Mar 7, 2011

perihal kahwin

entri kali ini adalah luahan hati seorang perempuan yang bakal berkahwin tidak lama lagi. OMG cuba u all tengok kat daisypath itu. berapa lama lagi masa yang aku ada untuk menyiapkan segala-galanya? kadang-kadang aku ada jugak terfikir, kenapa ianya sangat rumit? seolah-olahnya kahwin adalah satu hal yang sangat menyusahkan T____________T

betul tak apa yang saya cakap ni kawan-kawan? cubalah tanya pada mereka yang dah kahwin macam mana keadaan mereka semasa sebelum berkahwin, maksudnya dalam tempoh membuat persediaan untuk majlis perkahwinan. even ada duit banyak sekalipun dan boleh upah mana-mana wedding planner still jugak pening. ya lah, pening nak pilih itu ini. pusing nak fikir tema apa. pendek kata pening-pening belaka.

sama la macam keadaan aku sekarang. waktu sekarang ni aku rasa macam aku nak nikah saja. nikah dipejabat kadi. senang kan? serius wei! OK u all boleh lempang aku laju-laju tapi itulah yang aku fikirkan sekarang. bukan aku tak teringin nak buat majlis glamour bling-bling ala-ala macam artis tu, tapi semua tu adalah perkara yang sangat menyusahkan aku.

buat majlis biasa-biasa pun dah rasa macam nak makan orang, apatah lagi majlis grand livina. tolonglah faham. dalam keadaan sekarang aku rasa macam nak menangis saja. mana taknya, bila kita dah buat perancangan elok-elok (setelah memikirkan kesenangan kedua-dua belah pihak) tapi ada satu pihak yang tak setuju. susahkan bila semuanya asyik nak ikut kehendak orang saja. sesekali nak juga kehendak kita dituruti. sedihnya saya T_______________T

asalnya saya tak nak pening-pening. nak cool saja. rilex. tapi apakan daya kita sebagai manusia biasa. ada banyak kelemahan. tapi aku sangat tidak suka apabila ada segelintir manusia yang suka bersikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain. perlukah? saya sedih lagi sekali T_______________T

kalau diikutkan hati aku yang satu ini, memang bertimba-timba aku menangis. memang membazir air mata je kerjanya. tapi tak perlulah aku buat semua itu kan? siapa setuju sila angkat tangan!

kesimpulannya, apa yang berlaku ini adalah dugaan dan ujian untuk aku dan sesiapa yang berkenaan. sebenarnya tidaklah complicated sangat tapi mungkin gangguan dari makhluk Allah yang dijadikan dari api itu yang membuatkan keadaan menjadi kelam kabut lagi huru hara. maklum sajalah perangai mereka itu, mestilah tak suka kalau kita buat perkara yang baik lagi suci kan..kepada mr.syaitan, teruskan tugas anda seperti yang kau janjikan dengan Allah. tapi aku sebagai hamba Allah juga tidak sesekali akan tunduk pada hasutanmu itu! be aware ok!!

jadi, sekian sahaja coretan luahan hati untuk pertama kali ini. kepada anda-anda diluar sana yang bakal mendirikan rumahtangga, sila jangan pening macam saya. buatlah perancangan dengan teliti. sememangnya kita manusia biasa ini tidak akan sempurna perancangannya. hanya Allah jualah yang berkuasa lagi maha bijaksana. tapi kita perlu berusaha ok?

ini adalah pelamin sharifah aleya. sangat cantik kan pelamin ini? saya sangat suka!

Mar 5, 2011

birthday cake

sempena birthdayku yang ke-27 ini, banyak kad aku dapat dari adik-adik. disebabkan mereka sangat baik, jadi dengansenang hati aku telah membelanjakan sedikit wang aku untuk membeli sebiji kek.

secret recipe


inilah keknya yang telah aku pilih. tak penah makan sebelum ni. rupa-rupa rasanya memang terbaik dalam hidup. PECAN BUTTERSCOTCH. actually aku tak la suka kek secret recipe ni sebab banyak sangat krimnya. tapi yang ni aku boleh makan. sangat sedap. so lepas ni memang ini la pilihannya kalau ke secret recipe. ni selera aku, tak tau la kot korang rasa tak sedap. terpulang kepada citarasa masing-masing.

alhamdulillah cukup untuk semua. pakat-pakat rasa la ye. btw, terima kasih kepada semua yang mengingati hari ulangtahun perkahwinan kelahiranku ini. terima kasih atas doa-doa kalian. moga semuanya dimakbulkan Allah..ameen.

Mar 4, 2011

ehem....

Eh kamu..tlg ketepi sikit ye. tolong beri laluan pada entri yang hanya muncul setahun sekali je. tapi kadang-kadang  tak ada pun entri ni muncul. ingat senang ke nak update blog pada hari-hari istimewa ni. sesekali je tau ! hari istimewa apakah? taadaaaaa...

hari ini adalah hari ulangtahun kelahiranku yang ke-27. tua sudah aku. EH bukan tua ok. matang. tapi mukaku masih lagi tidak menampakkan ciri-ciri kematangan. begitu juga dengan perangai aku. yeke? mana ada. sekarang aku belajar untuk jadi matang ye kawan-kawan. aku sudah mula menyalin resepi-resepi masakan untuk dipraktiskan apabila sudah berumahtangga nanti..tak lama lagi..arghhh takutnya saya.

lupakan kisah nak main kahwin-kahwin. hari ni adalah hari ulangtahun la..kenapa perlu bercerita tentang hari perkahwinan yang sedikit ngeri tu (jadi ngeri sebab have a lot thing to do T______T ) di hari ulangtahun aku dilahirkan ini, perlu la sangat mengeluarkan cerita yang membuatkan mood swing bertukar menjadi ceria dan best, betul tak?

sempena 4 mac 2011 ini, aku ingin menguccapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi kerana masih lagi memberikan aku ruang dan nafas untuk terus menikmati keindahan hidup di dunia ini bersama-sama dengan orang-orang yang tersayang.. *amek kau semput..ucapan berjela tanpa titik nokhtah!


terima kasih kepada mak dan abah yang bersusah payah menjaga aku dari kecik sebesar lengan sampai la dah hampir nak sama besar dengan anak gajah. sangat pandai emak dan abah menjaga aku. sayang kamu ketat-ketat selamanya. kerana tanpa mak dan abah tak mungkin kakak akan lahir kedunia ini.

tak lupa kepada kawan-kawan, shabat handai dan saudara mara yang banyak memberi sokongan dan dorongan sepanjang aku hidup dimuka bumi ini. terima kasih atas segala perhatian dan nasihat.

last but not least, my future hubby. terima kasih atas segalanya..


P/S besday ku tarikhnya sama dengan bakal ibu mertua ^_______^

Feb 22, 2011

apa perasaan anda kalau...

apa perasaan korang bila dapat mesej macam ni..

"salam yana, kiteorang tengah fikir wedding present, nak kena beli awal sebab time tu mesti kiteorang tengah weng sebab stress :D jadi nak nama penuh yana dan amir dan ic number. kalu dalam bajet kami, kami nak belikan flight ticket. hehe tapi kalau bajet lari, akan beli benda lain, tapi nak info tu. pergi topup dan pasti sms balik k.."

wah..macam nak melompat dalam kereta je.*sebab dapat sms ni masa tengah drive. ni sms dari kawanku yang manis dan comel bernama NAJAH. siap nak taja honeymoon. ilebiu dear..hehe..kalau tak bagi pun tetap sayang juga ^___^ tak pasti tu hadiah bersama dengan siapa. mungkin dengan sheryl juga. sheryl yang ada baby girl yang cumel.. alena namanya..

u all memang best la. even jarang jumpa walaupun dekat sebab masing-masing sibuk dengan kerja, tapi u all still concern about me. i love u all forever tau! rasa nak peluk ketat-ketat..cewahhh..

apa-apa pun hadiah tu tak penting. yang penting ialah u all sentiasa kenang daku dalam doamu. ayat klasik gitu. moga hubungan persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya. segala jasa dan budi kalian hanya Allah yang mampu membalasnya..amin

tak payah la tanya tiket kapal terbang tu destinasinya dimana. sibuk je nak tahu. bukan main lagi korang ye. tunggu je la. kalau murah rezeki najah, aku buat la entri pasal vacation tu. tapi tahun depan la..tu pun kalau rajin..ahaks. eh..aku memang rajin kan? dah berapa entri asyik cakap macam tu. biarlah aku puji diri sendiri pun. itu kan doa. nak harap siapa lagi puji?

thanks a lot najah sebab sudi tanya pasal majlis. yana doakan najah n sheryl pass the exam with flying colour..mahal tu RM8k..biar sekali ambik je..nanti boleh jadi lawyer..yeay.. miss u all so muchie ^_____^

*mesej semacam ini membuatkan aku terharu berkati-kati

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya