Jan 21, 2010

::kawan::

hari ni mari kita berbicara mengenai sifat manusia ataupun kawan. kalau manusia tu besar la pulak skopnya. kalau kawan, boleh dikecilkan sedikit (kawan-kawan disekeliling kita)

kawan ni termasuklah diri sendiri. kita ada kawan dan kawan ada kita, jadi kita adalah kawan kepada kawan kita. isk..apa melalut ni. back to the topic.

setakat umur 26 ni, dah macam-macam perangai kawan yang telah dijumpai. manusia ni, rambut sama hitam(termasuk jugak rambut yg sengaja diperangkan) tapi hati lain-lain. Allah tu menciptakan makhlukNya dalam pelbagai bentuk dan rupa kerana Dia Maha Mengetahui atas segalanya.

apa juga sikap, sifat dan perangai kawan-kawan kita sama ada baik mahupun buruk, hendaklah kita terima seadanya. yang baik jadikan contoh dan ikutan dan yang buruk jadikanlah sempadan. amboi..bermadah-madah pula..sebenarnya nak luahkan sedikit perasaan kecewa terhadap sesetengah kawan. mungkin ada yang pernah alami semua ni.

bermulalah kisah tentang kawan.

masa dulu, boleh je ber"sms" ataupun telefon sekali sekali. tapi sekarang langsung tak ada. dulu boleh juga ber"ym" tatkala online bersama, tapi sekarang kalau sama-sama online, ada yang buat-buat tak nampak pula.

kalau dulu apa-apa masalah, sentiasa dikongsi sama, tapi sekarang dah tak macam dulu kala. dulu-dulu boleh je bagitau kalau nak kemana-mana, tapi sekarang tak tau pun dia ke mana aku ke mana.

bila dah macam ni, nak salahkan siapa? kalau asyik sebelah pihak saja yang tersua-sua, lama-lama naik muak la. nanti dikatakan kita ni tak ada muka. bila orang dah tak suka tu faham-faham sendiri saja.

bukan mudah nak jaga hati kawan. hati kita ni pun nak jugak dijaga. diri sendiri pun ada perasaan juga. ada rasa malu dan maruah diri sendiri patut dijaga. bukan senang jugak kawan kita nak jaga hati kita. masing-masing ada sikap yang berbeza. cumanya dalam berkawan, kita perlu bertolak ansur dan bertimbang rasa.

kena sentiasa berbaik sangka dalam apa jua keadaan supaya masalah yang kecil tak diperbesarkan dan yang besar tu boleh di selesaikan dalam keadaan aman. terasa sikit-sikit tu biasa la kan. nama pun kawan. sedangkan suami isteri pun bergaduh, inikan pulak kita dengan teman-teman.

cumanya disini apa yang dikesalkan ialah dengan sikap kawan yang tiba-tiba je menjauhkan diri. salam tak bersambut. marahkah? pelik. pelik sungguh. padahal dulu pernah sama-sama tidur sebantal, makan sepinggan. tapi sekarang tak tahulah apa sebab sampai jadi macam ni. sedih.

bila dah banyak kali tegur tapi kawan masih buat donno, rasanya lepas ni cukuplah kot. bukan nak putuskan silaturrahmi tapi anggap je yang kawan tu terlalu sibuk sampai tak sempat nak sambut salam kita. mungkin kerjayanya menuntut masa yang lebih. sebagai kawan kita perlu bersangka baikkan?

jadi untuk penutup, perlu kita ingat, jangan sesekali ingat apa jua kebaikan kita pada seseorang walaupun beribu kali kita berbuat baik. tapi ingatlah kebaikan orang pada kita walau hanya sekali dia berbuat baik pada kita.

sekadar ini saja sesi luahan hati yang biasa-biasa saja. sekadar menulis untuk mengurangkan beban (tak la berat sangat pun).


~yanafeehilyyangsedikitserabutpadahariini~

Jan 20, 2010

aku dan aku

hari ini tamat juga baca 10 bab Jaja & Din versi e-novel. padahal hari tu bukan main berjanji dengan diri sendiri yang jari ni takkansekali-kali klik pada link novel kak sue yang terbaru ni. nak tunggu novel yang di tempah tu sampai.

tunggu punya tunggu tak jugak sampai. kalau di ikutkan patutnya dah sampai. bila tanya kat admin JS, rupanya diorang tak dapat faks yang dikirimkan. patutlah tak nampak bayang jaja mahupun din di dataran palma ni. sedih sungguh.

disebabkan tahap sabar yang menggunung tu dah meletus bak gunung berapi yang meluahkan laharnya, maka dengan sengaja, jari ini klik pada bab satu jaja dan din..lepas habis bab satu, terus ke bab dua dan seterusnya habis sampai bab sepuluh. bila dah habis bab sepuluh, rasa macam nak p popular, beli dan terus baca..ahaks. tapi alhamdulillah, masih dapat sabar lagi. minggu depan dapat la buku tu (ayat pujuk diri sendiri..yelah, siapa yang nak pujuk kan?)

hari ni rutinnya masih lagi macam biasa, menaip alamat client sambil berselang seli dengan baca e-novel. sambil-sambil jugak melayan kawan-kawan di facebook. tapi dengan keadaan internet yang lambat mengalahkan siput sedut, rasa macam hilang sabar saja. YM tak usah cerita la. nak tunggu dia pop up window tu pun makan masa berjam-jam (sebenarnya tak la sampai sejam). disebabkan tak sabar menunggu, jadi terpaksa la korbankan diri untuk tidak berym dengan sesiapa. online hanya untuk melihat siapa yang online, dan untuk lihat email saja. tension sungguh.

waktu-waktu petang macam ni, rasa dah takde mood nak buat sebarang kerja. haila yana, kenapa la kamu malas sangat ni? bukan malas, cuma takda mood. maklum la dah pukul 5. tanaman anggur kat farmville pun tak tertuai-tuai lagi. nanti mati la pokok-pokok tu. hmm..pokok tu yang dirisaukan. bukan boleh makan pun kalau tuai. duit tu pun tak boleh guna untuk belanja beli makanan. cukup-cukup la tu berlagho di farmville. aiseh..

ala..sekali sekala melayan. tak la sampai tahap addict macam orang drug addict tu. dua tiga hari ni ja agak rajin melayan game tu. saja suka tengok tanaman tu berbuah dan berbunga. kalaulah tanaman yang kita tanam tu boleh berbuah dan berbunga dalam masa sehari, kan best? tak bersyukur la pulak..nauzubillah. gurau-gurau saja.

cukup-cukuplah membebel petang-petang ni. masanya dah tiba untuk melihat-lihat ladang sendiri sebab waktu sekarang dah dekat 5.30ptg. tahap malas tu berlipat ganda mengenangkan 15 minit lagi waktu untuk keluar dari dataran palma ni..

salam jumpa lagi..adios..

~my numerology reading~

sesaje je buat ni..macam takde keje je, padahal banyak la jugak..disebabkan mengantuk+boring buat keje, so aku pun menggatalkan tangan untuk klik mende alah ni..
bace je la..kot sesapa yg besday same ngan aku leh la faham2kan..klu yang tak same tu, takyah bace pun takpe..just for fun
http://emo.huhiho.com

Your Life Path Number is: 2
The Diplomat
The number two is associated with peace and harmony. You are tactful in your dealings with people. People turn to you when there is a need to restore peace and order. You maintain balance in your thoughts and actions. You maintain very good relations with your family, friends, relatives and work colleagues. You are a large-hearted person.

Your Destiny Number is: 6
The number six is associated with companionship and joy. You love the idea of a perfect life with your family and friends. You are a very romantic person and believe in true love. You have a kind and caring heart. You are devoted to your near and dear ones. People close to you know that they can turn to you for help in times of trouble.

Your Soul Number is: 3
The number three is associated with creativity and sociability. You have a very expressive personality. You may possess talent to pursue one of the arts and become successful. You are romantic at heart. You love to mix with people and hate being alone. You like spreading smiles around with your enthusiasm and humor. You are very popular socially.

Your Birthday Number is: 4

Jan 19, 2010

4 Perkara Sebelum Tidur

4 Perkara Sebelum Tidur
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meredhai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...

" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah Selawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meredhai
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya