Mar 23, 2011

bila dah boring

malam ni rasa macam nak update blog pulak. macam-macam nak cerita sebenarnya tapi lagi seronok dok skodeng blog orang..pandainya dorang design blog dorang..aku ni mana la reti sangat nak design ni. biar la blog aku macam ni saja. nanti dah pandai baru buat. entah bila la :)

boring tak baca? hahaha..terima kasih kerana boring.

baby ni pun kata boring

Mar 19, 2011

Rindu Padanya...

mood : rindu

ewahh bukan main lagi tajuk. rindu pada siapa tu? pada si dia ke? takde makna ok..haha.

ok lupakan dulu cerita rindu. hari ini adalah hari yang penting. tahu sebab apa? sebab hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran my ladyboss iaitu my mom ler.. yang ke berapa ni? ohh baru 49 ^__^

selamat hari lahir mak. moga dipanjangkan usia dalam keberkatan dan sentiasa di kurniakan kesihatan yang baik. semoga sentiasa bahagia disamping abah dan anak-anak mak.. we luv u so much..

ok memang rindu mak sangat!

rindu juga pada sikecik farhan tu. dah nak jadi abang dah dia. takpa farhan, walaupun dah ada adik nanti, kami semua sayang farhan jugak. tapi kalau adik farhan perempuan, err amati tak jamin la nak beli baju kat farhan lagi ke tak. adik farhan tu perempuan. baju baby girl sangat cantik la @__@ jadi mata lebih tertumpu pada baju yang sangat cantik designnya. harga pun murah saja. ala farhan..amati dah selalu beli baju kat farhan kot. banyak sangat dah..

mari kita tatap wajah sikecik farhan.

 tengok rambutnya macam anak siam pulak. sangat susah nak potong rambut dia. menangis macam sangat sakit. last-last abah surrender je. kesian sangat kot kat cucu dia. hero apa la kamu ni. isk..buat malu kaum tahu tak? lihat juga pada baju bahagian dada. basahkan? itu adalah disebabkan air liur yang sentiasa meleleh. hahaha..

ok sampai sini saja. mood rindu sudah bertukar menjadi mood lapar. jadi mari kita makan. bismillah...

Mar 11, 2011

Maher Zain di RSS

Eh.. ini cerita lama la. kenapa baru nak letak? biarlah. ini kan blog aku. tak baik tau cakap macam tu kat pembaca yang cantik manis kacak lawa. ada ke orang baca blog aku ni? mesti la ada. Puan Atie selalu baca kot. betul tak?

sebenarnya saja je nak letak gambar kenangan dengan maher zain tahun lepas. 13 oktober 2010, tarikh maher zain datang melawat rumah bimbingan tempat aku kerja. alhamdulillah rezeki. tapi kau orang jangan tak tahu, penat tau aku masa bro maher datang. sangat penat uruskan konsert dia. sudah la penat melayan karenah peminat (maher zain) kena marah pulak. almaklum la pertama kali anjurkan konsert. international artist pulak. perlu la penat tahap tak ingat.

disebabkan penat pasal konsert tahun lepas sampai tahun ni pun tak habis lagi, jadi padaa konsert dia baru-baru ini sikit habuk pun aku tak ambik tahu. puas hati kau. haha.. yang terbaru tu RS tak ada kena mengena. cuma inteam saja. lagipun baru je lepas, tak sempat bro  maher buat album baru terus datang lagi. jadi tak la terasa kehangatan sangat kot. tapi bagi peminat fanatik bro maher, sah-sah la seronok giler. tapi serius la, tak akan punya aku beli tiket mahal tu. kedekut kan? biarlah..

jadi kat sini nak jugak kongsi gambar dengan bro maher. kalau orang lain asyik je nak jumpa dengan dia tapi kat sini, dia yang datang jumpa kami. riak tak? tak baik ok? dosa tau.. ok ok tak riak. nak tunjuk saja. tapi ada la sedihnya jugak sebab aku tak sempat nak tunggu sampai habis program. terpaksa keluar atas sebab-sebab lain. huh. tang ni aku kecewa. yelah, ingat senang ke bro maher nak datang. tapi tak apa la..

jadi jemputlah tengok gambar saye dengan bro maher ini. sila jeles ok..

tengok..siap ambil tandantangan lagi..harus cemburu disitu.

mari belajar memasak

assalamualaikum semua..

mood mengupdate blog sudah sampai. malam tadi tidur dapat mimpi indah..terus rajin nak update blog. mimpi indah la sangat. tolong la. ok tipu je. tak ada kena mengena dengan mimpi. nanti ntah apa-apa mimpi pulak yang korang fikir. bukan boleh percaya sangat korang ni..ok stop. aku percaya. sebab korang semua baik-baik dan manis-manis sampi kena hurung dengan semut.

belajar memasak? amboi kau fazhana, sejak-sejak nak kahwin ni rajin pulak ye. kalau tidak, haram la masak tu. makan je reti. oh please ok, aku memang rajin je masak. cuma malas tu lebih banyak dari rajin. ahaks..hari ni nak masak apa? mari kita buat begedil. dulu-dulu masa belajar kat sekolah teknik, tak sempat cikgu nak ajar buat begedil. mana nak sempat kalau dah bengkel terpaksa ditutup dua bulan sebab satu kelas cirit birit dek keracunan makanan. bukan satu kelas je, budak kelas lain yang makan masakan kita orang pun kena jugak. ambik kau, masak sampai macam tu. hebat sungguh batch aku ni. bravo la..kita memang best! cipta sejarah tau..jangan tak caye pulak. cuma tak masuk dalam malaysian book of records je.
*kan aku dah melalut terbuka sejarah lama..

berbalik kepada begedil tadi. kang membebel je, masak ke mana apa ke mana. apa kau ingat kau chef wan ke cik nana oii? chef wan tak apa la, dia terrorist masak sambil bercakap sedap jugak. kau tu kalau masak sambil bercakap mungkin begedil tu bertukar rupa jadi bubur kentang kot (?) ok ok..berbalik kepada tajuk asal.

hari ini buat begedil ayam. ada chef yang akan ajar. chef la sangat. sebenarnya dia tu (chef tak bertauliah tu) staf praktikal dekat tempat aku. baru je datang tapi kami dah jadi kamceng tau..aween namanya. dia orang johor, jadi orang johor ni memang pandai (kot) buat bergedil. eheh.. dia pandai la.. dia la yang akan ajar. maksudnya kami buat sama-sama sebab walaupun aku tak pandai tapi aku reti jugak. nak jugak tu. ^_________^

picture source


ok bahan-bahan yang digunakan

~kentang yang digoreng
~ayam mlm tadi
~daun sup
~lada sulah

itu saja bahan-bahan.. ops lupa, telur sebagai agen untuk mencantumkan adunan tadi. senang kan? rasanya adik korang yang standard one pun boleh buat apa. cuma jadi dengan tak jadi saja. haha..lawak tak? tolong la gelak. penat tau fikir idea nak buat lawak.

jadi kentang yang telah digoreng tadi (jangan potong nipis-nipis, potong macam wedges tu) akan dilenyek. ayam tu kena la racik-racik ataupun tumbuk. lepas itu gaulkan sekali. potong daun sup dan masukkan kedalan adunan. bila dah siap, bentukkan la bulat-bulat. kenapa tak buat bentuk lain? ah ikut kau lah nak buat bentuk apa. kalau kau pandai sangat buat la bentuk bintang ke binatang ke. itu terpulang kepada kreativiti masing-masing. masak ni kan seni. so berseni la sikit. jangan tiru macam saya yang sedikit rajin tapi banyak malas. ahah..

bila dah siap buat bulat-bulat (leperkan sikit) celupkan dalam telur dan goreng dalam minyak yang dah dipanaskan. eh, takkan nak panaskan minyak pun aku nak beritahu..goreng sampai korang rasa dah nampak garing kat luar. kira ok dah la tu. bukan kena goreng lama-lama pun.

ok dah siap pun begedil kita puan-puan ye. senang tak? resepi macam ini main petik jari pun sudah siap apa. ingat ada magik ke main petik-petik jari boleh siap. lain la kalau pergi beli di kedai. kelip mata je dah ada kat depan. hahaktuih. jangan malas ok? sila rajin.

ok la nak pegi mandi lepas tu nak start buat bergedil..amboi kau ingatkan cakap beria tadi dah siap buat, baru nak pergi buat rupanya. sangat hampeh. harus la kena lempang laju-laju T___T tolong la ucap terima kasih kat aku sebab aku dah bagi resepi dulu sebelum aku cuba. hahahhaa..

************

p/s ~ sebenarnya resepi ni aku memandai sendiri je..pandai tak aku? kalau berani cuba la ^_____^

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya