Jun 29, 2009

tak tau nak letak tajuk ape..mungkin geram,sedih n kecewa..hmm..blh la kot

bismilllah..

camne nak mula nih? tak reti la plk..huhuhu..
btw aku just nak luahkan perasaan sedih yg terbuku kat hati aku nih..patut ke aku luahkan? ape salahnye kan..ni kan blog aku,tak salah rasanya..ape-ape jela..

apaper pun aku cuma rasa terkilan dgn sikap segelintir kawan2 lama aku ni..ye la,nama pun kawan tp tak cuba nak faham perasaan kawan sendiri..bukannye aku sengaja pun tak nak join program yg telah dirancang tu,tp mmg sangattt tak boleh..ms awal2 hari tu mmg aku terkinja2 seronok la nak p (dalam hati je la) tp dah ada aral melintang tgh jln..tak blh nak alih dah,nak ikut jalan lain pun dah takde..jalan mati semuanya..why dont they try to understand my situation?

aku ni dahla jauh dr tmpt prgm,gaji pun tak masuk lagi..mana nak beli tiket pegi balik la,makan la..kurang2 RM100 melayang..RM100 tu time hujung2 bulan ni sgt2 la bermakna..takkan nak buang gitu aje(beli tiket)..tu je yg ada time paras bahaya nih..takkan la nak mntk dgn mak abah semata2 nak p sana utk program setengah hari je,tak sampai hati aku nak wat camtu..pastu aku nak merempat mana? haila kawan2..nape la korang tak faham..aku ni nak sgt jumpe korang..aku nangis kat cni sbb tak dapat join korang tau ke?

aku sedih tau bila aku call korang,korang nak tak nak je bercakap..macam la aku ni pesalah yg nak kena hukuman gantung..korang buat aku ni gaya macam byk kali dah buat salah..aku malas nak mengungkit apa-apa,biar Allah je yg tau..at least aku call jgk tanye pasal perjalanan majlis tu macam mana,takde la aku buat2 lupa je..korang pikir sendiri la macam mana keadaan kalau korang kat tempat aku..bukan aku tak hargai jemputan tu tp aku mmg tak dapat nak p..berdosa ke kalau aku tak p??

kat cni aku nak buat satu kenyataan yg aku mmg TERASA sgt2 ngan sikap korang..mmg aku nangis je la,tu je yg termampu..rasanya lepas ni tak payah la kot korang ajak2 aku lagi kalau nak wat reunion ke apa..aku macam malas nak jumpe2 korang..biar la..aku kan kawan korg yg tak guna..buat pe korang nak kawan ngan aku lg kan? asalkan korang bahagia cukup la..

end..


Jun 26, 2009

::tazkirah::

::jumaat,3 rejab 1430h::

dua kisah yg ingin dikongsikan bersama..jangan buat tak kisah ye..renung-renungkan dan selamat beramal

MySpace

~kisah 1~

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. ” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”


~kisah 2~

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?” Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya”.


*sampaikan walau sepotong ayat*

Jun 25, 2009

korang decide le sendiri tajuknye..haha

salam all..

tadaaa...tukar layout lagik..adeiii..ni baru rasa ok,klu tak yg sebelum nih macam ape ajekMySpace..ni kira tahap puas hati dah ni,rase cam sejuk je mata memandangMySpace (mata aku la,tak tau la korg punye mata camne..kalau tak sejuk tu mesti panas kan..hahah)..ade mungee kat tepi tuh,cam minah bunga plk..whatever la..MySpace

semalam berbuka kat arina seafood lagi..menunye nasi goreng kampung + telur dadar + teh o limau suam..ye la time hujan nih kene la minum air suam-suam kuku ni kan..karang abih semua beku n tepu..semalam hujan lebat giler,sejuk sehh...MySpace

otw nak balik singgah kat dr.com,amik duit kat anwar sbb haji suruh..sambil2 tu melepak la kat ctu kejap menyembang n bergurau senda dgn anwar n angah..dlm 7 lbh baru gerak,berbuka dlm unser je,solat kat masjid batu 14..sempat gak berimam..pastu baru gi makan..yayy..MySpace

pastu balik cepat2 sbb ustaz taqi nak pakai unser..hujan lagi,basah gak baju masa jln nak blk umah sbb takde payung..huhuhu..itu lah ceritanya..mmg la tak best kan tp biar la,aku punye blog,ikut suka suki aku la nak citer ape pun kan..hahaa..MySpace



Jun 24, 2009

..::bulan rejab::..

salam untuk semua..

pejam celik pejam celik hari ni dah masuk bulan rejab thn 1430h..credit to atie sebab ingatkan diri ini..tak sangka cepat sungguh masa berlalu,rasa macam baru je puasa dan sambut raya..iskk..

alhamdulillah aku masih diberikan kesihatan yg baik utk berpuasa sempena 1 rejab hari ni..datang setahun sekali jugak bulan rejab ni kan..lagipun bulan rejab ni bulan Allah seperti yg diriwayatkan,RAsulullah saw bersabda "ketahuilah bahawa bulan rejab itu adalah bulan Allah"

kalau allahyarham tokwan ada,dia puasa 3 bulan berturut-turut..bulan rejab,syaaban dan ramadhan..kuat betul tokwan..tapi sebenarnye puasa tu yg banyak menyihatkan dia..tokwan meninggal tak sakit apa pun,terjatuh dalam bilik air..hmm..rindu tokwan...moga tokwan ditempatkan dikalangan org yg beriman..al-fatihah..

berbalik pada bulan rejab..dalam bulan rejab ni jugak terdapat satu peristiwa besar dlm sejarah islam iaitu isra' mikraj..ape tu? kalau tak tau search je kat internet..hehhee..isra' mikraj 27 rejab bersamaan 20hb 7 nnt,masa tu jgn lupa puase ye..banyak hikmahnye..nak komen banyak2 takut tersalah fakta pulak..so korang cari la sendiri ye,apa hikmahnya berpuasa di bulan rejab nih..

kat sini ada satu riwayat pasal bulan rejab yang aku jumpa..

Nabi S.A.W bersabda.."sesungguhnya didalam syurga itu terdapat sungai yg disebut sgb sungai rejab,airnya lebih putih drpd susu dan lebih manis drpd madu. barangsiapa yg berpuasa satu hari di bulan rejab,Allah akan memberinya minum dari sungai itu.." riwayat Baihaqi..

so hari ni aku sorang aje yg puasa,tak tau la nak berbuka kat mana hari ni..nak masak mmg la tersangat tak sempat (malas ckp je mls)..hehehe..mungkin kat arina seafood kot..hari-hari muka aku n kawan2 makan kat situ sampai waiter dengan tukang2 masak tu dah tau kitorg nak makan ape..hishh..wat malu aje,anak dara makan kat kedai hari2..hahaha..bior la,asalkan kenyang..masak pun wat rugi gas aje..(alasan tak blh pakai)

ok la..takat ni je dulu..pada yg puasa,selamat berbuka nnt..yg aku tau pose hari ni atie dgn mom dia...selamat berbuka atie,makcik..makan elok2 tau..

adiosss..





Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya