May 19, 2011

Blog Aku Simple dan Kemas

Assalamualaikum pembuka bicara. pagi ini buka blog ija dan tengok dia join peraduan mencari blog simple dan kemas yang dianjurkan oleh penulis Penulis Senja. secara tiba-tiba idea nak join datang pulak sebab sebelum ni lebih suka jadi silent reader. jadi mungkin masanya telah tiba untuk mengexposekan diri sendiri pulak. bukan riak tau. saja suka-suka supaya dunia blogging ini menjadi bertambah meriah.


dapat tahu blog ni dari ija la..bila baca blog penulis senja ni seronok sebab ada banyak puisi yang puitis. yeke? ah bacalah sendiri. mari kita serbu ramai-ramai. cik yana memang suka baca puisi and pantun-pantun ni tapi harap maaf sebab diri sendiri memang tak pandai. suka baca pantun dan puisi kak suraya penulis jemari seni. sekarang ni suka pulak baca puisi encik penulis senja. keep it up ya!

harapnya blog ini menepati syarat yang ditetapkan sebab rasanya dah simple kot blog ni tapi kalau kena reject tu redha saja la. mungkin ini cabaran untuk orang pertama join contest. join bukan untuk menang tapi sebagaimana yang dikatakan diatas, hanya untuk memeriahkan dunia blogging ini. seterusnya dapat mengeratkan silaturrahmi sesama kita. lagi ramai kawan, lagi banyak ilmu yang kita dapat. tak rugi kan?

p/s - doakan blog ini tidak di reject ^__^

jumpa lagi ^^

May 18, 2011

merajuk terus.

assalamualaikum..

pagi-pagi lagi dah bikin panas. tapi ini bukan rancangan melodi ye kawan-kawan. saya ni bukanlah artis yang glemer lagi popular. saya hanya insan biasa.

apa ye yang bikin panas sangat tu? pagi-pagi lagi aku dah bukak blog, nak edit la kan. konon-konon semalam macam merajuk taknak tengok dah html segala. tapi kenapa tiba-tiba hari ni tengok pulak? tu namanya semangat juang yang tak pernah luntur dek mana-mana peluntur yang ada didunia ini.

perasan tak title sidebar tu dah duduk kat tengah-tengah. kira dah maju setapak la aku ni kan dan maknanya teori mengenai aku yang lambat pick up terpaksa diubah balik sebab aku pandai jugak follow tutorial kat blog teknik buat blog tu. hoyeh, sila tumpang berbangga terhadap aku. jangan lupa ucap tahniah. lagi baik kalau disertakan bersama hadiah.*muntah*

tapi alkisahnya pulak kenapa senarai follower blog aku yang cantik-cantik lagi comel itu telah hilang? actually tak hilang cuma dia tak munculkan diri diruangan itu. orang nak follow aku lepas ni pun tak boleh. baru ingat nak bajet riak sebab ada follower tapi terus hilang. ambik kau, Allah kan tak suka riak. ya ampun, hambamu yang hina ini mohon ampun darimu ya Allah. tapi sebenarnya aku tak riak pun cuma nak menghargai atau orang putih kata appreciate orang-orang yang sudi memfollow blog ini. suci lagi murni tak niat ku ini? suci kan? sila sokong.

jadi macam mana ye nak buat supaya orang lain boleh lihat followers yang cute dan baik lagi cantik seterusnya  orang lain yang lain tu boleh ikut jejak untuk menjadi telah menjadi followers tu? ayat macam sampah. maksudnya aku nak semua orang boleh tengok follower tu ler. sedihlah macam ini T___T terus tak jadi nak update banyak-banyak sebelum cuti selama tiga minggu. konon-konon merajuk padahal sebenarnya engkau malas kan nak update?

tengok la dulu kalau-kalau ada yang sudi bantu, maka akan ada la update yang banyak-banyak tapi sebenarnya satu hapa pun tak berilmiah mahupun menjamin masa depan pembaca sekalian. harap maaf sekiranya anda mengharap akan perkara itu.

sekian saja rancangan entri pada kali ini. jumpa lagi

p/s - jangan mudah putus asa. sentiasa cuba dan suba lagi hingga berjaya

terima kasih sudi baca ^^

May 17, 2011

makan-makan

yey dah tengah hari. jadi boleh update blog untuk tengah hari pulak setengah hari bersama cik yana. balik-balik sama saja tajuk apa tak ada idea ke?

sedap tak? 

selamat tengah hari semua. sudah makan ke belum? saya belum makan lagi sebab ustaz belum habis mengajar jadi adik-adik belum dapat hidang makanan. rasa macam nak cakap kat ustaz tu, eh ustaz tak reti-reti nak berhenti bercakap ke, tahu tak aku dah lapar ni?  nak pergi dapur pun malas sebab kena pakai tudung segala. sabar je la. jadi sebelum dapat makan, update lah blog sebentar. moga-moga rasa lapar itu bertukar menjadi kenyang (sambil mengunyak keropok udang cap tesco)

bercerita pasal makan ni memang seronok kan? aku kalau termissed tengok jalan-jalan cari makan kat tv3 tu rasa macam sentap nak menangis je. menyesal pun ada. masa tu mula la aku salahkan sesiapa yang datang time pukul 12 tgh hari hari ahad sebab betul2 mengganggu aku nak menonton cerita kegemaran. dapat tengok makanan-makanan yang dimakan oleh incik pengacara sudah buat aku rasa kenyang tau. lepas tu air liur meleleh bertimba-timba. oh suka sangat menipu.

semua orang suka makan betul tak? apa ye makanan kegemaran kau orang? kalau cik yana a.k.a cik nana ni sukanya makan makanan yang sedap saja (baca slang indon). kalau yang tak sedap macam mana? mestilah tak suka. eh tak la..kalau sedap makannya banyak sekali tpi kalau ngak sedap sikit saja la. makan untuk ambil hati orang yang memasak. tapi kalau makanan yang sangat pelik rasanya, memang sekali cuba saja la, lepas tu minta ampun la nak cuba lagi.

makanan pelik-pelik insyaallah boleh telan lagi. tapi kalaulah makanan yang dah biasa kita makan tapi rasanya pelik, memang tekak ni tak sanggup nak telan. kalaulah tekak tu boleh bercakap, confirm dia kata sudah-sudah la tu, aku tak larat nak mencekik dah ni. contoh makanan yang biasa kita makan tapi rasanya pelik itu adalah laksa.

suatu hari aku pesan minta tolong kawan belikan laksa kegemaranku di pasar malam. jadi bila dah dapat laksa tu punya la semangat aku nak makan. tengok kuah rasa nampak macam sedap. lepas baca doa, terus la ngap kan. rasa kuah dulu. tapi..erkk rasa apa ni?? tak tau nak cerita laksa tu rasa macam apa sebab tak penah rasa apa-apa makanan yang rasanya seperti itu. pertama kali. kawan pun tumpang rasa selepas dipaksa oleh aku (niat jahat taknak kena sorang-sorang haha) jadi dia pun rasa. terus memek muka berubah dari cantik kepada tidak cantik. aku tanya, tak sedap kan? dia pun jawab, rasa macam budu! mungkin dia campur budu, kawan aku menambah. jadi laksa tu terpinggir sahaja disitu ibarat teratai layu di tasik madu.

rugi duit aku rm3.50 kerana akhirnya ke longkang jua engkau wahai laksa. maafkan diriku kerana tak dapat menjamah dirimu walau sekelumit kerana rasamu sungguh tidak menepati piawaian rasa tekakku. selamat tinggal laksa. mari ucapkan selamat datang kepada NASI! terima kasih nasi dan lauk kerana engkau sedap lalu membuatkan tekak gembira seterusnya perut rasa bahagia.

oh lupa nak pesan. tolong jangan harapkan apa-apa resepi pada entri ini walaupun tajuknya makan-makan.

ustaz sudah pulang, jadi mari kita bersantap!

p/s - sebelum makan jangan lupa baca doa makan ^__^

mari kita merajinkan diri sendiri.

sekarang masih pagi bukan? maka entri sepagi bersama cik yana bersambung disini kerana jam baru menunjukkan pukul 10.39 pagi diwaktu entri ini ditaip oleh cik yana a.k.a cik nana.


pic from google images

eh kenapa ni rajin bebenor nak update blog? kan dah cakap tadi? sila baca sendiri kalau nak tahu. bukan kena pegi jauh sampai ke uganda ataupun alaska, cuma roll kebawah dan baca entri sebelum ini. tapi kalau dah malas (babab kang) jugak klik saja SINI. lagi satu sebab tiba-tiba terkena jangkitan sindrom rajin update blog ini adalah kerana aku nak update banyak-banyak sebelum aku bercuti selama tiga minggu. takut-takut time cuti tu nanti aku tak sempat nak update blog dan kau orang semua  rindu sangat pada diriku lantas entri yang kutitipkan akan menjadi penawar rindu kau orang pada aku. jadi tolong berjimat cermat semasa membaca entri yang telah di post kan nanti. ^__^

sepanjang tempoh diantara entri ini dan entri sebelum ini, aku cuba la nak mengedit blog ni konon-konon nak bagi comel dan bila orang jenguk secara automatik mereka akan berkata wow cantiknya belog itu. tetapi sesungguhnya aku amat jahil dalam bab mengedit template walaupun ada tutorial yang sangat mudah diikuti. baru try sikit saja aku terus fedup lalu terus klik cancel dan  rasa tak mahu dah tengok template yang menyerabutkan kepala otak aku untuk selama-lamanya. tipu. sungguh weh rasa pening terus rasa nak termuntah. maaf kalau rasa jijik.

tak tahulah bila aku hendak pandai macam orang lain. rupa-rupanya baru aku sedar yang aku ini seorang yang sangat tidak pandai dan lambat pick up kalau bab-bab IT ni T__T. ada blog ni sudah buat aku rasa pandai dan hebat lantas aku berbangga berlori-lori terhadap diri sendiri. ini bukan ayat riak. aku sendiri tak sangka yang aku ada blog sendiri sejak tahun 2008 walaupun entri yang "ter" posting amat mendukacitakan peminat-peminat semua iaitu hanya 151 setakat ini. tapi aku tetap rasa bangga dan seronok apatah lagi ada juga kawan-kawanku yang comel dan cantik seringkali mengomen diruang komen. komen-komen itu adalah satu semangat untuk aku meneruskan perjuangan di medan blog ini. jadi, aku juga suka mengomen entri-entri mereka supaya mereka juga bersemangat waja untuk meneruskan kehidupan penulisan mereka di blog masing-masing. go go go!

jadi mari kita bersama-sama memperjuangkan dunia blogging ini demi kesejahteraan rakyat sejagat. marilah berblogging secara berhemah. jangan ada benci dan caci maki. itu adalah sikap yang tidak baik walaupun engkau kata eh ini belog aku ikut suka aku la nak maki ke carut ke apa. kalau kita buat baik, orang akan mendoakan kita. betul tak?

disebabkan tiba-tiba rasa semangat berkobar-kobar maka terwujud sudah follower di sidebar. bangga sambil terharu berjuraian air mata akibat ada follower T____T  ok tipu, tak menangis pun.

p/s - bila tengok orang gembira, diri sendiri pun rasa happy ^__^
jumpa lagi di lain masa.
terima kasih sudi baca ^^

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya