aku tu terceruk sikit jadi tak la banyak sangat choice. tak kisah la..kalau tak ada baju untuk disewa aku beli je baju yang agak-agak boleh dipakai nanti. jadi isu baju ini tidak menjadi satu pasal untuk aku.

haila..kan seronok kalau ada orang uruskan segala-galanya untuk aku. bukan takat seronok, dua ronok tiga ronok..lapanblasriburonok dan seterusnya berjuta-juta ronok. kalau ada orang tolong uruskan bahagia sungguh aku rasa, mau aku balik kampung sehari sebelum nikah. melampau sangat dah tu! buatnya orang yang tolong uruskan tu bernikah baru padan muka kau. mana taknya,  tiba-tiba dia isi nama pengantin perempuan tu nama dia. haa menangislah tak berlagu disitu. hahahaa. jadi lebih baik uruskan sendiri.

setakat ini saja update untuk hari ini. maaf kalau boring sebab asyik-asyik aku bercakap pasal majlis kahwin aku yang tak ada apa-apa ni. saja nak share supaya ringan sikit beban yang ditanggung. yang berat-berat tu harap-harap ada la orang tolong tanggung. siapa sudi sila angkat tangan. ok satu nak..dua..tigaratus..lapanratuslapanploh. oh ramainya yang sudi. terima kasih ^^ (perasaan tahap melampau, boleh lempang laju-laju T__T)

terima kasih sudi baca dan jumpa lagi pada entah bila yang akan datang ^__^ semoga ceria-ceria selalu.

p/s - hanya fikir yang indah-indah supaya otak tak berserabut. yiehaa

May 11, 2011

update blog(?)

malam ni terasa la sangat kebosanan. macam-macam kerja nak buat kalu difikirkan tapi tak ada mood pula. macam nak update blog inilah. macam-macam nak cerita tapi tak tahu nak menaip macam mana. ambik kau sampai lupa. itulah makan tonik semut banyak sangat. aduh!

ada kawan cakap bila seseorang tu nak kahwin, habis semua benda dia lupa. mana ada? mana ada? tengok! sekarang aku dah tak tahu nak menaip apa. hilang semua idea. rasa nak pergi tidur pula sekarang. ok bye.

p/s : ada rasa nak lempang gadis ini laju-laju tak? T___T

Apr 21, 2011

Iklan yang terfeveret!

HAHAHAHAAA..

tengok tu, awal-awal lagi dah gelak guling-guling..hahahaaaa..gelak lagi.

Eh sebelum gelak kena pantun dulu. makan nasi dengan A.galak, aku nak gelak.. HAHAHHAA. ok fine aku tiru pantun Yus raja lawak.

iklan yang paling aku suka sampai gelak terbahak-bahak buat masa sekarang ni ialah iklan CORNTOZ. bahahhahaa..lawak la. tak tahu la kenapa aku suka sangat. kau orang pernah tengok tak? mesti pernah kan? mari sini kita tonton bersama-sama..


lawak tak kau orang? member-member aku gelak jugak tengok iklan ni, tapi bukan gelak sebab iklan tapi dia orang gelak sebab tengok aku gelak..ceh!

tapi serius aku memang suka sangat. biar la tengok lapanplohlapan kali pun aku tetap gelak jugak. terpulang la kau orang suka ke tak. yang penting aku suka..hahhaa

kat mana yang ko suka sangat nih? hahhahaa part perempuan tu sengih lerr..haa tergolek kau bang, tadi gatal sangat nak mengorat buat aksi bagai. kau tengok aksi aku lagi hebat! hahahhahaha

p/s tak elok banyak ketawa, nanti hati mati..opss. insaf T___T

Apr 20, 2011

Fesyen Tudung Dulu dan Sekarang

assalamualaikum semua..apa khabar hari ini? wahh yana bukan main lagi bertanya khabar. apa yang seronok sangat hari ini pakai tanya khabar segala. sebelum-sebelum ni tak ada pun? manusia berubah kan? hihih
apa-apa pun diharapkan semuanya sihat-sihat belaka.

ni kenapa tiba-tiba saja terkeluar tajuk fesyen pulak dekat sini? blog jual tudung ke hapa. mana ada la, saja seronok tengok fesyen tudung sekarang. belit sana  belit sini mau terbelit leher karang terus mati. opss...maaf. pakai la macam mana pun, tak salah. janji menutup aurat.

sebenarnya bercakap pasal fesyen tudung ni sebab tadi sepupu tag gambar kat facebook. gambar dolu-dolu. rupanya anak sepupu yang tag. ntah kat mana diorang dapat pun tak tahu. mungkin tiba-tiba diorang satu rumah mengemas dan tiba-tiba terjumpa pulak album lama-lama. maka terkeluarlah gambar aku yang tak boleh blah tetapi comel dengan gaya tudung yang sangat tak boleh blah..hahhaa..

tapi bila tengok-tengok balik, fesyen tudung tu lebih kurang saja dengan fesyen tudung sekarang. ala yang jenis syria ke hapa aku pun tak tahu. almaklum aku ni bukan pengikut fesyen tudung semasa.
tudungnya lebih kurang beginila..
sumber
kalau nak tahu dulu-dulu pernah je aku pakai tudung macam ini. tak percaya? rasa-rasanya engkau orang yang perempuan-perempuan ni pun pernah pakai tudung macam ini. pakai time nak pergi mengaji al-quran malam-malam atau petang. ala tak payah tipulah. konon-konon malulah nak mengaku pakai tudung macam ni masa kecil-kecil dulu padahal dah tua-tua ni tak malu pulak. hahaha

mari sini aku tunjukkan bukti. walaupun tak comel tapi aku tetap bangga sebab aku dah pakai fesyen tudung ini sejak dari kecil-kecil lagi. tak patut betul tudung tu nama tudung syria. bagilah nama tudung fazhana ke, glemer sikit i.

sudah la membebel. mana gambar ko yang kononnya pencipta fesyen tudung macam ni? tunjuklah! yelah memang nak tunjuk. tapi kau orang jangan pulak terkejut beruk bila tengok kecomelan wajahku ini..hahha..sila lempang laju-laju.. T____T


see? aku dah cakap kau orang yang tak percaya. sekarang silalah kagum dengan diri aku..bahahaa...kat sebelah tu kak long aku. lihat, dia pun pakai tudung fesyen jenis yang sama. comel tak kami? tolonglah puji dan buat hati kami gembira, sedikit pun jadilah. *pang-pang bunyi orang kena lempang*

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya