Jul 12, 2012

Alkisahnya...Jeng Jeng

Assalamualaikum..

Terima kasih kepada yang sudi mmbelek dan menilik gambar Wordless Wednesday minggu lepas. Maaf la puan eeiyss kita yang asyik bertanya tapi kak yana ni macam nak buat suspen saja. Bukan macam tu, masa tak mengizinkan.

Begini kisahnya..

Gambar itu diambil oleh adik lelaki di pusat rekreasi air panas ulu legong nun di Baling sana masa kami sekeluarga pergi berkelah (perkelahan malam, ahaks). Waktu tu dalam pukul 12 malam macam tu. Masa duduk tengah makan tu, si kecik aufa mawaddah memandang ke arah pokok sambil melambai-lambai dan panggil-panggil macam ada orang kat situ. Lepas tu siap hulur-hulur makanan lagi.


Aufa Mawaddah


Ummi aufa gelak-gelak pandang saya sambil cakap " haii aufa ni dok panggil-panggil tu dia nampak apa ntah.." saya pun gelak-gelak jugak. Adik lelaki saya menyampuk, dia kata tak ada apa la. Adik saya tu pengamal perubatan islam. Lepas tu dia terus ambil tab dan ambil gambar kawasan tu.

Esoknya adik ipar bagitau dalam gambar yang adik saya ambil tu memang ada sesuatu. Kalau tengok macam tu je memang tak perasan apa tapi bila tengok betul-betul sungguh ada sesuatu macam yang kak marya nampak. Tapi secara jujur saya rasa macam biasa je, tak la takut ke seram ke. Saya rasa macam, eh comelnya benda tu dok bersandar kat pokok. Hishh..

Sesiapa yang tak nampak tu..haaa pendek umur. Gurau je. Kalau nak tengok jugak boleh save gambar tu dan beri perhatian pada bulatan merah, sebelah kiri pokok. ^__^

Jadi kesimpulannya waktu malam adalah waktu tidur. Bukan waktu untuk berkelah. Hehe..Selamat beramal.


Surah al-hijr : ayat 27
"Dan telah Kami jadikan jin sebelum manusia..."
 
Surah al-a'raf : ayat 27
"...sesungguhnya dia dan pengikutnya melihat kamu, dari sesuatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka..."

Jul 3, 2012

Sayangnya Allah kepada kita..

Assalamualaikum..

Dalam keadaan kita rasa kita tidak layak menerima nusrah Allah, tapi kita tetap menerimanya juga.Banyak nikmat luar biasa dari Allah yang kita kecapi walaupun kita rasa kita tidak layak menerimanya jika dibandingkan dengan sedikitnya amalan yang kita lakukan.

Contoh nikmat yang kita terima ;

  • kenaikan pangkat
  • kenuntungan dalam perniagaan
  • kesihatan yang baik
  • terselamat dari malapetaka
  • anak-anak yang berjaya
  • pasangan yang ideal (paling tidak pun yang 'ok')
dan beribu nikmat lagi yang kalau disenaraikan mungkin tidak cukup ruang dan tidak cukup nafas untuk membaca dan menghitungnya. Nikmat luar biasa ini adalahpeluang dari Allah swt untuk kita semakin mengenaliNya. Ma'rifatullah.

Pernahkah kita tertanya-tanya kenapa Allah memberikan khusus kepada kita nikmat-nikmat tersebut sedangkan amalan dan pengorbanan yang kita lakukan untuk agama Allah ini amatlah sedikit dan tidak sentimpal dengan kurniaanNya? Inilah tarbiyah yang sangat penting buat kita sebagai hambaNya.

Dikongsikan bersama kata-kata indah yang disusun oleh Ibnu Athaillah buat mereka yang menghargai nikmat-nikmat luar biasa Allah ;
Jika Allah membuka pintu perkenalanNya denganmu, janganlah hiraukan mengapa ia terjadi walaupun kita merasa tidak layak kerana sedikitnya amalan kita. Allah membukanya buatmu kerana Dia sendiri ingin memperkenalkan diriNya kepadamu. Tidakkah engkau mengetahui bahawa perkenalan itu adalah anugerahNya kepadamu sedangkan amalanmu adalah sesuatu yang cuba kamu persembahkan kepadaNya. Maka lihatlah satu perbezaan yang sangat besar dengan apa yang kamu cuba persembahkan kepadaNya dan apa yang Allah kurniakan kepadamu?


 perkongsian dari YDP Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Selangor

Jun 27, 2012

Petua nak hilangkan pening kepala

Assalamualaikum..

Hari Ahad malam entah apa yang saya makan tiba-tiba masa mengiring ke sebelah kiri untuk letak handphone, kepala berpusing-pusing macam naik marry-go-round pada kelajuan tahap maksimum. Jadi perlu baring dalam keadaan statik saja dan terus tidur dengan harapan kepeningan dan kepusingan kepala ini akan hilang apabila terjaga esok pagi. Sebelum tu saya ikut petua mak mertua ; baca surah (3 qul) dan letakkan tangan ke kepala. Lepas tu terus terlena..



Esok paginya masih lagi rasa kepeningan itu. Terasa badan ringan dan melayang. Masa solat subuh ok lagi walaupun ada rasa pusing-pusing tu. Cepat-cepat saya makan uphamol 650 mudah-mudahan sakit yang sikit tu akan berkurang dan dapat saya bekerja dengan senang. Tapi Allah tak izinkan. Masa solat zohor dan seterusnya saya terpaksa pejam mata rapat-rapat sebab selepas bangun dari rukuk dan sujud rasa macam tidak berpijak di bumi yang nyata.

Sampai hari ini pening itu masih ada, jadi saya terpaksa meminta bantuan encik google untuk mencari petua hilangkan pening kepala ni. Dan terjumpa di blog Aznanie petua tersebut.

Bahan-bahan diperlukan :

lada hitam (ditumbuk)
bawang merah (dihiris)
air asam jawa

Campurkan semua bahan, ramas hingga sebati dan letakkan atas kepala. Lepas tu kena la rehat. Kalau nak detail lagi boleh pergi ke blog empunya petua. Saya pun tak cuba lagi sebab sekrang ni kan kat ofis. jadi tak tahu la berkesan ke tidak.  ^__^



Jadi, kepada sesiapa yang rasa pernah pening-pening macam ni bolehlah mencuba petua dari Aznanie ni ye..Terima kasih Aznanie sebab kongsi petua. Moga Allah melegakan pening kepala saya ni melalui petua ini. Amin..

Selamat mencuba.

Jun 22, 2012

Belum dapat kelulusan lagi..

Assalamualaikum..

Semalam saja-saja online fb time rehat. Jadi ramai la kawan-kawan yang menegur. Semuanya bertanya;

Dah berisi ke?

Jawapan saya...memang berisi pun.

Ada sorang member kemain syok lagi dia, siap tanya dah berapa bulan dah? Yang pastinya dia dapat jawapan sarkastik saya " Dah terlebih bulan, takmau keluar-keluar lagi.." Nasib la..

Sorang lagi kawan lagi best. Dia kahwin awal beberapa bulan dari saya. Tiba-tiba menegur setelah agak sekian lama tak bersembang. Soalannya dah pasti la soalan bocor. Dan jawapannya sudah pasti sarkastik bunyinya.

Bila saya cakap saya belum mengandung, dia jawab..

"Hahahhaa..tu yang nak dengar tu. Ada geng.."

Sejujurnya, saya pun gembira jugak bila dia beritahu dia belum mengandung. Bila dah masuk usia setahun perkahwinan ni, apa yang saya harapkan Allah memberi rezeki (anak) yang satu itu. Sebelum ni saya ok sebab ada beberapa kawan baik saya yang kahwin sebelum saya belum mengandung. Tapi sekarang semua dah masuk pakatan mengandung. Macam dirancang-rancang pula. Angkut geng ramai-ramai tetapi saya dipinggirkan T__T

Kawan baik saya anak kepada Tok Guru Hj Hadi pun dah join Pakatan Mengandung beramai-ramai dengan adik beradik dia yang lain. Wah wah, makin meriah dunia. Alhamdulillah rezeki mereka.Sekali lagi saya rasa terpinggir dan terasa amat kerdil sekalipun sekarang ini tubuh saya makin mengembang. Sob sob..

Tapi insyaallah saya masih ada kekuatan. Saya tak sampai tahap menangis bila dengar sesiapa mengandung. Kita hanya buat proposal, tapi kalau yang kat atas sana tak sain patut ke kita buang lalu berputus asa ? Tidak. Kita patut buat proposal yang lebih baik sehingga diterima. Itu saja. Siapa kita nak melawan kuasa Allah sedangkan kita dah tahu segala yang terjadi ini telah tertulis di Loh Mahfuz? Wow, bunyi macam ustazah tak? Tiba-tiba rasa kagum dengan diri sendiri sebab konon-konon boleh berceramah. Ceh.




Kenapa ya saya tulis entri ini? Sebab disekeliling saya ada beberapa orang yang sikapnya begini. Menangis bila dengar orang-orang terdekat dia mengandung tetapi Allah masih belum beri dia rezeki. Tak tahu sebab menangis tu sama ada dengki ataupun gembira. Tapi yang pastinya kaklong saya memang dia kata dia dengki. Dah 6 tahun kahwin masih belum dikurniakan anak, berbuih mulut kami nasihat tapi macam tu jugak. Haaa teruskan la menangis kalau itu yang legakan hati dia. Teruskan menangis kalau-kalau dengan menangis tu boleh membuatkan kamu mengandung.

Eh..ayat macam marah saja. Ya, saya memang rasa macam nak marah pada kaklong saya. Tapi saya kesian juga kat dia. Kaklong saya macam dah putus asa. Apa yang penting sekarang ni, teruskan usaha dan jangan putus harap pada Allah. Doktor tu boleh cakap apa saja tapi Allah yang menentukan segalanya. Dia tahu apa yang lebih baik untuk kita. Seandainya Allah takdirkan kita tak ada anak dari benih sendiri, boleh saja ambil anak angkat. Setiap kesukaran ada jalan penyelesaian. yang penting selepas usaha kita bertawakal dan berserah padaNya. Insyaallah kerana Allah memang sentiasa bersama dengan kita.

Sekian saja ceramah saya di pagi Jumaat. Jumpa lagi di lain masa. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat mengubah pemikiran mereka-mereka yang terlibat dalam hal ini. Sentiasa ingat yang kita ini milik Allah, tak ada satu pun milik kita dan Allah berhak nak ambil balik hak Dia bila-bila masa pun.


Jumpa lagi...

p/s - kata-kata untuk diri saya sendiri juga..

Jun 21, 2012

Saya pun ada Secret Admire

Assalamualaikum..

Ya betul, dah sebulan tak update blog. Dalam masa tu jugak jangan tak tau, puan yana langsung tak jenguk blog sendiri. Jenguk blog orang ada jugak la. Tapi jadi silent reader je tanpa tinggalkan jejak. Sebabnya? Adalah kerana malu apabila mengunjungi blog orang dan meninggalkan jejak, sudah pasti mereka akan menjejaki saya. Malu la weh kalau orang datang rumah tak hidang apa-apa.. T__T

Bila dah lama jenguk blog, mula la berlambak-lambak mesej kat shoutbox. Tapi mesej camhampeh. Semuanya menipu saya je kejenya konon nak gembirakan hati ai la tu..Sorry naik lorry, ai takkan percaya hokeh?

Jangan jeles sebab saya ada secret admire. Konon no wonder why my friends tell me abaout your site, always update with fresh information. Ceh..Sejak bila pulak la blog ai ni penuh dengan info? Dan sejak bila pulak blog ni sentiasa update? Dan dan dan sejak bila pulak ai bagi infomasi berguna kepada pembaca-pembaca? Sangat auta. Hahaha..


Rasanya semua blog pun dapat mesej tu. Dulu masa mula-mula dapat pernah la klik, tapi ntah apa-apa yang keluar. Semua tu mungkin akan memusnahkan sistem ozon saja. Jadi kalau dapat mesej-mesej camhampeh ni tak payah la rajin-rajin nak klik.

Kesimpulannya, jangan tinggalkan rumah anda lama-lama. Nanti ada makhluk lain ambil alih. Mungkin (?) Pendatang asing ramai sekarang ni. Jage-jage..ade yang memerhati (kiah propa)

Jumpa lagi ^__^

May 22, 2012


1 REJAB 1433
 genap setahun kami disatukan. 
Alhamdulillah..



 Ya Allah YaLatif Ya Rahman Ya Rahim
Ya Allah, engkau mengetahui bahawa hati-hati
ini telah bersatu kerana mengasihimu,
bertemu untuk mematuhimu,
bersatu memikul amanahmu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulatdan menyokong syariatmu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalannya yang sebenar. Penuhkan hati ini
dengan cahaya Rabbanimu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan
keimanan dan keyakinan,
Jadikan kami suami/isteri yang soleh/solehah
dan berikan kebahagiaan yang berkekalan
buat kami di dunia dan di akhirat.
Amin Ya Rabbal Alamin.


May 11, 2012

Aktiviti Tahunan Yang Tak Kesampaian.

Assalamualaikum..

Apa khabar kawan-kawan semua? Rindu sungguh pada blog yang suram-suram kelam ini. Lagi rindu pada cerita-cerita sahabat blogger. Maaf pada mereka yang sudi menziarah teratak ini serta disulami oleh komen. Pertama-tamanya nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada yang memberikan pendapat pada entri sebelum ini. Segala pendapat dan komen tu semua telah siap yana print elok-elok dan beri pada dia. Alhamdulillah keadaan jadi baik-baik setelah membaca pendapat kalian. Nasiblah suaminya bukan penagih tegar. Sekali-sekala. Tapi yang sekali sekala itulah kita patut hapuskan supaya ianya tidak berkala lagi.


TERIMA KASIH DAUN KELADI.. LAIN KALI  BAGILAH PENDAPAT LAGI :)


Apa aktiviti tahunan yang tak kesampaian tu? Tahun ni yana terlepas pameran buku antarabangsa kuala lumpur (PBAKL). Sejak 4 tahun kebelakangan ini, menjadi kebiasaan dan acara tahunan yang wajib untuk pergi ke pameran buku tu. Tapi tahun ni tidak kesampaian. Ala-ala terkilan dan kempunan. Kalau mengandung sahlah anak yana lahir nanti air liur dia meleleh sebab mak dia tak dapat pergi pameran buku saja. Astaghfirullah, tak baik betul buat andaian macam tu.

Apabila dah pergi ke pameran buku tu, wajib juga pergi ke booth Jemari Seni dan wajib jugalah berjumpa dengan penulis kesayangan yana (orang lain juga) Noor Suraya aka Kaksu. Berjumpa dengan kaksu itu sebenarnya satu kemestian dan umpama tak lengkap kehidupan setahun ni andai tak bertentang mata dan bersembang-sembang dengannya. Cewahh..macam apa entah yana ni. Tapi memang betul. Walaupun berjumpa hanya setahun sekali, tapi kaksu sangat dekat dihati yana. Sedihnya tak dapat jumpa kaksu T__T



Mungkin ada yang keliru, yana ni sedih tak dapat pergi PBAKL ataupun tak dapat jumpa kaksu? Jawapannya kedua-duanya sekali. Ada satu lagi sebab iaitu tak dapat nak borong novel JS yang sudah pasti harganya didiskaunkan dengan hebat sekali dan ada pula hadiah yang disediakan mengikut terma dan syarat. Dan sudah pasti yana akan mengikut segala terma dan syarat hanya untuk mendapatkan hadiah yang bercop JS atau ADIWARNA atau apa-apa saja yang berkaitan dengan Jemari Seni. Obses sungguh.

Insyaallah kekecewaan ini akan ditebus dengan Pameran Buku Selangor. Harapnya kaksu ada karya terbaru. Entri berkenaan novel-novel kaksu pernah yana ceritakan disini. Sila beli kepada yang minat sebab rugi kalau tak memiliki. Untuk makluman kaksu tak ada bagi komisen pada yana untuk entri kerkaitan dengan dia ya!


p/s - aku telah bertukar menjadi yana ; yana kan nak menjadi gadis sopan lagi santun. ahaks..



Apr 25, 2012

Apa pendapat korang??

Assalamualaikum..

Sorang kawan saya ada masalah dengan husband dia. Dia dah kawen dalam setahun lebih dah. Belum dikurniakan anak. Masalah sekarang adalah dia baru dapat tau yang sang suami pernah mengambil dadah jenis ganja sebelum mereka berkahwin. Dia dapat tau hal ni sebab dia terjumpa ubat yang tertera nama suboxone.

Dia mintak tolong saya check ubat tu. Ya..korang boleh search kat internet pasal ubat ni. Ubat ni fungsinya lebih kurang macam methadone. Ubat untuk hilangkan ketagihan dadah. Ok fine. Kita dah nampak kat sini yang suami dia cuba untuk buang semua sikap buruk tu. Tapi masalah keduanya ialah si suami tu nampak dah macam ketagihan suboxone pulak. Dia cairkan ubat tu dan suntik. Tak ke macam penagih tu?

Jadi kawan saya ni buntu dan runsing sama ada dia nak teruskan perkahwinan ni ataupun ambil jalan untuk berpisah. Kalau tanya pendapat saya yang dhaif ni, dah confirm la suruh berpisah je. Tapi tak la bagitau kat dia macam tu. Perasaan kawan kena la jugak dijaga. Lagipun cerai ni satu perkara yang Allah tak suka.

Sesiapa yang ada pengalaman ataupun pengetahuan sila beri pendapat anda. Adakah suboxone ini boleh menyebabkan ketagihan dan perlukah dia meneruskan perkahwinan ini?

Pendapat anda amatlah dialu-alukan dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

p/s - macam buat surat rasmi T__T

Apr 18, 2012

Dah ada isi ke?

Assalamualaikum..

Dilema orang yang berkahwin
~ bila jumpa orang/sedara mara, semua pakat tanya..Dah ada isi ke?

Jawapan saya..
1) Isi perut
2) Mengandung lemak

Tapi bagi saya pertanyaan begitu tidak menjadi kudis pada saya malah saya gembira sebab orang sekeliling sangat take care akan saya. Tanpa rasa kecik hati ataupun sedih, saya menjawab pertanyaan mereka dengan nada yang happy. Selepas itu pastinya mereka akan mendoakan supaya dikurniakan rezeki (anak) itu dengan cepat. Amin..

2 hari lepas saya bermimpi kawan-kawan saya semuanya tengah mengandung tapi saya tidak. Petanda apakah itu? Ya..mimpi adalah mainan syaitan. Saya bukannya alim ulamak yang warak untuk dapat petanda melalui mimpi, jadi saya abaikan mimpi itu walaupun dalam hati terdetik jua perasaan cuak. Sampai hari ni tak beritahu incik suami lagi akan hal mimpi tersebut. Tolong rahsiakan dari dia ok?

Hal rezeki (anak) itu bukan urusan kita untuk menentukan bila dengan tarikh sekian-sekian, tetapi hak mutlak Pencipta kita. Segalanya telah ditentukan dan menjadi rahsiaNya. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha lalu bertawakal kerana hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Sekian. Teruskan berdoa untuk saya. Jangan lupa ok?

p/s - rasa macam buat karangan masa kat sekolah saja. letih kot guna ganti nama saya kat dalam blog ni.

motif guna saya : belajar untuk menjadi gadis sopan. hakhakahaktuii..

Buah hati pengarang jantung hamba

Apr 13, 2012

Kau Pergi Jua...Mohamed Amirul Eshan dalam kenangan ~ 31 Mei 2011 - 4 April 2012

Assalamualaikum..

Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali..

Pertama kali keluarga kami diuji dengan pemergian seorang bayi berusia 10 bulan. Ya Allah tabahkanlah hati kami terutama ibu dan ayah Eshan dalam menghadapi dugaan ini.

Eshan lahir 31 Mei 2012 dengan dengan berat lebih 3kg. Alhamdulillah cukup sihat dan matang tanpa sebarang komplikasi. Disambut dengan gembira kerana Eshan anak sulung dan merupakan cucu lelaki pertama keluarga Pak Ndak. Eshan lahir 3 hari sebelum majlis pernikahan aku.



Eshan membesar dengan baik dan sihat. Demam-demam tu biasa la kan, untuk menguatkan antibodi dia. Tak ada sebarang masalah yang teruk. Makin hari berat badan makin naik sampai tak larat orang nak dukung :) Pipi dia yang tembam menarik minat dan perhatian semua orang. Eshan cepat belajar dan sangat aktif. Acah sikit ketawa mengekek. Sangat manja dengan tok wan dia. Kalau dah duduk dengan tok wan, kat ibu sendiri pun dia tak nak.



9 Mac 2012, Eshan demam. Ibu dan ayah tak bawa Eshan ke klinik sebab ingatkan demam biasa. Hampir seminggu demam berlarutan, sampai satu masa Eshan dah tak beri sebarang respon. Terus dibawa ke hospital dan disyaki terkena jangkitan penyakit kaki tangan dan mulut. Sedihnya tengok Eshan yang lasak dan aktif terbaring tak berdaya. Waktu tu bila panggil nama dia, dia hanya gerakkan mata saja.



Doktor mintak nak ambil air tulang belakang, tapi ayah Eshan tak sanggup nak tengok anak dia jadi bahan uji kaji. Tak sanggup nak biarkan Eshan kesakitan. Awalnya doktor maklumkan yang darah putih Eshan berlebihan, tetapi doktor tukar statement yang Eshan terkena jangkitan kuman. Akhirnya Eshan keluar dari hospital dan cuba berubat secara tradisional.

Selepas keluar dari hospital, Eshan masih tak boleh bergerak. Bawa ke tukang urut dan tukang urut beritahu yang sendi Eshan lari. Kesiannya Eshan menanggung derita masa tukang urut betulkan sendi. Menangis tak berhenti. Tapi keadaan Eshan masih juga sama. Masih tak aktif seperti sebelum ini.

31 Mac 2012, aku buat kenduri kesyukuran. Aku tanya keadaan Eshan dan Mak Uda dia kata dah semakin ok. Ibu ayah Eshan tak dapat datang sebab keadaan Eshan masih tidak mengizinkan dia untuk dibawa berjumpa dengan orang ramai. 1 April 2012, saudara mara yang duduk di PJ berkumpul dirumah tok wan Eshan. Masa tu Eshan ada sekali. Terbaring lesu. Bila orang panggil nama dia, dia menangis. Entah apa yang Eshan nak beritahu pada semua orang masa tu. Mungkin nak beritahu betapa dia menanggung kesakitan dan dia dah tak lama lagi kat dunia ni. Allahu akbar..

4 April 2012 lebih kurang jam 1 pagi Eshan dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas. Doktor tebuk paru-paru untuk mudahkan Eshan bernafas. Limpa dan paru-paru Eshan dah membengkak, terus menolak ke jantung menyebabkan kesukaran bernafas. Masa Eshan tengah nazak, ibu dah berdoa dan redha sekiranya Eshan diambil balik oleh Allah. Masa tu doktor sahkan Eshan mengidap Leukimia atau kanser darah. Puncanya Allah saja yang mengetahui.

Aku dapat panggilan jam 6 pagi dari Mak Uda Eshan, maklumkan yang Eshan dah meninggal. Allahu rabbi, sedihnya hati tak terucap bila mengenangkan ibu Eshan yang mengandungkan Eshan, melihat Eshan membesar dan tiba-tiba nikmat itu diambil balik oleh yang lebih berhak. Pilu dan sayu. Masa tu aku terus sms Kak Sham ucap takziah dan memberi kata-kata semangat. Insyaallah dia kuat kerana Allah memilih dia untuk menerima dugaan dan ujian begitu.

10.00 pagi aku, suami dan adik dah terpacak di tanah perkuburan kota damansara tempat bersemadinya jasad Eshan. Tak sempat nak terus ke PJ dengan keadaan jalan yang jem sebab hari bekerja. Hampir jam 11 pagi, jenazah Eshan sampai. Episod duka bermula waktu ini. Waktu bersalam dengan Mak Ndak, air mata tak tertahan lagi bila Mak Ndak menangis waktu mendakap aku. Air mata terus mangalir bila aku peluk Pak Ndak. Bertambah-tambah sedih bila nampak muka Eshan waktu nak letakkan dia dalam liang lahad.

Ibu dan ayah Eshan sangat tabah dan kuat. Sebelum Eshan dimasukkan ke dalam liang lahad, ibu dia sendiri yang buka ikatan dan sempat mengucup kepala kaku Eshan. Tok Wan juga sempat mencium jenazah sebelum diberikan kepada ayah yang bersedia untuk meletakkan ke tempat Eshan akan bersemadi buat selamanya. Sebelum tu ibu sempat cakap "Eshan..sekejap je ibu dapat main-main dengan Eshan.." Kata-kata yang membuatkan semua yang ada terus mengalirkan air mata.

Tempat Eshan dah pasti disyurga. Ibu dan ayah dia dah redha dengan takdir Allah yang meminjamkan Eshan kepada mereka hanya untuk 10 bulan. 10 bulan yang penuh cabaran dalam membesarkan Eshan dan Alhamdulillah ibu dan ayah dah berikan yang terbaik untuk Eshan. 10 bulan yang menceriakan seisi keluarga. Kau pergi jua kepada Sang Pencipta buat selamanya.

Setelah selesai semuanya, kami bergerak ke rumah tok wan Eshan. Masa dalam bilik, aku dan Mak Uda Eshan mengimbau kenangan 10 bulan bersama Eshan. Tiba-tiba Ibu Eshan masuk dan episod air mata berulang lagi. Ibu tengok gambar Eshan. Sambil memgusap gambar Eshan, Ibu panggil Eshan sambil menangis..

"Eshan...Allah sayang Eshan..Ibu pun sayang Eshan..Tapi Allah lagi sayangkan Eshan...Astaghfirullah..."

Kak Sham cuba menahan kesedihan dengan terus beristighfar dan berzikir. Tapi setiap kali bercerita pasal Eshan, perasaan sebak tetap menguasai. Kami hanya mampu berkata, menangislah kak sham andai menangis itu boleh meredakan hati kak sham. Sebab kami sendiri tak dapat menanggung kesedihan apabila terkenang keletah Eshan yang aktif dan lasak itu. Semuanya terbayang dimata umpama skrin besar terpampang menayangkan kenangan suka duka bersama Eshan.

Hati ibu mana tak sedih, hati emak mana yang tak berduka seandainya zuriat yang dikandung selama 9 bulan dan terus membesar di depan mata di ambil balik nyawanya oleh Allah. Tapi itulah janji Eshan kepada Allah. Hanya 10 bulan dia ingin hidup didunia yang penuh cabaran. Eshan tak sanggup nak teruskan dan Insyaallah sekarang Eshan berada di syurga dengan gembira. Ibu dan ayah dah redha dengan pemergian Eshan cuma buat masa sekarang mereka belum bersedia untuk balik ke rumah kerana tak sanggup nak lihat barang-barang Eshan. Setiap sudut rumah mengingatkan mereka kepada Eshan.

Bukan saja ibu dan ayah, tapi kami semua masih lagi terasa kehilangan Eshan walaupun tempoh 10 bulan itu tidaklah lama tetapi pemergiannya sangat terkesan dihati.

Eshan..Mak Ngah rindu Eshan.. Masih terasa lenguh tangan Mak Ngah menimang Eshan. Masih terngiang suara Eshan ketawa bila Mak Ngah mengacah Eshan. Masih terdengar suara Eshan merengek apabila lapar. Masih teringat Mak Ngah pada keletah Eshan yang kelakar dan menceriakan kami. Tak puas rasanya bersama dengan Eshan..



Tempat Eshan dah pasti di syurga. Kita yang hidup ni belum pasti lagi bila masa dan ketika Allah nak ambil nyawa dan dimana kita akan ditempatkan nanti..Sama-sama kita menambah amal ibadat kita dan moga Allah menerimanya..Terima kasih kepada yang mengucapkan takziah dan mendoakan ibu dan ayah Eshan. Moga mereka terus tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan sebesar ini. Apalah sangat ujian ini kalau nak bandingkan dengan penderitaan yang dihadapi Rasulullah..

Feb 27, 2012

Mohon Maaf Semua

Assalamualaikum..

Minggu ni Puan Yana bz sebab nak pindah rumah.
Jadi mungkin tak sempat nak BW kat blog kawan-kawan semua.
Insyaallah lepas selesai urusan Puan Yana akan BW sampai lebam.
Maaf ye kawan-kawan semua ^_^
Jumpa lagi...gonna miss all of u <3

Feb 23, 2012

Sehari bersama Native Deen (separuh hari je pun)

Assalamualaikum..

Pernah ke dengar nama kumpulan Native Deen? Sejujurnya aku pun tak pernah dengar. Tapi hari ni dapat peluang jumpa dengan mereka. For information, Native Deen is an Islamic musical group from Washington D.C and the group uses percussion instruments and synthetic sounds. They do not use wind or string instruments. Genre muzik tidak lain tidak bukan-hip hop (sambil hangguk kepala) tapi lirik islamic gitu.

Tiba-tiba bajet cakap omputeh pulak..Poyo je (muntah). Tapi dorang ni best la wa cakap sama lu. Relax je gurau-gurau dan sangat cepat belajar cakap melayu. Masa video conference dengan ummi kat mekah tadi, bila ummi cakap terima kasih sebab datang ke RS, si Joshua tu selamber je cakap "takde masalah". Tambah kelakar dia cakap "tau takpe" bila ummi kata dia pandai cakap melayu. Habis semua pakat gelak.

Ok mari kita berkenalan dengan mereka..

Dari kiri Joshua Salaam, Naeem Muhammad dan Abdul Malik Ahmad. Yang 3 orang wanita kat belakang tu backup singer depa. Ok tipu.

Team RS Selangor (staf tetap)


Tujuan dorang datang ke RS kali ni sama macam Maher Zain datang hari tu. Kongsi rasa dengan remaja yang tersasar dan bertaubat selain dari memberi kata-kata semangat. Native Deen siap buat lagu khas untuk RS (Raudhatus Sakinah) lagi. Tacing la camni (lebih-lebih pulak macam orang buat lagu kat aku).


Ni masa tengah bercakap ngan ummi kat Mekah. Siap menyanyi untuk ummi lagi.

Ok tak payah letak gambar banyak-banyak sebab muka dorang sama je setiap gambar. Hehe. Sebenarnya malas nak upload. Sekadar ini untuk tatapan anak cucu nanti. Insyaallah kalau diberi kesempatan. Hari Sabtu ni Native Deen buat konsert kat UIA. Sapa nak beli tiket boleh lagi. ^__^ Jumpa disana.

p/s - RS dapat special seat masa konsert tu nanti-tak pasal-pasal aku dapat tengok konsert free. Sila jeles.

Feb 21, 2012

"Giveaway Souvenir from Korea by Wawa Abdullah"

Assalamualaikum..

Klik kalau nak join
Dari blog tak terupdate sebab idea kering kontang, baik la join GA ni. Tapi kan, bukan sebab takde idea aku join GA Wawa Abdullah. Satu sebabnya ialah hadiah nya FRIDGE MAGNET. Sekarang ni tengah gila kumpul FM. Wawa, kalau saya tak menang pun, bagi la FM tu ye, boleh la boleh la..saya bayar (muka kesian)T__T

Ok, jom join ramai-ramai. Senang je nak join GA ni. First time Wawa buat GA. Jom sokong dia ^^

Feb 20, 2012

Unsur judi dalam Money Drop

Assalamualaikum..

Hari tu hubby dok beria cerita pasal money drop kat astro tu. Dia dok ajak aku masuk. Aku cakap sorry la, aku tak suka masuk tv. Lepas tu aku tak kisah dan tak ambik tahu pun pasal rancangan money drop tu. Almaklum kat rumah tak pasang astro.



Tapi semalam berkesempatan jugak tengok rancangan tu kat rumah makcik. Bila dah tengok baru la tau macam mana game tu sebab sebelum ni aku dok fikir game tu macam who want to be a millionaire. First time tengok memang dah rasa macam judi je. Ye la sebab bertaruh wang kan. Kalau salah jawab, duit tu hangus macam tu saja. Tapi takut la nak letak hukum sendiri.

Jadi pagi ni aku baca jawapan Ustaz Azhar Idrus, memang sah haram. Kesiannya kat orang melayu kita ni kan. Sedih sangat. Semalam mula-mula tengok siaran ulangan, mak dengan anak dapat rm80k. Dorang nak guna buat kedai makan kot. Pak Ndak aku cakap, 3 bulan terus bungkus. Bukan nak doakan yang tak baik, tapi kita dah sedia maklum, kalau datang dari sumber yang tak halal, mana nak datang keberkatannya kan?



Kesimpulannya, kalau benda haram, haramlah juga walaupun nampak macam halal. (faham ke?)

Feb 19, 2012

Selamat Hari Lahir Cikgu Ma

Selamat Hari Lahir Cikgu Ma
Puan Yana doakan Cikgu Ma sentiasa berada dibawah lindungan Allah
Dimurahkan rezeki dengan keberkatan
Dan dicepatkan jodoh ^__^



Feb 18, 2012

Review Buku

Assalamualaikum..

Bersempena cuti sekolah yang bakal menjelang tak lama lagi, dah pasti la kita dapat segerombolan undangan perkahwinan. Jadi disini Puan Yana nak kongsi la satu buku yang korang boleh buat hadiah masa pergi walimah member-member korang..

Masa Puan Yana kawen dulu, my BFF bagi hadiah buku resepi tau. Nampak sangat la Puan Yana tak pandai masak kan? Hahaa..Tapi kan buku ni memang sangat berguna dan sangat membantu dikala kepala otak tak boleh nak fikir nak masak apa. Terima kasih banyak-banyak my BFF sebab bagi buku ni. Love u.

Tajuk buku : 1 hari 1 Resepi - Panduan Langkah Demi Langkah
Nama Chef : Chef Hanieliza


Buku ni boleh dibeli di kedai buku POPULAR. Inilah hadiah yang terbaik korang boleh bagi kat member korang yang memang tak reti masak langsung. Macam Puan Yana memang dah pandai masak, buku ni sekadar membantu saja (sila muntah). Sebabnya buku ni ada macam-macam resepi sampaikan nak goreng sayur buncis pun kita boleh tengok resepi kat sini. Senang kot nak goreng sayur ni, pejam mata pun boleh buat.

Daripada dok bagi pinggan mangkuk tu, baik la bagi buku ni. Pinggan mangkuk tu biaq la orang lain yang bagi..Kalau takmau bagi kat orang, boleh saja beli untuk diri sendiri. Boleh belajar  masak sebelum kawen. Bila pandai masak, suami pun sayang..

Betul  la sekarang ni sumber dah banyak. Nak resepi apa, hang tanya ja kat pakcik google, tapi kalau takda internet macam mana? Jadi buku ni boleh dijadikan sumber rujukan untuk mengenyangkan perut suami anda.

Selamat membeli dan memasak kawan-kawan semua. Have a nice day!

Feb 17, 2012

Segmen Anda Bijak | Uji Tahap Geografi Anda

Kali ni teringin nak join SEGMEN ANDA BIJAK | UJI TAHAP GEOGRAFI ANDA yang dianjurkan oleh PAK CEK BIOLA. Dapat tau dari blog Iffah Afeefah..

Klik Sini Kalau Nak Join



a) Berikan 2 tempat di Malaysia yang ada perkataan buah?
  1. Tampoi, Johor
  2. Tanjung Rambutan, Perak


    b) Berikan 2 tempat di Malaysia yang ada perkataan haiwan laut?
    1. Sungai Udang, Melaka
    2. Pulau Ketam, Selangor




    c) Berikan 2 tempat di Malaysia yang ada perkataan warna?
    1. Tasik Biru, Selangor
    2. Bukit Kayu Hitam, Kedah


    Sila sambung ayat di bawah tidak lebih 20 patah perkataan.
     "Saya suka baca blog Pak Cek Biola kerana mempunyai pelbagai topik dan tips yang tidak membosankan para pembaca untuk membacanya."

    p/s - jenuh nak cari jugak jawapannya, sampai mintak tolong officemate..korang jangan tiru tau. T__T

    Takutlah hanya pada Allah.

    Assalamualaikum..

    Percaya hantu tak? Tidak  Aku ciptakan jin dan manusia kecuali beribadat kepadaKu (Adz Dzariyat :56)


    Kat ofis aku ni, yang paling awal sampai memang la aku dan brother jo je. Tapi hari ni brother jo outstation, sorang-sorang la nampaknya. Staf lain kalau tak pukul 9-10, susah nak nampak muka. mentang-mentang takda punchcard.^__^

    Macam-macam cerita sebelum ni aku dengar pasal makhluk Allah nan satu tu kat ofis ni. Bila dok sorang-sorang mula la teringat satu persatu. Tak suka betul. Tadi ada ke patut dalam dok sunyi sepi tu tiba-tiba air mineral tu blup blup turun macam ada orang ambik air, padahal kat dalam ofis time ni memang aku sorang je terkontang kanting. Korang kalau duduk kat tempat aku fikir apa?

    Tapi aku malas nak fikir luar alam. Aku terus je BW sana sini (sebelum ni bila dengar macam-macam bunyi sangat, aku pasang ayat Ruqyah. ) Alhamdulillah tak lama lepas tu Kak Ros cleaner sampai, terus ofis jadi bising dengan vacuum cleaner dia tu..Hehe

    Jadi kesimpulannya, bila duduk sorang-sorang jangan la dok fikir yang bukan-bukan. Tambah-tambah dalam gelap. Tengok penyapu pun kita kata hantu! Makhluk tu pun sama macam kita jugak-hamba Allah, jadi jangan dok takut lebih-lebih na sebab kita hanya perlu takut pada Allah.

    Jumpa lagi.

    Feb 16, 2012

    Jawab soalan Kak Limah Supir ^__^

    Assalamualaikum..lama dah Kak Limah tag, tp tak terjawab-jawab dan nasib baik tak lupa..Maaf Kak Limah ye.. ^__^

    Kali ni nak jawab soalan je boleh? Taknak tag orang dah sebab dah tag hari tu..

    1.korg dh kawen/kapel?

    Pada hari ini saya sudah pun bergelar isteri selama 8 bulan 1 minggu dan enam hari. Alhamdulillah

    2.mcm mane mle2 kenal/jmpe ur partner?
    My husband tu ex-classmate..hihi

    3.ap perwatakan korg yg baek?
    hmm..suka senyum?

    4.perwatakan yg buruk?
    rahsia la...hehe

    5.ap korg pk pasal kaklimah?gud or bad?jujur..kalo kutuk p0n xkesah :P
    Kak Limah  good :)

    6.komen korg ttg blog kaklimah?*puji n kritik tau*
    So far ok, insyaallah akan terus baca ^__^

    7.ap nasehat korg utk kaklimah?
    jangan nakal-nakal ye..

    8.mcm mane korg blh start blogging?
    Tengok member ada blog, so gediks nak ada blog sendiri jugak..

    9.ap perasaan korg bile korg berblogging?
    Bahagia sangat. Tambah-tambah kalau dapat BW ke merata tempat.

    10.ap mknan n minuman kegemaran korg?
    Makanan yang sedap. Air kosong..hehe

    11.nt kalo kaklimah nk ajak korg bwat gathering, nk tak join? :P
    Insyaallah ^_____^

    Terima kasih Kak Limah sudi tag Puan Yana..Terharu T___T  Sayang Kak Limah ketat-ketat..Jangan lupa berkunjung ke blog Kak Limah ye..

    Sejauh mana keikhlasan kita?

    Assalamualaikum..

    Bila baca blog Puan Eeiyss, entri bertajuk penat yang membahagiakan, terasa nak berkongsi jugak. Biasa la, Puan Yana bila dah mula BW sampai melecet jari, baru ada idea nak dihumbankan kat sini.


    Ikhlaskah kita menjadi hamba Allah?

    Ikhlaskah kita menjadi seorang anak kepada ibu bapa?

    Ikhlaskah kita menjadi suami/isteri kepada pasangan kita?

    Ikhlaskah kita menjadi seorang pekerja?

    Ikhlaskah kita menjadi ibu/bapa kepada anak-anak?


    Masih adakah secebis ikhlas itu seandainya diri kita sering saja mengeluh dan merungut? Selalu membebel kepada anak-anak dan suami dan mengungkit tentang kerja-kerja yang telah kita buat?

    Dikongsikan disini tentang kisah Khalid Al Walid yang telah dilucutkan jawatan sebagai Panglima Perang. Tempat Panglima Perang kemudiannya digantikan oleh Abu Ubaidah al-Jarrah. Meskipun dilucutkan jawatan Khalid tanpa rasa kecewa telah menanggalkan serban yang melambangkan panglima perang dan menyerahkan kepada Abu Ubaidah.

    Beliau sedikit pun tidak berkecil hati malah dengan semangat yang tinggi terus berjuang dan berjihad bersama-sama pasukan tentera Islam diketuai oleh Abu Ubaidah demi menegakkan Islam tercinta. Ini menunjukkan betapa pengorbanannya selama ini bukan kerana meraih pujian dari sesiapa tetapi hanyalah untuk mendapatkan redha Allah semata. Keikhlasan tidak nampak dengan mata tetapi akan terlahir dari setiap perbuatan dan perlakuan kita.

    Cuba bayangkan kita berada ditempat Khalid Al Walid. Dah tentu-tentu akan rasa kecil hati, sakit hati, sedih dan macam-macam perasaan yang sewajarnya sebagai seorang manusia biasa akan rasa. Kenapa ya kita mesti nak rasa sakit hati? Sebab bila kita buat baik kepada manusia, kita mengharapkan orang itu berbuat baik juga pada kita. Tapi bila sebaliknya..Dah la tak dapat pahala, sakit hati pula yang kita rasa.

    Jadi, sama-sama kita berdoa agar Allah ikhlaskan hati kita dalam melakukan semua perkara. Moga kita sentiasa berada dalam keredhaanNya..


    p/s - terima kasih kepada mereka yang sudi baca dan komen disini. dengan ikhlas ^^

    Feb 14, 2012

    Terima kasih semua!!

    Assalamualaikum..

    Malas nak bermukadimah berjela-jela. Boleh baca kat Blog Anak Wak Mail. Apa yang dia tulis, memang sama apa yang ada kat dalam kepala otak aku.

    Entri ini dibuat khas setelah Puan Atie membelasah aku di fb chat pagi tadi. Jadi dengan semangat berkobar-kobar mencuri masa aku update blog ini buat tatapan semua.

    Dikesempatan ini, aku nak mengucapkan Thank You So Much kepada meraka di bawah ini kerana telah memberi kata-kata semangat di entri yang bertajuk Kadang-kadang. Sangat terharu tau. Sayang korang semua ketat-ketat.



    Semoga Allah murahkan rezeki dan memudahkan urusan kalian semua. Insyaallah dalam masa terdekat puan yana akan BW sampai melecet jari. Tunggu....

    Terima kasih kerana mengunjungi blog yang suram-suram nak terpadam ni. May Allah bless us.



    Feb 2, 2012

    Kadang-kadang...

    Assalamualaikum..

    Kadang-kadang fikir, letihnya jadi kuli orang ni. Tambah-tambah kalau dapat bos yang ok tapi ada orang lain pulak yang suka campur tangan, terus jadi tak ok.


    Kadang-kadang aku fikir, kenapa ye orang yang suka campur tangan tu macam ada rasa tak puas hati dengan aku sedangkan aku rasa aku tak pernah pun nak ganggu hidup dia? Tak pernah pun kacau hidup dia. Never.


    Kadang-kadang bila aku fikir mungkin aku hebat kot, sebab tu dia dengki? Aku pulak yang dah perasan lebih-lebih ni. Seriusly kadang-kadang kecik hati. Bukan kadang-kadang, tapi berkali-kali.


    Kadang-kadang aku letih nak fikir kenapa dan mengapa, tapi aku tetap jugak fikir dan buat andaian. Kenapa? Sebab orang tu ada terus menerus membuatkan aku kecik hati. Mungkin dia tak sedar?


    Kadang-kadang otak jahat aku fikir, orang macam tu ada ke hati lagi nak sedar diri yang dia dah buat silap kat orang? Sedangkan salah sendiri di tuding ke muka orang, salah orang apatah lagi.


    Aku fedup. Aku letih. Aku tension. Aku stress.


    Tapi aku masih ada Allah kan? Ya...Hanya dia yang Maha Mendengar, Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Dia tak pernah tinggalkan aku dan tak pernah lupakan aku walau sesaat pun.


    Tapi aku? Kadang-kadang lupa Dia lewat hari-hari gembira aku. T____T Bila duka, baru nak mengendeng-ngendeng. Baru nak bangun tengah malam nak mengadu macam-macam. Jadi, padan la muka diri sendiri.

    Ya Rabbi..Ampuni hambaMu yang hina ini..

    Spontaneous Thursday

    Ramai blogger jawab Pisang goreng lagi tepat di entri ini, jadi terfikir pulak lagi..

    Antara ;

    Sambal Ayam dengan Ayam Sambal, 


    Ikan Masak Lemak dengan Masak Lemak Ikan,



    yang mana satu pulak yang betul ni?


    p/s - mama amana kata yang penting, dua-dua boleh makan

    Feb 1, 2012

    WW : Bila budak kecik pun dah reti guna laptop.


    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |
    |


    Yang mana satu betul ni?

    Assalamualaikum..

    Bila baca entri terbaru Aien Not Alien, aku tergelak sensorang..Pandai je dia bagi nama Gordek kepada
    goreng keledek. Haha..


    Tiba-tiba aku terfikir, kenapa gordek? Sebab gorpis tu dari goreng pisang. Bukan ke goreng keledek jadi gorkel?


    Sungguh tak kelakar. Tapi nak gelak jugak..Hahaha..


    Ataupun Gorkele..Bunyi lagi tak boleh blah. Cer korang sebut banyak kali..
    Mau kena lempang ngan makcik tu kalau cakap Makcik gorkele 2 hengget.


    Kalau goreng cempedak? Gorcem atau Gordak lagi ohsem?


    Sampai sekarang aku masih konpius yang mana satu betul..


    Goreng Pisang or Pisang Goreng? 

    Kalau Pisang Goreng jadi PISGOR. Sungguh huduh. 

    p/s-entri yanafeehily yang merapu dikala boring.

    Jan 31, 2012

    Pernah makan tak?

    Assalamualaikum..

    Masa kecik-kecik dulu kat kampung kadang-kadang dapat makan buah hutan. Siapa bagi? Aku pun tak ingat. Rasanya ada orang-orang kampung yang masuk hutan lalu sedekah pada kami dan kami pun dapat la merasa. Jadi aku nak kongsi buah-buah yang aku penah makan tapi susah nak jumpa.

    Yang pertama buah rotan. Ini bukan buah rotan yang kita beli kat kedai, yang ada bijan tu...ini original buah dari pokok ok?
    buah rotan
    Ini lah rupa dia..Rasa dia masam-masam kelat kot. Tapi yang pastinya masam tu. Tak tau la Cikgu Ma penah makan ke tidak sebab dia anak yang baik, duduk rumah saja..hihi. Mana nak dapat buah ni lagi?

    Kemudian buah Khakao. Ishh aku tak ingat la nak eja macam mana tapi bunyi dia kaka. Bukan kahkahkah gelak tu ye..Buah ni kulit dia kedut dan isi dia masam. Oh masam lagi..menaip pun nak kecur air liur. Malangnya disebabkan tak tahu nama saintifik dia, jadi tak jumpa kat google. Huhu..sedih dan kecewa sebab tak dapat tunjuk kat korang. Nak ambik gambar pun mana penah jumpa dah buah ni...

    Yang ketiga buah keriang. Orang kedah sebut buah ghiyang. (riang-disebut oleh lisa surihani). Ada dua jenis, kecik dengan besar. Buah ni rasa manis-manis kelat gitu.

    buah keriang lada
    Ini ghiyang dot a.k.a lada namanya. Pokok dia ada kat padang bola kampung aku. Sekarang ni jangan kata pokok, padang bola pun dah tak ada. Tapi aku dapat makan buah ni time belajar kat kelantan dulu. Dalam kolej aku ada tapi tak siapa pun reti nak makan. Jadi buah ni bertaburan sampai jalan bertukar jadi kaler ungu.

    buah keriang
    Sekali pandang macam buah anggur pun ada kan? Tapi bukan. Ini pun buah ghiyang jugak tapi versi besar. Aku 1st time makan kat umah Cikgu Ma time raya haji masa sekolah rendah dulu. Lama dah..lebih 15 tahun. Masa ni jakun habis sebab tak penah tengok, dok makan yang kecik ja..Lepas makan kat umah cikgu ma, aku tak ingat dah penah makan ke tak lagi. (cikgu ma pun ingat ke tidak aku penah makan buah ni kat rumah dia)

    Seterusnya buah rumbia. Dengar macam atap rumbia je kan. Aku rasa ye kot buah ni dari pokok rumbia yang buat atap tu. Belakang rumah aku ada pokok ni dulu. Buah dia pun rasa manis-manis kelat juga.
    buah rumbia
    Rupa dia ada macam buah kelubi kan? Tau ke buah kelubi tu apa? Ahh tak payah jawab la sebab kita tengah cakap pasal buah rumbia. Spesis kulit dia agak serupa dengan buah rotan, tapi buah rumbia ni besar dan kulit dia tebal. Buah rotan kecik dan kulitnya nipis.

    buah lemba
    Last sekali buah lemba. Masa kecik-kecik memang seronok makan buah ni sebab lepas makan, bila minum air kosong, air tu jadi manis. Aku tak berapa ingat rasa buah ni macam mana tapi pastinya manis kot sebab manis dia melekat lama kat lidah kita. Sebab tu la minum air kosong pun rasa manis. Kalau nak jimat gula, boleh la hidangkan buah ni dulu then hidang air sirap tanpa gula pada tetamu anda.

    Ini pula rupa pokok lemba. Kecik saja pokok dia dan buah dia ada kat akar kot. Ke buah tu akar pokon ni? Ahh..apa-apa la..

    Teringin pulak nak makan buah-buah ni. Sapa pernah makan salah satu dari buah-buah di atas, boleh la share juga...

    p/s - semua gambar dari google image.

    Kerana sehelai BULU MATA

    Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."

    "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "


    Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."


    Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

    Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

    disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

    Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

    Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

    Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

    Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

    Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

    "Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat.

    Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi,


    " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."


    Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"


    "Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."


    Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

    "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

    PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL..

    Walau sebesar mana pun kesilapan yang dilakukan, apabila ada kesedaran dan keinsafan..bertaubatlah dengan sepenuh hati. Maka Allah akan beri keampunan pada orang yang bertaubat.
    Mudah-mudahan taubat kita diterima oleh Allah..

    entri tahun 2008.sumber dari emel

    Jan 30, 2012

    Negara Malaysia kini

    Assalamualaikum..

    Raykat Malaysia sekarang ni dah tak perlu nak melancong keluar negara sebab duduk dalam negara sendiri saja dah terasa macam melancong kat luar negara.

    Mana taknya, kalau pergi Jalan TAR dah terasa macam kat Bandung pun ada. Lepas tu pergi isi minyak tiba-tiba dah sampai Bangladesh, tak pun Vietnam. Hebat kan? Tak perlu buang duit beli tiket flight nak pegi sana..

    Kes rompak, ragut, bunuh, buang bayi dan segala macam jenis jenayah makin menjadi-jadi.Setiap hari ada je cerita pasal hal ni. Tak cerita bab rasuah lagi.

    Sampai bila nak macam ni? Aku risau Malaysia ni akan jadi macam Palestin. Terjajah di bumi sendiri. Hishh mulut tu celupar sangat kenapa? Tapi serius, aku risau..Rasa tak selamat di tempat sendiri walaupun polis berkawal disana sini.

    Kalau keluar, takut kena ragut.

    Duduk rumah, takut kena rompak.

    Beli kereta baru, takut kena curi.

    Korang rasa tak macam yang aku rasa ni?

    Jan 28, 2012

    Kegembiraan Berganda.

    Hari ni pegi sambut CNY dengan saudara baru. Dapat tengok tarian singa dengan jarak yang dekat. Aku seronok sampai rasa nak menangis...dowh. Gembira.

    Lepas tu incik suami izinkan pegi jalan-jalan jumpa kawan. Bestnya dapat naik bas rapid. Dah lama tak naik bas. Lepas tu naik putra lrt pulak pegi jumpa sue dan temankan dia beli tiket kat hentian putra. Dapat jalan kaki kat laluan jalan kaki yang baru siap tu. Lepas ni aku tak jakun dah. Gembiranya..

    Sebelum pegi hentian putra, singgah makan Mcdonalds dulu kat masjid jamek. Makan prosperity burger. Nyum3. Incik suami pulak jeles, nak jugak makan. Otw balik rumah beli pulak. Kali ni beli family dinner box. Mau pengsan makan. burger ada dua ketul lagi. Sapa nak? Gembira-gembira.

    Tengok berita TV9 lepas champion tv show habis. Tiba-tiba nampak muka sendiri kat tv. Hohoho. Bajet glemer. Muka eksaited nak menangis sebab terlalu gembira dapat tengok tarian singa dalam jarak 5 meter keluar kat berita der...

    Gembira, Gembiras, Gembirasest..Alhamdulillah


    Hari ini gembira, esok macam mana pulak? Beringatlah sebelum kena. Kalau gembira tu, jangan gembira sangat. Ingatlah juga perasaan orang yang tengah bersedih..insaf.

    “YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU HUKUM KAMI JIKA KAMI LUPA ATAU KAMI TERSALAH. YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU BEBANKAN KEPADA KAMI BEBAN YANG BERAT SEBAGAIMANA ENGKAU BEBANKAN KEPADA ORANG-ORANG SEBELUM KAMI. YA TUHAN KAMI, JANGANLAH ENGKAU PIKULKAN KEPADA KAMI APA YANG TAK SANGGUP KAMI MEMIKULNYA. BERI MA’AFLAH KAMI; AMPUNILAH KAMI; DAN RAHMATILAH KAMI. ENGKAULAH PENOLONG KAMI, MAKA TOLONGLAH KAMI TERHADAP KAUM YANG KAFIR.”

    Rezeki bukan manusia yang tentukan..

    Satu pagi di ofis Akhi Fairuz Presiden MZMFC tanya aku..

    Angah dah berapa bulan?

    Berapa bulan apa?

    Yela..Mengandung dah berapa bulan?

    Krik Krik bunyi cengkerik

    ***************

    Siapa yang kata angah pregnant ni? Sebab angah gemuk ke?

    Ye la..ingatkan pregnant, sebab badan dah nampak berisi.

    T____T

    ***************

    Rezeki ni bukan kita manusia yang tentukan. Semua tu rahsia Allah dan kita tak tahu bila Dia nak bagi. Sebabnya hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Mungkin kita rasa kita dah mampu nak jadi ibu tapi Allah Maha mengetahui. Dia tak bagi itu maknanya belum masanya lagi. So kita enjoy!

    Siapa yang taknak anak bila dah kahwin ni kan..Betul tak Puan Rara? Nak sangat tapi kena sabar la..Honestly aku tak kecik hati bila orang tanya, tak de pape lagi ke? Aku anggap orang-orang yang tanya tu sangat caring lagi loving. Teruskan berdoa.. ^__^

    Makasih ^^

    Jan 26, 2012

    Spontaneous Thursday

    "Angah..Macam mana nak bagi muka putih balik ni.."
    (mandi pantai)

     Guna la clorox!

    p/s - ini bukan entri tajaan

    Game tag. Jawab soalan Cikgu Ma.. Mari jawab dan tanya.


    Tentang YanaFeehily
    • Anak tunggal perempuan dari 7 orang adik beradik.
    • Ada dua orang anak sedara lelaki dan perempuan.
    • Sudah berkahwin dan kahwin dengan classmate sendiri.
    • Berkawan dengan Cikgu Ma sejak dari umur 6 tahun.
    • Geli cicak dan katak. Takut nak pegang lembu, kambing, ayam, burung yang hidup.
    • Berani pegang ular sawa. (dekat taman ular saja)
    • Umur dah nak masuk 28 tahun tapi orang selalu cakap umur 23 *ehem*
    • Tiada binatang peliharaan. 

    Jawapan kepada soalan Cikgu Ma

    #macam mana kenal blog CM?
    Dah nama pun kawan sejak berzaman, jadi kami sama-sama bina blog dan tukar link.

    #nama seseorang yang paling unik anda pernah dengar
    Nik Novi Vianti.

    #teman blogger paling anda sayang a.k.a mesra.
    Semua blogger terutama yang rajin komen sebab komen-komen itu membuatkan saya terus bersemangat.

    #tempat kerja/ belajar anda sekarang
    Raudhatus Sakinah Selangor

    #nama penuh anda
    Siti Fazhana binti Ariffin

    #nama seseorang yang sedang melekat dalam kepala anda sekarang
    Alya-sebab nak pesan makanan kat dia.

    #kalau sudah kawen, bila tarikh perkahwinan anda? jika belum, bila agaknya? =)
    Tarikh Perkahwinan, 1 Rejab 1432h bersamaan hari Jumaat.

    #perkara memalukan yang anda pernah lakukan/ lalui
    Tak ingat..errr

    #5 patah perkataan anda untuk CM.
    Bila CM nak balik kampung?

    #1 potong doa yang sering diamalkan.
    Surah Al-Baqarah ayat 286

    #dah like fanpage CM blum? kalau belum sila like
    Sudah..


    Soalan Yana

    1. Apa masakan yang korang paling terer masak?
    2. Dilahirkan dimana?
    3. Hobi?
    4. Anda suka baca novel tak? Kalau suka, bagi satu judul novel yang paling korang suka.
    5. Bilangan adik beradik korang?
    6. Paling rapat dengan siapa?
    7. Makanan paling sedap yang penah korang makan/kat mana?
    8. Tempat yang anda teringin nak pergi.
    9. Kerja/belajar dalam bidang apa?
    10. Dah habis ganti puasa?
    11. Nama penuh please....(bangga la dengan nama yang mak abah bagi)
    Mereka yang perlu jawab soalan/kena tag..jeng jeng..

    < Anak Wak Mail > < Puan Atie > < Nurul > < Liyana > < Puan Eeiyss > < Umi > < Kak Aina > < Jue > < Alya > < Siti Kektus > KakZakie

    Jan 25, 2012

    Beringat sebelum kena..

    Assalamualaikum..

    Peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa saja.


    Bila cantik + orang puji = BANGGA

    Bila kaya + orang kagum = RIAK

    Bila pandai + orang sanjung = LUPA DIRI 


    Ingatlah bahawa apa yang kita miliki tidak akan kekal. Yang cantik takkan cantik selamanya. Yang kaya takkan kaya sampai ke kubur. Yang pandai pun tak guna kalau ilmu tak dimanfaatkan sebaik-baiknya.
     

    Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? 

    Jan 23, 2012

    majlis gilang gemilang atau sederhana, yang mana satu pilihan anda?

    Assalamualaikum..

    Hari sabtu sibuk uruskan majlis pertunangan sepupu. Disebabkan yang nak bertunang tu duduk dengan mak aku dari dia umur 11 tahun, jadi dia dah macam adik aku la walaupun dia panggil aku adik yana. Umur pun muda la, baru 21 tahun tapi jodoh cepat. Insyaallah hujung bulan 5 ni langsung.

    Majlis tunang dia simple-simple saja sebab tak sangka pulak nak bertunang. Asalnya nak datang kenal-kenal saja tapi dah alang-alang datang jauh dari kedah, jadi pakteh aku cadangkan tunang je terus.Honestly cakap yang family aku memang simple bab-bab majlis kahwin atau tunang ni. Yang paling penting bab makan. Janji orang makan puas hati dan sedap, itu dah cukup mengembirakan kami. Macam kenduri aku dulu, mana ada pelamin ke apa, tapi alhamdulillah rata-rata yang datang sampai sekarang masih lagi memuji kesedapan nasi daging yang dihidangkan.

    Tapi sebenarnya tak salah kalau nak buat majlis gilang gemilang pun asalkan kita mampu. Kalau nak buat majlis besar-besar tapi buat loan sampai ada cucu pun tak habis bayar lagi buat apa kan? Itu dah macam kita zalim pada diri kita. Maaf kalau ada sesiapa terasa, aku tak maksudkan pada sapa-sapa. Just pendapat diri sendiri. Islam sendiri menganjurkan kesederhanaan, jadi rasanya tak perlu la kita membazir buat yang bukan-bukan hanya sekadar untuk mendapat pujian dari orang yang datang. Sekali lagi ditekankan, kalau mampu tak kisah la, tak salah pun nak bergembira pada hari sejarah kita tapi jangan pula kita abaikan hukum-hakam.

    Kenapa tiba-tiba aku cakap bab kawen ni? Sebabnya hari Ahad kenduri kahwin cucu sepupu mak aku. Nak kata majlis grand tak la sangat tapi kemain dia pakai gaun. Pakai gaun tu lantak la kan tapi satu hal lain ialah dia macam sombong je dengan sedara mara yang datang. Boleh pulak dia buat tak tahu je, tak salam. Kot nak cakap terima kasih ke sebab datang, hampeh..Bila ada sepupu dia nak ambik gambar, dia berenti. Then dia tanya, dah ke? terus dia blah. Aku dengar orang cerita pun berangin je..Nasib baik aku tak p jumpa dia.


    Aku hairan betul la, takkan setakat ko dapat pakai gaun yang konon-konon glemer tu ko dah tak semenggah macam tu? Rasa bangga kot konon-konon ko je la pengantin paling glemer. Konon-konon ko la paling cantik. Konon-konon laki ko best sebab keje ngan david teoh. Ntah-ntah keje bawak lampu je..Astaghfirullah..hangpa semua jangan baca ni. Biaq aku sorang ja mengutuk anak sedara yang hingusan ni.

    Jadi terpulang la pada anda sama ada mahukan majlis kahwin ala-ala wedding of the year ataupun yang sederhana. Ikutlah kemampuan masing-masing bak kata pepatah ukur baju dibadan sendiri. Pedulikan la kata-kata orang sebab manusia ni tak penah pun nak puas hati. Buat la majlis besar ke kecik ke, akan ada jugak sok-sek sok-sek kemudian hari. Yang penting diri kita sendiri, ikhlas dan berbesar hati menjemput tetamu bagi memberkati lagi ikatan suci.

    Sepupu yang bertunang, pakai baju kurung saja. Selendang tu pakai konon-konon nak bagi lain la sikit dari orang..haha. Aku bertunang dulu lagi dasat. Gambar pun tak sempat nak ambik sebab dok kat dapur tolong hidang makanan untuk tetamu. .


    Sekian...

    Jan 20, 2012

    Mari mengenal loghat Utara

    Assalamualaikum..

    Episod kali ini adalah untuk membincangkan tentang loghat utara yang mungkin kadang-kadang agak mengelirukan segelintir masyarakat diluar sana. Oleh itu kita menjemput Puan Fazhana bagi mengupas isu ini.
    muntah hijau

    Ok ok..Kepada hangpa yang bukan orang utara tapi dah berkahwin atau bakal berkahwin dengan orang utara  ni plis be alert la dengan sesetengah perkataan yang mungkin korang akan salah faham.

    Contoh 1

    "Cek nak p kedai tolong beli roti sama na..Habih dah roti nak cicah ngan ayaq kopi pak hang tu.."

    Roti di sini bukan la roti bun atau roti potong gardenia mahupun hi 5 ya. Roti ni boleh jadi biskut lemak hup seng atau pun seangkatan dengannya.


    Contoh 2

    "Hang cari kasut mak sat. Sapa dia pakai tak tau.."

    Jangan pulak hangpa fokus pada kasut saja sebab kasut tu mungkin juga selipar sebab orang kedah hentam kasut ja semua walaupun ianya hanyalah selipar jepun.

    Contoh 3

    "Hangpa p menyorok tang mana tadi?"

    Kalau dapat soalan ni hangpa tolong la jangan jawab kami tak p menyorok, kami p breakfast saja. Sebab menyorok tu sarapan pagi la.


    Cukup la 3 contoh saja sebab sebenaqnya aku pun tak berapa tau jugak, yang basic ni ok la. Contoh 3 tu masa kecik-kecik aku terkena dah. Almaklum la kecik-kecik dok KL, bila dah duduk kat kampung sepupu aku yang memang jati kedah tanya, dah menyorok ka? Aku slamber ja jawab, main sorok-sorok? Semua pakat gelak.

    Kebatakan aku dan sepupu-sepupu lain yang mix kedah-kl ni terserlah lagi bila raya baru-baru ni ada ustaz yang berubat kak long dan makteh mintak ayam rendang untuk putus ubat. Sepupu aku masuk dalam bilik aku dan tanya macam mana nak buat. Aku pun dengan tak boleh blah menuduh yang bukan-bukan kata ustaz tu bela jin la bagai.

    Dalam kelam kabut kami dok tanya satu sama lain macam mana nak cari bahan untuk buat rendang ayam, ustaz tu bersuara.

    "La..apa susah nak buat. Letak garam dengan kunyit, panas minyak pastu rendang la.."

    Kami pun apa lagi, dengannya rakusnya dok gelak sesama sendiri sebab ayam rendang tu rupa-rupanya AYAM GORENG! Orang tua-tua dulu memang sebut macam tu. Ustaz tu orang hulu, jadi dia memang la guna istilah tu. Maafkan kami orang hilir ini ya pak ustaz. Mak Njang kami yang dah masuk kategori warga emas pun tak tau apatah lagi kami yang muda belia ini.

    Ini RENDANG AYAM (pic from google)


    Ini pulak AYAM RENDANG (pic from google)

    Jadi anda-anda yang bakal jadi warga utara, kalau tak mau kena gelak boleh la belajar siap-siap ok?

    Jan 18, 2012

    Kenapa jadi begini?

    Assalamualaikum..

    Bila baca entri terbaru cikgu ma, aku rasa beban aku makin bertambah. Bila tengok gambar dan cerita-cerita pasal gejala yang tak sudah-sudah, rasa macam nak botak je kepala. Bila setiap hari orang call pasal anak dia dah mengandung anak luar nikah, rasa macam kepala otak ni dah tak boleh nak terima dah. Stress.

    Sedih.

    Kecewa.

    Makin lama makin menjadi-jadi seolah-olah macam tak ada pendekatan untuk membendung gejala sosial dikalangan remaja masa kini. Padahal berlambak kot. Tapi kenapa nampak macam tak berkurang malah makin teruk? Tolong jawab sat..

    Kadang-kadang aku dengar jugak perkataan fedup dari warden. Aku sendiri pun terkadang mengungkit jugak apabila seseorang pelatih tak berubah even dah dibimbing selama 13 bulan disini. Aku cakap kat ibu, sia-sia ja dia duduk sini.

    Lalu ibu tegur aku. Dia kata kita tak boleh fikir macam tu. Dorang tu semua amanah kita. Bila kita ni buat kerja dakwah kita  tak boleh mengungkit dan merungut, nanti lagi sia-sia usaha kita. Penat saja tapi satu pahala pun tak ada. Kena ingat yang Allah takkan tanya berapa orang dah yang berjaya berubah tapi dia tanya apa yang dah kita buat. Dorang berubah atau tak, itu bukan kerja kita. Yang penting kita ikhlas. Dan jangan lupa, bila kita buat kerja-kerja macam ni, dugaan dan cabaran dah tentu terbentang depan kita.

    Satu lagi ibu kata kita beruntung sebab Allah pilih kita di jalan ni. Bukan semua orang boleh buat. Bukan semua orang mampu. Jadi kita kena buktikan dan teruskan usaha ini. Korang semua kena ingat tau, walaupun tak semua orang mampu, tapi hal-hal macam ni adalah tanggungjawab semua. Kami jalankan tanggungjawab kami, masyarakat pun jangan lupa bagi sokongan sebagai tanggungjawab bersama.

    Tolong doakan ye!

    p/s - kalau nak tahu lebih lanjut tentang program ni, boleh tanya saya.

    Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
    Ini Blog Saya