Mar 27, 2010

PadaMu aku berserah...

salam utk semua..

kenapa keadaan jadi macam ni ye? kenapa perlu sangat complicated. padahal rasanya biasa-biasa saja..atau aku yang menjadikan ianya luar biasa?

penat.letih.buntu.

rasanya perkataan tu yang sesuai kot. aku penat dah nak fikir. aku letih nak ambil kisah pasal semua orang dan buntu untuk buat keputusan.

entah betul atau tak keputusan yang aku buat ni. tapi rasanya dah fikirkan segala baik buruk, dah tengok semua dari sudut negatif dan positif. tapi cukup ke? entah la..hanya Allah yang mengetahui segalanya.

apa pun keputusannya, aku redha dan tabah untuk semua. moga kekuatan ini terus bertahan selama yang boleh. mohon Allah pinjamkan kekuatan dan ketabahan ini untuk satu tempoh yang panjang..ke akhir hayat, mungkin?

sungguhlah yang hati dan perasaan ni tak boleh dipaksa-paksa. kalau suka, sukalah jugak. kalau dah tak suka, tak sukalah rasanya. tapi perasaan tu boleh di pupuk dan di kikis sikit-sikit kan? harap begitulah.

kalau dah suka, berterus terang sajalah, dari terus memendam rasa yang cukup menyeksakan. bukankah itu tak baik untuk hati sendiri? menderita dan merana di dalam tapi di luar nampak gembira dan ceria. sampai bila mampu bertahan?

apa juga yang berlaku, semuanya telah Allah takdirkan sejak azali. kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk dapatkan yang terbaik. dan Allah telah memberikan kita peluang dalam hidup ini. terpulang kepada kita untuk memilih.
semestinya kita memilih untuk jadi yang terbaik kan? kerana kita adalah insan terpilih dan berjaya sejak dari mula lagi.

"Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dariMu dengan ilmuMu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu, aku minta dariMu dari kelebihanMu yang banyak. maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui bahkan Engkau sangat mengetahui segala perkara ghaib..

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, pada duniaku dan baik pada kesudahan urusanku, maka tentukanlah untukku dan mudahkanlah dan berkati aku padanya.

Andai perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku serta kesudahan urusanku, maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya.

Ya Rahman, tentukan kebaikan untukku di mana saja aku berada dan redhakan aku padanya.."

amin...

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya