Jul 9, 2009

~mesyuarat susulan mengenai bantuan ke gaza~

salam..

hari ini dalam sejarah aku dan ayu ikut haji dan puan najwa meeting di wisma putra..meeting berkenaan susulan mengenai bantuan ke gaza..meeting dengan NGO2 yang terima dana daripada kementerian luar negeri hari tu..ada 13 NGO yang terlibat termasuk Yayasan Wanita Islam;

~Yayasan Salam Malaysia
~Aman Palestin
~Mercy Malaysia
~Bulan Sabit Merah
~Islamic Relief Malaysia
~Muslim Care Malaysia
~Dewan Pemuda Masjid Malaysia
~Pertubuhan Mawaddah
~Malaysian Social Research Institute
~Haluan Malaysia
~Global Peace Mission
~Yayasan Amal Malaysia

agenda mesyuarat:

1) perutusan aluan pengerusi

2) laporan status pelaksanaan projek oleh badan-badan bukan kerajaan

3) perbincangan berhubung masalah-masalah yang dihadapi bagi menyalurkan bantuan ke penduduk gaza

4) cadangan-cadangan bagi menangani dan meneruskan pelaksanaan projek di gaza

5) penangguhan mesyuarat
bila ada dalam bilik mesyuarat tu baru la aku tau nama-nama NGO lain yang sebelum ni aku tak penah dengar pun..macam global peace mission tu,aku tak penah dengar sekali pun padahal wakil dari situ kawan lama haji..dia pulak tau pasal YATI buat program PAPA kat masjid..tapi yang syoknya bab global peace gaduh dengan muslim care malaysia pasal pembahagian duit dana tu..

sebenarnya setiap NGO dibahagikan dalam beberapa buah kumpulan bagi pengagihan dana mengikut jenis bantuan yang akan disalurkan..macam YATI satu kumpulan dengan mawaddah,yayasan salam n MSRI,jadi dana RM1juta dibahagi kepada 4,so satu pertubuhan dapat RM250k..muslim care malaysia dengan global peace satu kumpulan tapi muslim care malaysia sampai sekarang tak bahagikan dana tu pada global peace..jadi berlaku sedikit perselisihan kat situ..

macam-macam cerita yang dikongsi hari ni..cerita pasal orang muslim care malaysia yang kena tahan di lokap airport sebab tak dibenarkan masuk..ye la,mmg la kena..ade ke patut dorang bawak duit cash USD240k?? huh..nilai lebih kurang sejuta ringgit malaysia tu..nasib baik tak kena rampas..pegi lima orang tapi sorang je yang lepas..yang sorang tu je la yang ke hulu ke hilir uruskan kawn-kawan kat lokap..bayangkan dalam tempoh kena tahan tu dorang tak diberi makan dan minum..huh..mmg dugaan betul..

jadi disitu banyak pengajaran yang blh NGO lain ambil..buat masa sekarang gaza mmg tak boleh dimasuki..nak hantar bantuan ke sana pun sangat la payah sebab pintu sempadan mesir tu tak dibuka..jadi buat masa ni kata haji,kita tak payah pegi lagi..insyaallah lepas raya baru bantuan tu akan dihantar..mudah-mudahan dengan bantuan dari Allah segalanya akan berjalan lancar..

jadi hari ni aku dapat lagi satu pengalaman..bermesyuarat dengan orang yang dah lama bergiat dalam bidang kebajikan ni..alhamdulillah dan terima kasih atas kesempatan yang diberikan oleh haji dan puan najwa pada aku dan ayu..insyaallah ilmu ini akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya..

.....PeaceNoWar.....SaveGaza.....FreePalestine.....

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya