Selamat Hari Isnin untuk semua..Assalamualaikum..semoga sihat dan ceria selalu.
Pagi-pagi tadi dapat mesej dari Yam pasal sepupu dia Khalidah, suami dan anak mereka kemalangan. Adik-adik Khalidah pun ada sekali. Ya Allah, besar sungguh ujian dan dugaanMu kepada mereka. Rasa macam baru saja aku pergi walimah Khalidah dan rasa macam baru saja lagi Yam bagitau Khalidah bersalin dapat anak perempuan dan sekarang dikejutkan pulak dengan berita sedih ini. Khalidah dan baby di hospital terengganu, suami dia still di Hospital Tanah Merah sebab keadaab yang masih teruk. Ya Allah, Kau selamatkanlah mereka.
Bila dengar pasal kemalangan ni rasa takut semacam. Memang setiap kali nak pergi mana-mana, doa yang selalu aku mintak jangan la eksiden dan aku taknak mati dijalan raya. biarlah mati dalam keadaan sempurna. Amin..
Sebenarnya ketakutan ini mengikut aku kemana saja tambah-tambah sekarang ni berulang alik ke tempat kerja dengan motor. Agak jauh perjalanan tu tapi terpaksalah sebab tak tahan dengan keadaan jalan yang sesak waktu pergi dan balik kerja. Dalam perjalanan tu macam-macam doa aku baca kot, berzikir je sepanjang masa. Bukan la nak kata aku ni warak ke alim ke tapi itulah hakikatnya. takut weh..
Lepas sampai kat ofis aku, suami pulak meneruskan perjalanan ke ofis beliau. masa tu ketakutan terus menghambat aku pulak. mana taknya, suami bawak motor sorang-sorang, aku kat ofis dok fikir dia selamat sampai ke tidak. terus berdoa lagi. oh~
Jangan kata, oh dah kahwin ni risau la kat suami kan? Bukan kat suami saja, tapi kat mak abah dan adik beradik lain juga. Aku jadi sangat risau bila mak abah keluar kemana-mana dan aku duduk kat rumah. Masa tu memang sangat risau dok fikir mana la mak abah tak balik-balik lagi. Masa tu macam biasalah kompom doa tak henti-henti siap call lagi tanya kat mana. bila diorang sampai je kat rumah dan aku nampka dengan mata kepala aku, masa tu tak tahu nak cakap betapa leganya hati ini. bersyukur yang amat sebab mak abah selamat sampai kat rumah.
Teringat dulu-dulu masa aku tak ada lesen tapi aku dah boleh bawak kereta (jangan tiru aku). Satu hari sepupu aku nak balik ke asrama dia kat pokok sena nun dengan menumpang kawan dia. Jadi sesiapa yang ada lesen tu bertanggungjawab untuk hantar sepupu aku ke rumah kawan dia yang jaraknya lebih kurang 30km kot. Time tu abang sulong saja yang ada lesen tapi dia buat-buat tidur konon macam mengantuk sangat, kejut-kejut tak reti nak bangun. Sepupu aku dan mengelabah sebab kawan dia asyik call je tanya kat mana, abang aku pulak memang dah mati kot masa tu. memang geram sangat. Masa tu tok ada lagi T____T. Last-last tok kata, kakak la p hantaq. aku? sepupu aku pulak menyokong cadangan tok dan tak ada siapa yang bangkang.
Jadinya aku pun start enjin, tapi sebelum sepupu aku naik aku cakap kat dia jangan naik lagi, aku baru nak testing saja. undur je kereta aku bajet macam sukses so aku pun suruh dia naik. adik aku yang bongsu pun nak ikut jugak, almaklum kakak dia firsttime bawak kereta jadi dia terlebih seronok la pula. Lepas tu dengan tak bawak sebarang dokumen pengenalan diri hatta duit sesen pun kami berangkat dengan bertawakal kepada Allah. Cuak juga tapi tiba-tiba rasa macam bangga pun ada sebab aku jadi penyelamat keadaan (sila muntah).
Apa jadi masa dalam perjalanan? Selamatkah kami? haa ofkos la selamat, kalau tak takkan wujud blog ni. Alhamdulillah selamat pergi dan kembali. Yang lebih mengharukan T_____T bila sampai saja kat rumah, tok terus cakap Alhamdulillah cucu tok selamat sampai, meh sini tok nak cium sekali. Tadi tok buat solat hajat mintak Allah selamatkan cucu-cucu tok. Sedih sangat bila teringat hal ni. Masa cerita kisah ni kat suami pun air mata dok bergenang. Sekarang ni memang agak sensitif bila terkenang kisah dengan tok.
Ngeri sungguh bila tengok berita pasal kemalangan tambah-tambah yang meninggal. 3 tahun lepas ada seorang kawan di uitm dulu meninggal masa otw balik beraya. Tak lama lagi kita bakal menyambut hari raya jadi diingatkan bersama agar berhati-hati dijalan raya. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan dapat bersama meraikan hari kemenangan (awal sangat kot cakap pasal raya~lempang laju-laju). Ingatlah orang tersayang. ini bukan iklan.
Jadi setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini. Moga berjumpa lagi dilain masa.
p/s - Moga Allah pelihara kita dari segala mala bencana. amin
terima kasih sudi baca ^^
Aug 8, 2011
Aug 5, 2011
Cerita Sahur
Salam Ramadhan semua. Diharapkan anda ceria-ceria dan sihat sentiasa. Apa khabar iman anda? Cewah..Bajet ustazah la sangat kan.. Ade aku kesah?
Pejam celik pejamtak celik dah masuk 5 hari kita puasa. Cepat sungguh masa berlalu kan sampai kita tak terasa sangat keletihan berpuasa. Ditambah pulak cuaca yang mendung dan hujan ni, jadi kuranglah rasa lapar tu kan. Alhamdulillah.
Tahun ni episod pertama berpuasa dengan incik suami. Oh rupa-rupanya agak penat juga jadi sang isteri ni kan. Barulah tahu betapa penatnya mak kita menjaga kita adik beradik yang ramai tu. mana nak jaga suami lagi, nak urus rumah lagi. almaklum bila dah jadi isteri ni tak boleh la nak fikir perut sendiri. Kalau time bujang dulu, sahur ikut dan saja tapi sekarang terpaksa terhuyung hayang bangun seawal 4.30 pagi untuk memasak. Nasib baik la incik suami jenis tak berapa cerewet. nasi goreng pun ok, maka giranglah sang isterinya itu. ^___^
bercakap tentang sahur ni, oleh kerana aura ustazah tiba-tiba saja kembali maka nak kongsi sedikit tentang kelebihan bersahur ni. Ada beberapa hadith tentang sahur ini dimana bersahur ini adalah satu tuntutan. Kena ingat ye, sunat bersahur adalah pada waktu 1/6 malam. bukan pukul 12, 1 or 2 tapi lebih kurang pukul 5 pg..
Tuntutan bersahur ini juga adalah kerana untuk membezakan antara puasa kita dengan puasa orang yahudi dan nasrani dimana Rasulullah (saw) bersabda: "Perbezaan di antara puasa yang kita lakukan dengan yang dilakukan oleh Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) adalah terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak melakukannya."
Seterusnya tentang keberkatan bersahur Baginda bersabda: "Bersahurlah kerana di dalamnya terdapat berkat yang besar, dan lagi terdapat keberkatan di dalam tiga perkara iaitu dalam jamaah, di dalam makanan 'tharid' dan bersahur. "
Abdullah bin Harith (ra) meriwayatkan bahawa seorang sahabat telah berkata: "Suatu ketika aku menziarahi Rasulullah (saw) tatkala baginda sibuk bersahur. Kemudian, Rasulullah (saw) bersabda: 'Inilah perkara yang penuh dengan keberkatan.’
Bersahur membantu membekalkan kita tenaga disepanjang waktu kita berpuasa (sebelum berbuka).
Di dalam sebuah hadis dinyatakan: "Bersahurlah dan perkuatkan puasamu. Dan tidurlah selepas pertengahan (khailullah) untuk membantumu bangun pada akhir malam (untuk beribadah). "
jadi sempena bulan Ramadhan yang berkat lagi mulia ini, marilah sama-sama kita mengambil peluang untuk menambah saham akhirat kita dengan bersahur. bukan susah pun, bangun pagi-pagi tu untuk makan. bukannya orang nak suruh pergi berperang pun sampai nak nangis-nangis bagai. ini merujuk kepada perangai adik aku dulu yang sesungguhnya sangat susah untuk dikejutkan. setiap hari confirmlah dia akan merajuk ataupun menangis. nak nak lagi abang sulong yang tolong kejutkan. memang tak ada kod etika.
Incik suami tak susah nak bangun sahur sebab dia memang kena makan nasi kalau nak puasa jadi memang dia akan bangun dengan sendiri, tak payah nak kejut banyak-banyak kali. Dia tau je time bila dah siap masak, terus bangun cuci muka dan makan.
Cukup sekadar disini sahaj perkongsian untuk hari ini (ayat masih lagi dalam mood ala-ala ustazah) semoga bertemu lagi pada episod akan datang atau pun episod tak datang-datang. selamat beramal.
p/s : bulan ramadhan bulan yg berkat, marilah sama-sama kita beribadat (bajet ustazah bahiyah pulak, sila lempang laju-laju T____T )
terima kasih sudi baca ^^
Pejam celik pejam

Jul 29, 2011
Kembali semula selepas beberapa kali jumaat dan salam ramadhan kareem
Assalamualaikum dan selamat hari jumaat buat semua. ye saya tahu, esok CUTI ^____^
setelah beberapa lama entri korang nak tahu tak itu, saya kembali semula pada hari jumaat ini bukan untuk berteka teki mahupun bergosip. cuma nak beritahu bahawasanya saya masih lagi bernafas dimuka bumi ini.
Alhamdulillah.
Sibuk sungguh sampai tak sempat nak update blog a.k.a rumah maya ni. rumah yang real pun tak sempat nak kemas lagikan pulak rumah yang tak serupa rumah ini kan. buat nampak tak nampak je. rumah real tu pun seminggu sekali baru nak mengemas. mingggu ni kawan nak datang, jadi bertuahlah rumah tu sebab sudah pasti tuannya akan touch up habis habisan tapi tak ada la sampai pasang lampu kelip-kelip. ok dah merapu.
sebenarnya aku baru saja kehilangan nenek atau kami panggil tok pada 15 Syaaban 1432 hari ahad jam 11.20 pagi. itulah satu-satunya grandparent yang aku ada, jadi sekarang aku dah jadi yatim piatu yg tak ber 'atuk' dan ber'nenek' sedih tahu? tok lah yang menjaga aku masa aku kecil2 dari sejak lahir sampai besar atau dengan perkataan lain, aku dibesarkan oleh tok selain dari mak dan abah. kenangan terakhir yang paling happening sekali ialah pada 10/10/2010 kami anak cucu dan cicit menyambut ulang tahun kelahiran tok yang ke-91.jadi taknak cerita pasal tok lagi sebab nanti jadi sedih T____T bila teringat kenangan dengan tok air mata akan turun tanpa segan silu dan yang pasti aidilfitri kali ini tidak semeriah dulu. al-fatihah. titik.
lagi beberapa hari saja kita bakal menyambut ramadhan. jadi apa persediaan kita untuk menempuh bulan penuh barakah ini? tiba-tiba saja aku jadi macam ustazah yang memberi tazkirah. sila abaikan. apa-apa pun, diharapkan ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. tahun lepas aku dapat khatam al-quran sekali saja. tahun ni harapnya lebih (mudah-mudahan). ini bukan riak, harap maklum. bukan senang nak dapat pahala berganda-ganda. dalam sebulan setahun saja. kalau tak rebut jugak peluang ni, amatlah rugi. mana tahu tahun depan kita dah tak berjumpa lagi dengan bulan berkat ini.
jadi dikesempatan ini saya Siti Fazhana binti Ariffin dan suami (dah ada suami ok) Muhamad Amir bin Hashim mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di dunia ini (bajet semua orang baca ucapan). semoga kita semua dilimpahkan rahmat dan kasih sayang dariNya, insyaallah..
sekian saja untuk kali ini.
terima kasih sudi baca ^^
Jun 24, 2011
Pssstt..korang nak tahu tak? kena baca tau!!
wow..hangat tak?
korang nak tahu tak apa bendanya?
hari ini kan hari jumaat...
jadi esok hari apa?
ofkos hari sabtu kan..
ada apa dengan hari sabtu ni?
inilah yang gempaknya..
psstt...dekat sikit. kena bisik..
korang tahu tak yang hari sabtu adalah hari
C.U.T.I
Horeyyyy!!!!
p/s - mintak ampun ye..selamat berhujung minggu ^____^
terima kasih sudi baca ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ini Blog Saya |