May 17, 2011

sepagi bersama cik yana.

assalamualaikum semua..moga ceria di pagi hari waktu cuti umum hari wesak ini. kalau anda ceria, yana lebih-lebih lagi ceria ^^

disebabkan cemburu melihat PUAN ATIE dan CIK JUE kita asyik saja mengupdate blog mereka maka saya dengan semangat berkobar-kobar ini akan mula mengupdate blog saya dari masa ke semasa dan semoga perasaan semangat ini tidak akan dilunturkan oleh clorox bleach mahupun mana-mana jenama peluntur yang ada dimuka bumi ini. sila takut.

sebenarnya hidup aku dengan blog ni  ibarat masuk bakul angkat sendiri, masuk almari tutuplah sendiri bagaikan melukut di tepi gantang. eh takde kaitan ke?  maksudnya disini aku ni ada blog untuk kepuasan diri sendiri atau ertikata yang lain syok sendiri saja. cuba tengok ada tak aku letak ruang follower? takde kan? ini adalah disebabkan perasaan malu yang amat sangat bila aku letak tapi tak ada orang yang sudi follow belog aku yang tak comel dimata kamu tapi cantik dimata ku. sila abaikan statement ala-ala perasan. betul ni. sangat rendah diri. bila baca blog orang-orang yang glemer sumpah aku tak tinggalkan jejak sebab takut dia mendapat dosa akibat terkutuk blog aku yang agak huduh ni. T__T ok tipu.

tapi aku suka bebenor ler baca blog kawan-kawanku yang comel-comel lagi cantik. seronok baca kisah mereka-mereka sehari harian. asyik betul aku baca sampaikan habis semua entry beliau saya baca dalam masa sehari saja. teruja tunggu mereka-mereka itu mengupdate blog masing-masing. bila tiada update aku terus buat-buat tak pandang blog diorang konon-konon merajuk padahal aku nak kumpul entry baru diorang banyak-banyak dan baca sekaligus. baru puas hati dan sanubari lalu aku akan gembira dan hikhikhik (gelak sopan) sorang-sorang sambil makan apa-apa saja makanan yang ada.

tapi tapi tapi ada lagi ni..walaupun aku tak letak ruang untuk follower, tapi ada juga yang sudi memfollow saye. oh sangat terharu sampai tak boleh nak cakap apa-apa walaupun hanya ada lima orang saja yang sudi follow. tolonglah teruja dengan apa yang aku cerita ni. betul aku tak tipu, memang ada yang follow. terima kasih sejuta kali buat yang sudi follow. terharu lagi sambil menangis T___T

entri ini dibuat semasa aku tengah makan oat. disebabkan oat sudah habis maka entri ini pun tamat.

terima kasih sudi luangkan masa dan baca ^^
jumpa lagi.

p/s - makan oat untuk kesihatan jantung anda. sambutlah cabaran ini ^___^

maaf. gambar tiada kaitan dengan tajuk.
pic by google

2 respons:

Jue said... [Reply to comment]

yunk..muahhh gud2...thanks la mention gak nama jue kat snie..hahahahhaha..ehh yeke ak 2??hahahaha

yana-feehily said... [Reply to comment]

hehee..ye la..u la tu sayang.. i loike ^^

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya