Nov 19, 2009

::Sejarah Haji::

just nak kongsi lagu sempena ibadah haji dan korban..

~Sejarah Haji;Nadamurni~
(dinyanyikan oleh allahyarham ustaz asri;rabbani)


Haji mengingatkan kita
Sejarah pengorbanan
Pengorbanan yang ikhlas
Agung lagi suci

Kerana Allah Nabi Ibrahim sembelih anaknya
Nabi Ismail kerana Allah nyawa tebusannya

Sejarah berkata lagi
Tentang pengorbanan itu
Siti Hajar kerana Allah
Taatkan suami tinggal sendiri

Tinggal di Tanah Haram
Suami datang setahun sekali
Di tanah kering kontang
Hanya tawakkal kepada Ilahi

Tatkala Nabi Ismail lahir teruji lagi
Air susunya telah pun kering sama sekali

Siti Hajar mencari air
Ke hujung ke pangkal
Berlari-lari dari Sofa ke Marwah
Beberapa kali

Aduh hatinya cemas
Anak kecilnya tiada rezeki
Tapi hatinya teguh kepada Allah
Yakin sekali

Di dalam mencari-cari
Terpancar air dari bumi
Berkat dari tendangan
Kaki anaknya bakal Nabi

Dia pun mengumpul air sambil bersyukur
Dengan menyebut Zam-zam, Zam-zam

Itulah dia air Zam-zam
Yang kekal hingga ke hari ini
Mu'jizat seorang Nabi berkat isterinya

Sudahkah kita mengambil
Pengajaran dari cerita ini
Cintakan Allah menegakkan agamaNya
Wajib berkorban

Taat, sabar dan tawakkal
Jadikan pakaian
Cintakan Allah
Pengorbananlah sebagai bukti

*moga mendapat iktibar..

Nov 17, 2009

cuti sekolah=kenduri kawen


pening..pening..pening

banyak sungguh kenduri bulan 11 n 12 ni..ramai pulak kawan-kawan kawen..sampai confius nak pegi yang mana satu..

yela kan..kalau kenduri kat kedah tu sampai tiap2 minggu ada, jenuh la aku nak balik..mau pokai overdose macam ni..gaji kalau sejuta sebulan takpe gak,heh..
http://emo.huhiho.com

macam ni la kalau tibanya cuti sekolah..sana kenduri, sini kenduri, situ kenduri..haila..lama2 darah pun naik sebab asyik makan daging je..huhu..

bertambah pulak dengan kawan nak bertunang lagi..tak pegi karang kecik hati, lagipun kalau orang dah jemput, kena la pegi la kan..wajib tu..tapi kalau ada sebab munasabah, takpe kan?

tapi buat masa ni aku akan cuba penuhi semua jemputan selagi terdaya dan termampu..eceh..yela..nanti time aku kawen buatnya takde kawan-kawan datang, mesti sedih kan?

wahai kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang bakal bertunang dan berkahwin..insyaallah saya akan cuba untuk berada di majlis anda pada tarikh yang tertera pada kad jemputan..pada yang tak bagi kad jemputan tu, yang jemput pakai mulut ja..insyaallah jugak.. mudah-mudahan masih diberi kesempatan untuk hadir..amin..

kepada bakal-bakal pengantin, aisyah zamberi n pasangan, ummi aziyah dan pasangan, nor fadilah dan pasangan, kak bie dan pasangan..selamat pengantin baru (buat ucapan siap-siap)..moga bahagia kekal hingga ke syurga dan diberkati hendaknya..

http://emo.huhiho.com

adioss..

Nov 8, 2009

jalan-jalan cari..?

hari sabtu, cik wan n sarah turun KL dari tanjung malim..so kitorang pun kuar berjalan-jalan cari pasal dertujuan untuk mengurangkan duit yang sedia kekurangan itu..huhu..

jumpa wan dulu kat jalan TAR, shopping ckit kat mydin..beli stoking n stongan, then g sogo untuk solat..pkl 4 baru dapat jumpe sarah kat mid valley..punya la jauh mid valley tu dengan bank negara..mana taknya, salah naik tren! yang pegi naik tren ke port klang tu ape jadahnye..terpakse turun kat pantai dalam, patah blk ke KL sentral then baru la ke mid valley..org dlm tren tak payah ckp la, hari minggu la katakan..penuh bersesak-sesak..

tujuan ke mid valley? hmm..dorang yang cikgu-cikgi tu nak beli buku kat MPH..iskk..nape la tak p kinokuniya je kat KLCC? tak pun g MPH kat pavillion ctu, adoii..aku ni ngikut je sbb ada sorang kawan cik wan pun dtg gak,kak ju namanya..dia yg nak p sangat..so pegi la kan..

kat MPH belek-belek jugak novel JS..novel yg ada situ, smua aku dah ada kecuali satu, penulis ruby hazri;kopi susu sepatu biru..sempat baca sikit, macam nak beli tp biar la..baik aku order je,murah ckit..heh..

lepas dah beli buku2 tu,pegi makan la plk..nak makan ape ek? kak ju nak makan kenny rogers, wan kata dia nak mkn nasik sbb dia org kampung..hahhaa..aku n sarah tak kisah, janjii blh kenyang, hehhee...so p mkan kat the chicken rice shop..banyak tu, dengan nasik, gado2..pai tee..tauhu nye lagi..blh abis ke? haaa..di sebabkan kesemua pemilik perut yg ada kat situ kelaparan belaka, maka dengan secara sengaja maka habis la makanan2 tu selamat bersemadi di dalam..alhamdulillah..cik wan je tak abis nasik, on diet..td nak sangat mkn nasik..sekeh baru tau..

lps makan p solat, pastu tunggu maghrib sekali sbb 6 lbh dah masa tu..lps solat terus balik naik putra dari stesen U..aku n sarah ke setiawangsa, wan n kak ju ke pasar seni sbb dorang nak pegi cheras umah kakak kak ju..sampai umah amik kunci kete n dyana, g giant then terus hantar sarah kat umah kakak dia di ampang..

balik dari hantar sarah, dyana ajak tgk movie..tgk cite los dan faun..baru suku cerita aku yang lost...zzzzzz..pagi tadi baru found semula..hek

ni nak sambung tgk cerita tu blk..harap2 tak lost lagi sekali..daaaaaa..

Nov 6, 2009

::ibadah korban di Darfur::


dah seminggu bertapa kat masjid wilayah..i mean ofis pemuda masjid utk bantu kerja-kerja ibadah korban darfur..semalam kuar kat MHI pasal program tu..tak putus2 orang call..hotline..ramai yang join,alhamdulillah..tahun lepas dapat dalam 200 ekor lembu tp still tak cukup untuk orang2 kat darfur,dorang ramai..dapat sorang sikit je..sian..

so tahun ni haji target 1000 ekor..woww..dapat ke? insyaallah..tak salah kalau target tinggi sbb Nabi pun pesan,kalau nak mintak syurga,mintak la syurga firdaus..jadi kat sini Rasulullah suka umatnya bercita-cita tinggi..mudah-mudahan Allah permudahkan semuanya..moga kita dapat bantu saudara2 kita yang susah di sana..

kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai ibadah korban di darfur kali ini, butir2 adalah seperti berikut;

satu bahagian lembu : RM250
seekor lembu : RM1750
seekor kambing : RM250

hubungi talian 03-62012340 untuk keterangan lanjut..

~yanafeehily@pemudamasjid~

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya