Nov 29, 2008

~Konvo~


assalamualaikum...

selawat dan salam buat junjungan mulia dan para sahabat..


setelah sekian lama menunggu akhirnya konvokesyen jaiputra menjelma jua..

ewahhhh..bukan main lagi..hehehee


seronok dapat jumpa kawan2..setelah sekian lama tak jumpa..

ada hikmahnya buat lambat2 ni..hmm..


lepas ni tak tau la bila lagi nak jumpa ngan kawan2 ni..

masing2 sibuk..ada yg kerja,ada yg study..

yag kawen & dah ada anak pun ada..huhuhu


btw tahniah buat semua..

~Jadilah Seperti Danau~

“Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke dalam segelas air itu.

“Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih mengernyih. Sang guru ketawa kecil melihat wajah muridnya yang menyeringai kemasinan. “Sekarang kau ikut aku.” Sang guru membawa muridnya ke danau berhampiran tempat mereka.

“Ambil garam yang tersisa dan taburkan ke danau. Sekarang, cuba kau minum air danau itu,” kata sang guru.

Si murid mengambil air danau menggunakan tangannya. “Ahh, segar sekali,” kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan telapak tangan.

Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air diatas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa masin di mulutnya.

”Terasakah masin garam yang kau taburkan tadi?” soal guru.

”Tidak sama sekali,” kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi.

Sang guru hanya membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

“Nak, segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih.” “Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah diqadar oleh Allah, sesuai utk dirimu. Jumlahnya tetap, begitu-begitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. “Tidak ada satu pun manusia yang bebas dari penderitaan dan masalah.”

Si murid terdiam, mendengarkan.

“Tapi nak, rasa ‘masin’ dari penderitaan yg dialami itu sangat tergantung dari besarnya hati yang menampungnya. Jadi nak, supaya tidak berasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan hati dalam dadamu itu sebesar danau.”

Coretan penghantar: sama-sama mengambil ibrah dari kisah tersebut.renung kedalam hati, muhasabah diri, jaga hati, iman dan amal. Dipetik dari Luahan Rasa, Kesihatan akhbar Mingguan Malaysia

Sep 15, 2008

salam ramadhan

salam buat semua..

ramadhan kembali lagi..tak terlewat rasanya utk ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat smua..walaupun hari ni dah masuk hari ke 15..huhuhu..moga kali ni lebih baik dr thn lepas..amin..

buat kawan2 smua..maaf dipinta sempena ramadhan ini..maaf sbb dah lama mendiamkan diri..bkn sengaja tp keadaan tak mengizinkan..trm kasih buat kawan2 yg prihatin..

buat sarah..thanks 4 take care of me..i luv u so much..sorry sbb tak reply msg..sorry sgt sbb buat hg risau..

buat atie..nanasygkamu..hehheee..jaga diri baik2..nana doakan yg terbaik buat atie..

buat kawan2 yg lain..didoakan moga sentiasa mendapat rahmat dariNya..

terima kasih kerana menghargai diri ini..sesungguhnya kehadiran kalian membuatkan hari2 menjadi lebih ceria dan bahagia..

Aug 29, 2008

~Persahabatan~

salam buat semua..moga sentiasa diberkati Allah..

PERSAHABATAN?

bercakap psl sahabat ni susah kan..bg aku rasanya smpai sekarang aku tak tau samada aku ni ada ke tak sahabat sejati..sahabat yg sanggup berkongsi susah dan senang..sahabat yg sanggup bersama-sama tak kira dalam apa jua keadaan dan sanggup ketawa dan menangis dia waktu kita gembira dan sedih..

kawan mmg ramai..kawan baik pun ada tp sahabat sejati yg sanggup mati utk kita seperti para sahabat di zaman rasulullah mmg takde..ye la..zaman sekarang ni mana la kita nak cari yg sanggup sampai macam tu kan..klu ada mungkin seorang dalam sejuta..huhuh
yang ramainya kawan waktu suka..waktu duka? klu kawan waktu suka ada 10,kawan duka plk mungkin hanya seorang..

tapi aku cukup2 berterima kasih pada kawan2 yg mengenali diri aku selama ni..aku bersyukur sbb kawan2 aku sanggup berkawan dgn aku..kebanyakannya sanggup berkongsi suka dan duka..klu ada masalah,masing2 berkongsi untuk selesaikannya..
terima kasih kawan2 smua..terima kasih atas segalanya..

macam mana kita nak mencari sahabat sejati?

berpesan al-qamah kpd anaknya..
"Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:

~Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

~Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.

~Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.

~Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.

~Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.

~Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.

~Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.

~Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.

~Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.

~Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.

so..sama2 kita fikir,apakah kita ada kawan sebegini? tapi apa yang penting,adakah kita mempunya sifat2 sepertimana yang dipesan oleh al-qamah kpd anaknya..kalau takde,sama-samalah kita berusaha ke arah itu..mudah-mudahan kita blh menjadi sahabat sejati kpd sahabat2 kita..amin.

masa study dulu ada sorg kakak senior sebut psl persahabatan dlm usrah..tak igt pesanan tu dr sapa tp dia yg menyampaikan kat aku n sahabat2 lain..dia kata klu nak kekalkan perhubungan persahabatan,jgn igt kebaikan kita pd kawan tp igt la kebaikan yg pernah dia buat pd kita walaupun sekali dia berbuat baik dan lupakan kesalahan yg pernah dia buat walau berkali2 dia buat salah..insyaallah persahabatan yg terjalin akan berpanjangan seandainya kita saling maaf memaafi...

sempena ramadhan yg bakal tiba,mohon maaf dipinta seandainya diri ini pernah mengguris hati dan perasaan sahabat2 semua..moga ramadhan kali ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya..

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya