Jan 20, 2012

Mari mengenal loghat Utara

Assalamualaikum..

Episod kali ini adalah untuk membincangkan tentang loghat utara yang mungkin kadang-kadang agak mengelirukan segelintir masyarakat diluar sana. Oleh itu kita menjemput Puan Fazhana bagi mengupas isu ini.
muntah hijau

Ok ok..Kepada hangpa yang bukan orang utara tapi dah berkahwin atau bakal berkahwin dengan orang utara  ni plis be alert la dengan sesetengah perkataan yang mungkin korang akan salah faham.

Contoh 1

"Cek nak p kedai tolong beli roti sama na..Habih dah roti nak cicah ngan ayaq kopi pak hang tu.."

Roti di sini bukan la roti bun atau roti potong gardenia mahupun hi 5 ya. Roti ni boleh jadi biskut lemak hup seng atau pun seangkatan dengannya.


Contoh 2

"Hang cari kasut mak sat. Sapa dia pakai tak tau.."

Jangan pulak hangpa fokus pada kasut saja sebab kasut tu mungkin juga selipar sebab orang kedah hentam kasut ja semua walaupun ianya hanyalah selipar jepun.

Contoh 3

"Hangpa p menyorok tang mana tadi?"

Kalau dapat soalan ni hangpa tolong la jangan jawab kami tak p menyorok, kami p breakfast saja. Sebab menyorok tu sarapan pagi la.


Cukup la 3 contoh saja sebab sebenaqnya aku pun tak berapa tau jugak, yang basic ni ok la. Contoh 3 tu masa kecik-kecik aku terkena dah. Almaklum la kecik-kecik dok KL, bila dah duduk kat kampung sepupu aku yang memang jati kedah tanya, dah menyorok ka? Aku slamber ja jawab, main sorok-sorok? Semua pakat gelak.

Kebatakan aku dan sepupu-sepupu lain yang mix kedah-kl ni terserlah lagi bila raya baru-baru ni ada ustaz yang berubat kak long dan makteh mintak ayam rendang untuk putus ubat. Sepupu aku masuk dalam bilik aku dan tanya macam mana nak buat. Aku pun dengan tak boleh blah menuduh yang bukan-bukan kata ustaz tu bela jin la bagai.

Dalam kelam kabut kami dok tanya satu sama lain macam mana nak cari bahan untuk buat rendang ayam, ustaz tu bersuara.

"La..apa susah nak buat. Letak garam dengan kunyit, panas minyak pastu rendang la.."

Kami pun apa lagi, dengannya rakusnya dok gelak sesama sendiri sebab ayam rendang tu rupa-rupanya AYAM GORENG! Orang tua-tua dulu memang sebut macam tu. Ustaz tu orang hulu, jadi dia memang la guna istilah tu. Maafkan kami orang hilir ini ya pak ustaz. Mak Njang kami yang dah masuk kategori warga emas pun tak tau apatah lagi kami yang muda belia ini.

Ini RENDANG AYAM (pic from google)


Ini pulak AYAM RENDANG (pic from google)

Jadi anda-anda yang bakal jadi warga utara, kalau tak mau kena gelak boleh la belajar siap-siap ok?

Jan 18, 2012

Kenapa jadi begini?

Assalamualaikum..

Bila baca entri terbaru cikgu ma, aku rasa beban aku makin bertambah. Bila tengok gambar dan cerita-cerita pasal gejala yang tak sudah-sudah, rasa macam nak botak je kepala. Bila setiap hari orang call pasal anak dia dah mengandung anak luar nikah, rasa macam kepala otak ni dah tak boleh nak terima dah. Stress.

Sedih.

Kecewa.

Makin lama makin menjadi-jadi seolah-olah macam tak ada pendekatan untuk membendung gejala sosial dikalangan remaja masa kini. Padahal berlambak kot. Tapi kenapa nampak macam tak berkurang malah makin teruk? Tolong jawab sat..

Kadang-kadang aku dengar jugak perkataan fedup dari warden. Aku sendiri pun terkadang mengungkit jugak apabila seseorang pelatih tak berubah even dah dibimbing selama 13 bulan disini. Aku cakap kat ibu, sia-sia ja dia duduk sini.

Lalu ibu tegur aku. Dia kata kita tak boleh fikir macam tu. Dorang tu semua amanah kita. Bila kita ni buat kerja dakwah kita  tak boleh mengungkit dan merungut, nanti lagi sia-sia usaha kita. Penat saja tapi satu pahala pun tak ada. Kena ingat yang Allah takkan tanya berapa orang dah yang berjaya berubah tapi dia tanya apa yang dah kita buat. Dorang berubah atau tak, itu bukan kerja kita. Yang penting kita ikhlas. Dan jangan lupa, bila kita buat kerja-kerja macam ni, dugaan dan cabaran dah tentu terbentang depan kita.

Satu lagi ibu kata kita beruntung sebab Allah pilih kita di jalan ni. Bukan semua orang boleh buat. Bukan semua orang mampu. Jadi kita kena buktikan dan teruskan usaha ini. Korang semua kena ingat tau, walaupun tak semua orang mampu, tapi hal-hal macam ni adalah tanggungjawab semua. Kami jalankan tanggungjawab kami, masyarakat pun jangan lupa bagi sokongan sebagai tanggungjawab bersama.

Tolong doakan ye!

p/s - kalau nak tahu lebih lanjut tentang program ni, boleh tanya saya.

Jan 17, 2012

Fon genggam dan pulsa.

Assalamualaikum..

Tajuk sikit punya klasik lagi dewan bahasa dan pustaka serta keindonesiaan..haha.

Pulsa tu kad topup kot orang indonesia panggil. Masa program dengan orang Acheh dulu, bila nampak muka aku saja dorang panggil.. "Mbak Hana mana pulsanya.." Fon genggaam tu handphone la menurut bahasa A Samad Said.

Nasib baik aku faham jugak sikit-sikit bahasa asing tu sebab adik aku ada belajar kat Medan. Macam kawan aku hampeh tak tahu, boleh dia jawab 'tak' bila ada peserta tanya kereta tu pergi bandara ke tak. Dia ingat bandara tu bandaraya, padahal airport. Orang sebut nombor hape, dia kata nombor happy. Aduh..

Berbalik kepada tajuk asal, seingat ingatan aku start pakai handphone tahun 2002 masa study kat UiTM dulu. Masa tu Nokia 3310 la paling glemer. Sapa boleh pakai tu kira hebat dah la kot. Ceh. Time tu tak meluas sangat penggunaan fon genggam ni dikalangan budak kampung macam aku. Budak-budak KL ramai la yg pakai. Kami guna public phone saja kalau nak call mak abah. Rumah pun sepelaung ja.

Kad sim starter pack mana nak dapat bawah RM10 masa tu. Kalau sapa pakai Maxis memang bangga kot sebab starter pack dia saja dah RM200 lebih. Nak murah sikit kena pakai Celcom la. Topup tu kau tak payah la nak cari RM5 ke, RM10 ke, mana dapat..Paling murah RM50. Maxis pulak RM60. Lepas tu dah lama sikit baru Maxis buat topup RM30 dan offer stater pack murah, RM68. Aku pun apa lagi beli la..Tapi time tu kalau beli topup RM50 dapat harga RM47.

Sebab dah mahal, masalah kawan asyik tukar nombor pun tak timbul macam sekarang ni. Bila clash je tukar nombor baru. Bila bergaduh je tukar nombor telefon. Bila nak kenakan orang, beli nombor baru. Kalau nak uji boyafren sanggup beli yang baru konon nak tengok pakwe/makwe nya melayan atau tak. Almaklum la murah..Dulu sanggup je orang jual kad sim tu kalau dah beli kad lain. Sekarang ni campak je kalau dah taknak.

Time tu jarang sangat nak call orang pakai handphone. Mesej je. Mesej pun mahal, RM0.20 per sms. Nak mesej pun berkira. Kalau Celcom ke Celcom ok, tapi kalau ke Maxis sorry la. Macam tu jugak pengguna Maxis. Terpaksa sangat la baru mesej. Call lagi la mahal. Lagi jimat guna public phone. So kalau nak call, baru la rasa betapa bergunanya public phone kat tengah blok tu. Kalau tak, lalu nak pegi dewan makan buat nampak tak nampak je dia.

Masa tu jugak suka main missed call missed call. Pantang dapat nombor tak dikenali, terus ambik handphone kawan buat missed call balik. Lepas tu nombor tu merebak ke seluruh blok sampai kan kawan aku bertemu jodoh melalui tu. Alhamdulillah. Satu lagi suka buat panggilan 2 saat. Call dan cakap cepat-cepat, "nak makan tak?" lepas tu letak. Nanti kawan call balik jawab "nak" cepat-cepat jugak letak. Kes nak jimat punya pasal. Free je. Hehe..

Tapi sekarang ni dah tak kisah. Call je apa susah sebab rate dah murah. SMS ni jarang-jarang nak layan dah sebab takut tak sampai maklumat nanti payah. Kalau terdesak sangat saja baru nak SMS tu pun minta orang tu call baliklah. Handphone pun semakin canggih, bukan setakat dengar suara ja, tengok muka pun boleh dah..Macam-macam da...

Siapa yang pernah ada pengalaman macam ni? Meh la share...

p/s - handphone mahal tapi takde kredit pun tak guna jugak.

Jan 16, 2012

Mati itu pasti..bersediakah anda?

Tahu tak kebaikan dapat suami yang tidur berdengkur? Kebaikannya ialah bila kita terjaga tengah malam dan dengar dengkuran halus atau kasar itu, kita tahu yang suami kita masih bernafas!

Ada beberapa kali terjadi bila aku terjaga tengah malam, suasana sunyi tanpa dengkuran halus suami. Aku letak tapak tangan di belakang badan suami sebab dia membelakangkan aku. Tiada pergerakan. Berdebar jantung aku, rasanya kalau lampu terpasang mesti nampak muka aku yang pucat . Takut yang amat. Aku panggil dia sambil goncang badan. 5 saat lepas dia alih badan dan menyahut .. "hmmmm...."

Alhamdulillah.

Sungguh aku tak sanggup kehilangan dia dengan cara tu. Bukan saja suami, tapi mak dan abah juga. Setiap hari aku berdoa, jangan la Allah ambil mereka secara mengejut macam tu. Takut dan tak tertanggung oleh diri ini.

Tapi kita semua maklum yang mati itu pasti. Itu janji Allah pada kita kerana kita semua hak Allah jadi kita perlu bersedia untuk menghadapinya. Kita tak tahu antara kita, siapa yang akan di panggil dulu. Muda atau tua tidak dikira.



Oleh itu hendak atau tidak, kita perlu bersedia untuk kehilangan insan-insan kesayangan apabila panggilan itu sudah sampai dan jangan lupa untuk beramal sebagai bekalan di alam sana. Masa itu pasti tiba.

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya