mood hari ni agak baik, jadi dengan sedaya upaya cuba untuk update blog. sebelum ni pun rajin juga cuma ada perasaan tak rajin tu lagi banyak dari rajin. ahaks..
hari ni tahun baru 2011.
apa cerita untuk tahun baru masihi ni? tak ada apa pun sebenarnya. tapi tahun baru ni, ramai kawan-kawan yang dah hidup berdua bersama suami terchenta. sebab itulah tajuknya berdua lebih baik. betulkah? agaknya la..sebab kawan-kawan yang dah mendirikan rumah tangga ni semua bercerita tentang yang baik-baik saja. cerita tentang bahagianya mereka bila ada yang mengasihi dan dikasihi. ohh.. (berangan seketika) ahaks..
bahagiakah?
soalan ini ditujukan pada sahabat-sahabatku yang berkahwin pada bulan disember.
~ wan norlida ismail vs mohd rizuan
~ sini naimah abu bakar vs shaiful azlan
~ nor fazlina vs mohd azrul
~ nur afifah vs (sorry, i dont know ur husband name) huhu
mereka-mereka dia atas telah mendirikan rumah tangga. baru saja. hanya dua dari walimah yang paling atas saja yang dapat dipenuhi undangannya. yang dua lagi, maaf sangat..pokai mak nyah! tiap-tiap minggu balik..
apa pun, sesungguhnya aku bahagia bila kalian bahagia. haha..ayat pasrahkah? mana ada..ini ayat ikhlas yang datang tulus dan mulus dari hati yang paling dalam. omputeh kata, from the bottom of my
betulkah?
biarkan persoalan itu bermain dan berlegar seketika di minda kalian. biarkan ia terus menjadi tanda tanya.. ^__^
berbalik kepada tajuk asal ye..
kepada sahabat-sahabatku..kudoakan kalian berbahagia disamping pasangan dan keluarga masing-masing..moga menjadi suami/isteri yang soleh/solehah wa musleh. moga bakal melahirkan generasi pewaris agama yang mulia...
aku tersangat bahagia melihat kebahagian kalian semua....love u all so much!
~dalam hati ada taman~