Nov 21, 2010

Salam Kembali

lama sungguh tak menjengah blog ni. haila, lupa sudah kamu ya pada rumah maya ini fazhana? apa yang di sibukkan sangat tu sampai tak kemas rumah sendiri? ahah..sangat sibuk la. sibuk yang dibuat-buat..tak ada la, memang betul sibuk..

ada cerita gempak ni. cewahh..gempak gitu!

tak ada la gempak sangat. almaklum la, kita ni  bukanlah artis yang panas lagi popular. kita hanya insan biasa yang tak punya apa. buat ayat sedih pulak..tapi insan biasa yang tak punya apa ini sekarang sudah rasa punya apa-apa sekarang. wah gitu, ayat apakah ini? hehe..

tapi biarlah cerita gempak ini disimpan dahulu. biarlah rasa gempak ini dirasa oleh diri ini sahaja. biarlah cerita gempak ini hanya gempak untuk diri sendiri saja. eceh..cerita yang kononnya gempak ini akan diceritakan juga bila sampai masanya nanti. buat masa ini biarlah rahsia bak kata siti nurhaliza ^__^

sekian saja cerita gempak yang tak berapa nak gempak untuk posting yang pertama setelah lebih dua bulan tak menjenguk disini. cukup untuk buang habuk dan sawang yang makin tebal ni. ahaks...

jumpa lagi ^__^

Sep 9, 2010

salam eid mubarak

salam eidulfitri buat semua..moga syawal ini lebih bermakna..
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Sep 6, 2010

ISTIKHARAH

Oleh: Ismail Abu Bakar
(Petikan dari http://darussyifa.org/index.php)

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1
Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2
Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3
Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4
Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5
Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6
Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

* Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
* Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
* Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
* Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
* Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

doaistikharah.jpg

Terjemahan Doa’ :
Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wallah hu ‘alam

Aug 9, 2010

Di Balik Cermin Mimpi

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Jun 14, 2010

MALAS

salam..
lama betul tak menjenguk disini. sungguhlah aku dah berjangkit virus MALAS update blog. itulah, dulu suka sangat marah dekat kawan-kawan yang tak rajin nak update blog masing-masing, sekarang dah terkena pada batang hidung sendiri.

bukan sengaja atau terlupa, cuma kekurangan masa lantaran kerja-kerja yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan kadar segera. maklumlah semenjak bertukar kerja, tugasan yg dipikul agak berat. untuk kerja kali ini, aku sudah pun bertekad untuk melakukan bersungguh-sungguh dan istiqamah.

sebenarnya banyak benda yang nak dikongsikan disini tapi itulah, sungguh tak sempat. jadinya sekarang sudah tidak ada mood untuk bercerita (padahal sebelum ni dah mula pun mengarang ayat). bila sesuatu perkara dah lama berlalu, maka semangat untuk menaip cerita itu jadi luntur.

seronok bila ziarah blog kawan-kawan, ada cerita baru tentang diri mereka. tak jemu nak baca. bahagia bila mendengar khabar gembira dari mereka semua dan aku sedih juga apabila ada kisah duka yang dicerita. walau apa pun yang berlaku, didoakan kawan-kawan dan sahabat sekelian sentiasa berada didalam rahmat Allah dan teruskanlah berkongsi cerita :)

pada kawan-kawan yang dah lama tak update blog, silalah update. tengok saya sudahpun update blog saya. hehe..walaupun isinya entah apa-apa dan skema. sebenarnya saya ni dah mula terikut cara kaksu menulis. saja ambil berkat..mana tahu kot-kot nanti boleh jadi penulis novel macam dia. ahaks..ada bakat ke saya ni kaksu? amboi fazhana, baru saja update blog, dah berangan nak jadi novelis pulak dia. kalau kaksu baca ayat berangan ni mahunya dia ketawa tak cukup mulut. sudah la ayat berterabur, tatabahasa pun tunggang langgang. berhenti berangan ya!

cukuplah untuk kali ini. idea tiba-tiba saja memencilkan diri. mungkin otak dah kering sangat terhidrat dek cuaca panas sejak siang tadi walaupun hujan turun sekejap waktu petang. ataupun otak jadi dingin dan beku disebabkan cuaca diwaktu ini sudah mula sejuk. maklumlah sudah jam 1.05 pagi. sudah masanya untuk tidur pun.

jadi sampai disini sahaja. semoga berjumpa lagi pada masa yang entah bila (sekiranya diizinkan Allah dan panjang umur).

peace no war!!
Allah save Palestine.
Palestine tomorrow will be free!!

Apr 28, 2010

~Al-Fatihah~

salam untuk semua..entri kali ini bukanlah sambungan dari kisah "apa kesudahannya".

kisah pertama:
pemergian seorang sahabat sekolej (jaiputra) ke rahmatullah..saudari masrurah dari singapura..masih terbayang lagi senyuman dari bibirnya yang nipis. kulitnya yang putih gebu dan mulus memikat mata untuk memandang. walaupun diantara kami tidak serapat mana, tapi masih ada kenangan yang mampu dikenang.

almarhumah meninggal disebabkan masalah pernafasan. pergi meninggalkan seorang anak dan suami yang mana suaminya juga merupakan pelajar di kolej jaiputra. pemergian yang sangat mengejutkan. moga almarhumah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman..al-fatihah..



kisah kedua:
kisah mengenai seorang pelajar yang mati ditembak polis durjana di kepala. entah kenapa, air mata tak dapat dibendung tatkala membaca kisahnya. almarhum adik aminulrasyid amzah, 15 tahun ditembak mati oleh sepasukan polis di Seksyen 11 Shah Alam. Apa yang dikesalkan, kenyataan awal dibuat memberi gambaran seolah-olah almarhum aminulrasyid seorang penjenayah dengan dakwaan kononnya terdapat sebilah parang didalam kereta tersebut.

patutkah kata-kata amarah terhadap polis dihamburkan disini? biarkan dalam hati saja. walau apa pun, selepas ini saya akan bertambah anti kepada polis! polis yang JAHAT. cukup dengan perkataan jahat itu saja. anda boleh menilai dengan menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah hanya kepada manusia, tidak kepada haiwan. apakah perlu untuk menembak dan membunuh, hanya disebabkan oleh sebilah parang yang terdapat dalam kereta??

apa yang saya lihat disini, polis-polis di malaysia adalah sangat terkutuk. melakukan sesuatu sesuka hati umpama binatang. walaupun mungkin diluar sana, terdapat polis yang baik, tapi saya tak peduli. bagi saya, polis adalah sangat tidak baik walaupun ada ahli keluarga saya yang terlibat dalam bidang ini. terpulang kepada anda untuk mentafsir sifat saya. ini adalah pendirian saya.

ingin ditegaskan sekali lagi bahawa saya sangat benci dengan perbuatan terkutuk ini dan mendoakan agar balasan dari Allah segera datang. Allahuakbar!!

al-fatihah untuk almarhum aminulrasyid.



sesungguhnya hidup dan mati kita telah Allah takdirkan sejak dari azali dan tidak akan berubah sama sekali. maut menjemput, tak kira dimasa muda atau tua. yang nyata apabila panggilan itu sudah sampai, maka kita harus kembali kepada sang pencipta. daripada Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. moga kita pergi dalam keadaan bersedia dengan amalan yang secukupnya untuk bekalan ke sana..Amin

Apr 20, 2010

apa kesudahannya?

salam..

hati bertambah bingung? mana ada..

apa ye nak dikongsikan kat sini? sebenarnya macam-macam yang nak diluahkan. masa kat kampung lagi, aku dah mereka-reka ayat macam mana nak taip disini. macam-macam yang berlaku kat kampung. asal niatnya nak balik kampung tiga hari saja, tapi terus jadi seminggu. bila dah balik, macam-macam hal yang jadi.

ok, mula dengan hari pertama..

sampai di sungai petani pukul 5 pagi, hari jumaat dan abah tak dapat ambik. disebabkan aku berdua dengan salina (sepupu) jadi kami tekad untuk naik kereta sapu. yalah, takkan nak tunggu disitu sampai pukul 9 pagi sebab bas mula ke sik mula gerak waktu tu sebab hari jumaat. jadi berlaku tawar menawar dan akhirnya pakcik tu setuju dengan harga RM35. murah dah tu.

sampai dirumah tepat-tepat time orang azan subuh. alhamdulillah selamat sampai. mak dan abah terkejut tengok kitorang dah terpacak kat depan rumah. "balik sini naik apa?" tanya abah. mak pun tanya soalan yang sama. abah tanya berapa ringgit orang tu ambik? RM35 tu abah kata murah sangat dah. mana orang tu tak ambik murah, dia sangka aku ni student. padahal yang studentnya si salina tu saja. hehe..nasib la kan, maklum la aku still nampak macam pelajar meski umur dah 26 tahun. tu tandanya aku ni awet muda..chewahh..

tengah hari, mak abah ke rumah kak ta kat kuala nerang dan aku terus ke jitra (rumah sarah) dalam pukul 3 sampai kat sana. masa dalam perjalanan tu, elok saja aku sampai kat plaza tol, si nasir tu mesej tanya dok buat apa. jadi aku pun terus bagitau perancangan nak jumpa. terkejut dia bila dapat tau aku dah ada kat tanah hijau kuning ni. dia telefon dan aku pulak terpaksa berhenti kat tepi jalan untuk jawab call dia (tak sukalah!). bila aku bagitau aku nak jumpa kawan, dia pun dengan selamba bagi cadangan nak jumpa time aku balik nanti, sebab dia tau aku sorang-sorang saja pegi jitra. hampeh! ingat aku setuju?

sampai kat rumah sarah, salam dengan umi dia then aku solat. lepas tu makan. sarah masak keli sambal. umi dia masak gulai nangka. nyum nyum, sedapnya. lepas makan bergerak ke sekolah menengah kebangsaan mergong, sekolah tempat praktikal sarah dan wan. wan tinggal di asrama sebab selain cikgu praktikal, dia juga dilantik sebagai warden. ahaks..

kat situ, aku cerita pasal nasir nak jumpa, depa pulak suruh nasir datang jugak. aku pun mesej la dia tu. dia pun cakap ok. jadi kitorang terus pegi ke medan selera dekat-dekat dengan insaniah sana. bila dah dekat insaniah, aku teringat yam pulak. yam study kat situ kan..terus telefon yam dan yam bagitau dia takda transport nak datang kat aku. aku pun kata takpa, nanti kak ngah p ambik yam.

masa tu dah lewat petang pun. sarah dan wan pujuk aku jangan balik. aku call abah tnya dah balik ke belum. abah pun belum balik lagi jugak. sarah dan wan siap pujuk abah aku jugak nak suruh aku tidur kat situ. abah takda hal. jadi, aku pun tak jadi balik rumah hari tu dan buat keputusan untuk bermalam di alor setar saja.

nasir pulak sampai dalam pukul 7 macam tu. orangnya biasa saja. kecil2 comel gitu. ok la. tapi aku tak tau nak bersembang apa sebab hati ni tak berapa suka kot..wan yang banyak tanya. elok je azan maghrib, nasir mintak diri. masa tu hujan dah lebat dan kami terpaksa berlari-lari ke kereta. solat maghrib dia bilik wan dan lepas tu terus ke rumah yam pulak.

nak cari rumah yam pun satu hal. maklum sajalah malam..tak perasan sangat jalan yang mana, lorong yang mana. sambil drive, sambil bercakap dengan yam di telefon. sarah dan wan tukang tengok signboard. akhirnya, jumpa jugak. alhamdulillah...yam sambut kami dengan senyuman dan kami bawakan sate sebagai balasan.

sekejap sangat bersembang dengan yam. tak puas pulak. malam makin lewat. aku pun terpaksa kidnap yam untuk malam ni, macam wan dan sarah kidnap aku. yam setuju untuk ikut aku bermalam kat rumah sarah. yeyy..sebelum tu telefon anis, kononnya nak kidnap dia jugalah tapi malangnya dia sakit perut pulak. berempat saja la nampaknya.
aku dan yam bersembang sampai pukul tiga pagi. wan dah sampai ke mesir rasanya, melawat piramid disana. tak lama lepas tu sarah pun ikut serta. lepas pkl 3, aku dengan yam pulak ikut rombongan ke mesir dengan penerbangan terakhir...zzzz..selamat malam (walaupun dah pagi sebenarnya)

panjang pulak cerita ni. ni baru satu hari satu malam. larat ke nak menaip? taip sikit-sikit sajalah. esok cerita untuk hari kedua pulak. bersambunglah nampaknya. sekian untuk hari ini. jumpa lagi esok kalau dipanjangkan umur. babai....

Apr 5, 2010

~kebingungan~

huh..penat fikir la sekarang ni. macam-macam hal..umur 26, orang sekeliling sibuk tanya bila nak kahwin? awat, depa ingat kahwin pakai ayaq liuq ka? huhu..

aku ni duit sikit pun takdak untuk nak kahwin, memang tak simpan pun untuk tu. sebabnya? sebab memang tak budget nak kahwin pun dalam masa terdekat ni. aduhh!

mak sibuk cari calon. nampaknya mak memang pegang kata-kata aku dulu;

"ok la mak, macam ni..kalau sampai umur 25 kakak still takda calon lagi, mak saja la tolong carikan kat kakak ye..deal.."

hah, ambik sekali. mak cari sungguh...aduhai mak..

jadi, untuk tak menghampakan mak, aku turutkan jugak kehendak dia untuk berkenalan dengan si "dia".

asal: kedah.
umur : 30++ (tua kan?).
kerja : sendiri
paras rupa : tak hensem (hahahahaa)
budi pekerti : orang sekeliling cakap baik (entahlah)
adik beradik : 4 orang (bongsu)

bonus point : pernah belajar di sekolah agama

cukup sampai disitu sahaja. lebih-lebih nanti lain pulak jadinya..

hmmm..hensem atau tak tu bukan persoalannya. yang penting agamanya. agama dia memang ok walaupun bukan tahap ustaz-ustaz. kalau solat 5 waktu tu terjaga, kira alhamdulillah la kan.

masalahnya di sini adalah persoalan hati. kenapa ya susah sangat nak buka hati ni untuk terima. kalau diikutkan, "dia" lengkap semuanya (tidak termasuk kacak..ahaks). mak dan abah sangat setuju. "dia" memang berniat nak mendirikan masjid. taknak bercintan-cintun. semua tu lepas kawen saja. alahai..hati..

mesti orang akan kata, aku ni memilih sangat kan? tapi bukankah kita sebagai perempuan berhak untuk memilih juga? aduh fazhana, kalau calonnya dah sesuai, terima saja. bukankah nabi pernah memesan..andai calon yang baik datang meminang, jangan ditolak tanpa sebab sebab nanti tak akan ada yang baik lagi datang berkunjung (ayat sendiri nih).

walau apa pun, aku tak tolak lagi tau. masih dalam proses berkenal-kenalan. insyaallah lepas jumpa nanti sekali, akan buat keputusan sama ada untuk terima atau tak. payah!

mak asyik-asyik tanya saja. bila aku cerita pasal "dia" mak bukan main suka lagi. jadi aku selalu ingatkan mak, jangan mengharap lebih-lebih. kakak kawan-kawan saja, tak tentu nak terima lagi.

sebenarnya banyak lagi benda yang aku tak capai lagi. baru saja nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. bila aku cakap kat "dia" macam ni, "dia" kata; "takpa, saya tak kisah. nanti saya ajar awak cara-cara nak berniaga". pulak dah.

jadi, aku tak ada alasan lagi..

Apr 2, 2010

Rasa Bertuhan

RASA BERTUHAN - MAWADDAH

Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati n jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya

Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan Tuhannya kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar pendengaran
Penglihatan dan pengetahuannya

% Chorus
Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia itu tawaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya.....2x

Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang
Tak sempat mengumpat

Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati
Perasaan berTuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabnya

Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhannya
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya

Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia itu tawaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya.....

Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati
Perasaan berTuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabNya...

credit to wanja..best nasyid ni..hayati lirik dan sama-sama muhasabah diri..

Mar 31, 2010

hmm..

salam..

hari ni jiwa sedikit tenang..
esok? entahlah..
kita tak mampu nak meramalnya..

apa pun, hidup mesti diteruskan..

dah banyak hari rindu kat farhan. rindu sangat. awat la farhan dok kat langkawi, kalau tak senang jaddi, jaddati nak tengok. amati pun sama. dah besaq mana farhan sekarang? umi kata berat badan farhan dah naik. alhamdulillah..harap-harap farhan sihat selalu. jangan mengamuk ya. kesian abi dan umi.

bila farhan nak balik kampung lagi? amati ada hadiah untuk farhan tau. balik la..kalau tak balik, amati taknak bagi la ^_^

umi cerita farhan dah pandai gelak besar sekarang. amboi-amboi, bukan main dia ya. dah macam orang besar. apa yang lawak pun tak tau.

amati ada belikan clothes diapers untuk farhan. lepas ni tak payah pakai lampin pakai buang lag. tak elok untuk kesihatan. ya la, bahan-bahan yang depa guna tu tak elok. kertas kitar semula. untuk digunapakai balik, mereka yang tak bertanggungjawab ni buat pampers dan pad pulak. ada dioksin, bahaya. sebab tu la banyak orang dapat kanser sekarang.

lagipun jimat kalau pakai clothes diapers ni kalau nak bandingkan dengan pampers yang umi dan abi beli untuk farhan tu. cumanya kena basuh saja. jadi ibu-ibu kat luar sana kena la jadi rajin.

minggu ni amati nak balik rumah jaddi dan jaddati. ada hal yang perlu dibereskan. kalau ikutkan hati, amati nak terbang saja p langkawi. rindu sangat kat farhan. farhan tak rindu amati?

ok la. amati nak solat dulu.
salam..

Mar 27, 2010

PadaMu aku berserah...

salam utk semua..

kenapa keadaan jadi macam ni ye? kenapa perlu sangat complicated. padahal rasanya biasa-biasa saja..atau aku yang menjadikan ianya luar biasa?

penat.letih.buntu.

rasanya perkataan tu yang sesuai kot. aku penat dah nak fikir. aku letih nak ambil kisah pasal semua orang dan buntu untuk buat keputusan.

entah betul atau tak keputusan yang aku buat ni. tapi rasanya dah fikirkan segala baik buruk, dah tengok semua dari sudut negatif dan positif. tapi cukup ke? entah la..hanya Allah yang mengetahui segalanya.

apa pun keputusannya, aku redha dan tabah untuk semua. moga kekuatan ini terus bertahan selama yang boleh. mohon Allah pinjamkan kekuatan dan ketabahan ini untuk satu tempoh yang panjang..ke akhir hayat, mungkin?

sungguhlah yang hati dan perasaan ni tak boleh dipaksa-paksa. kalau suka, sukalah jugak. kalau dah tak suka, tak sukalah rasanya. tapi perasaan tu boleh di pupuk dan di kikis sikit-sikit kan? harap begitulah.

kalau dah suka, berterus terang sajalah, dari terus memendam rasa yang cukup menyeksakan. bukankah itu tak baik untuk hati sendiri? menderita dan merana di dalam tapi di luar nampak gembira dan ceria. sampai bila mampu bertahan?

apa juga yang berlaku, semuanya telah Allah takdirkan sejak azali. kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk dapatkan yang terbaik. dan Allah telah memberikan kita peluang dalam hidup ini. terpulang kepada kita untuk memilih.
semestinya kita memilih untuk jadi yang terbaik kan? kerana kita adalah insan terpilih dan berjaya sejak dari mula lagi.

"Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dariMu dengan ilmuMu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu, aku minta dariMu dari kelebihanMu yang banyak. maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui bahkan Engkau sangat mengetahui segala perkara ghaib..

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, pada duniaku dan baik pada kesudahan urusanku, maka tentukanlah untukku dan mudahkanlah dan berkati aku padanya.

Andai perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku serta kesudahan urusanku, maka jauhkanlah ia dariku dan jauhkanlah aku darinya.

Ya Rahman, tentukan kebaikan untukku di mana saja aku berada dan redhakan aku padanya.."

amin...

Mar 24, 2010

tapi..

salam..

sekarang ni kenapa la terjangkit penyakit "malas update blog" ntah. kalau dulu bukan main lagi rajin, tapi sekarang..entah la...tengok sendiri la. aduh..

sekarang ni asyik berfacebook saja. seronok tengok aktiviti kawan-kawan. kawan-kawan lama zaman tok kaduk dulu pun terjumpa balik, alhamdulillah..

hari ni tak buat apa-apa. macam bosan sangat. rasa macam nak keluar pegi book fair ja. alahai..tak dapat nak pegi lagi. tak sabar nak beli novel kat booth jemari seni. takut sangat kalau-kalau beg yang jemari seni offer tu habis. huh..
bila dapat pegi ni??

rasa macam nak pegi hari ni. tapi macam penat pulak kalau pegi time balik kerja. tapi sebenarnya dah tak sabar nak beli dan baca novel-novel tu. banyak sungguh tapi..
tapi..tapi..tapi..

memang nak pegi time balik keja tapi (tapi lagi) takde orang nak temankan la pulak. tu satu masalah. tapi (ada lagi) buat apa nak tunggu orang. bukannya tak biasa pun keluar sorang-sorang. tapi(masih lagi tapi) kalau ada kawan lagi best..

sarah..awat la time ni hang dah praktikal. kalau tak aku boleh p dengan hang..rindu kat sarah damm much...huhuhu..

banyaknya tapi dalam hidup. bukankah tapi itu alasan semata-mata?

hendak seribu daya, mahu seribu cara.

jadi fazhana...tiada alasan, tiada sebab dan tiada siapa pun yang dapat merubah kehidupan kita!

bangunlah!!

*apa yang aku melalut ni? apa-apa je la..blog aku, ikut suka aku la..

Mar 4, 2010

::4 Mac 2010::

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Feb 25, 2010

~doa dalam lagu~

salam..
dah lama tak post apa-apa kat blog. dah bersawang dan berhabuk di sana sini..masyaAllah..malasnya kamu yana. ^_^

bukannya malas tapi tak sempat. tengok ni, untuk posting kali ni yana hanya copy paste lirik lagu yang dia suka jugak buat tatapan diri sendiri dan sesiapa yang sudi menjenguk ke laman usang ini. sambil menaip, sambil dengar lagu dari penasyid kesukaan dia, MAHER ZAIN. (ustaz taqiuddin kata;dah macam DJ radio gayanya-dengan headphone yg melekat di telinga)
tak kisah la ustaz..hehe

bulan 12 ramai kawan-kawan yang melangsungkan perkahwinan. jadi lagu ni ditujukan khas untuk mereka. dan tak lupa juga untuk mereka yang bakal berkahwin tak lama lagi.haaa..sapa tu? pertama-tamanya mesti la cik ATIE kita.. ^_^

maksud doa:

“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”

diikutkan nak letak sekali dengan videonya tapi tak tau la kenapa tak boleh nak upload..jadi, kepada sesiapa yang nak melihat wajah kacak penyanyi kesukaan hamba, boleh klik di sini

selamat menonton ya!

dan sekarang anda sedang mendengar lagunya..

BarakAllahu lakuma!


BARAKALLAHU LAKUMA

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your joys
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Du'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

Jan 25, 2010

~gumbiranya hati ini~

salam untuk semua..

hari jumaat lepas seronok bercerita tentang kaksu tandatangan kat novel jaja dan din. hari ni nak tunjukkan bukti la sebab hari tu kan lupa nak bawa henset.

dan hari ni nak jugak kongsi satu perkara yang membuatkan hati aku kembang dan melompat-lompat. rasanya sampai esok lusa pun tak berenti lagi ni..nak tau pasal apa? haa..kaksu komen kat blog aku. ni la komen kaksu

Salam Fazhana,

Terima kasih ya kerana sudi dengar jaja yang becok sangat tu bercerita sampai habis.

Seronok juga dapat baca "kisah jaja mengenai din" yang Fazhana coretkan di sini... DAN yang terutamanya, kata-kata dan tt itu kaksu yang titipkan (bukan Kak Nila ahaks).

Sayang,
- Noor Suraya a.k.a kaksu -


kalau tak percaya, silalah baca sendiri kat ruangan komen post bertajuk "kisah jaja mengenai din" kat bawah ni..

dan ni pulak gambar tulisan kaksu kat novel jaja dan din tu..


jadi korang semua kena percaya la kan..hmm...bestnye..dok senyum tak habis-habis lagi ni. kalau ada orang tengok, mesti depa kata yana ni dah tak berapa betul. asyik tersengih sorang-sorang..

ahh..biar la..

terima kasih ye kaksu..sayang kaksu..walaupun kaksu tak kenal saya, tapi kaksu tetap dekat di hati. macam trademark TV9 pulak..

*kak ani mesti jeles kalau tengok kaksu tandatangan. takpa, nanti nak pesan kat kak ani suruh dia order online. untung-untung kaksu ada masa untuk tandantangan lagi. dia tu peminat kaksu lebih awal dari yana*

Jan 22, 2010

kisah jaja mengenai din..

hari ni jaja dah sampai ke dataran palma untuk berkongsi cerita tentang din..berbunga-bunga rasa hati walaupun sebelum tu ada rasa sedih pasal satu perkara..tapi berjaya diubati dengan kehadiran jaja dan din..

yang lebih gembira ialah pesanan ringkas dan tandatangan dari kaksu..wahhh..rasa besar hati sungguh. rasa macam nak melompat-lompat keriangan..siap baca kuat-kuat bagi umai dengar. lepas tu baca depan ayu pulak..walaupun kaksu mungkin tulis untuk semua orang tapi aku tetap rasa bangga jugak.

hari ni tertinggal pulak encik telefon bombit kat rumah. kalau tak memang dah selamat catatan kaksu ni terselit disini. terima kasih banyak-banyak ye kaksu atas penghargaan tu. nak tau kaksu tulis apa? ala..bukannya apa pun, tapi aku tetap suka..

ok..kaksu tulis macam ni;

salam buat fazhana,
bacalah cerita jaja tentang din!

salam sayang
(signature kak su)

haa..memang la tak tulis pun nama kaksu tapi aku tau la tu mesti kaksu. takkan kak nila nak sign pulak kan. even bukan kaksu pun yang sign, aku tetap anggap tu kaksu..biarlah!

ralit sungguh dengar jaja berceloteh tentang din nya sampai tak sedar masa berlalu. dah sampai masa pun untuk balik dan cerita din pun tamat. nasib baik la hari ni kena balik lambat sebab tak ada kunci rumah. jadi kena tunggu angah sampai 6.45. jadi sempat la jaja habiskan ceritanya.

tak puas rasanya dengan sekali dengar. rasanya malam ni kena ulang cerita lagi la nampaknya jaja. jaja takkan jemu bercerita tentang din yang dia sayang. kan jaja?

dah lewat ni..kena balik dulu..kat luar tu dah bunyi guruh. harapnya tak hujan. kepala pun dah pening-pening sebab tak makan apa-apa kecuali kek dan sekotak kecil susu marigold HL. takut jugak terpitam di tengah jalan. siapa yang nak angkat? lain la jaja, dia kan ada din..

harap Allah pinjamkan sedikit kekuatan sebelum sampai ke rumah. harap dapat jadi setabah jaja. dan harap jugak dapat suami macam din pastinya!

salam sayang...jumpa lagi

Jan 21, 2010

::kawan::

hari ni mari kita berbicara mengenai sifat manusia ataupun kawan. kalau manusia tu besar la pulak skopnya. kalau kawan, boleh dikecilkan sedikit (kawan-kawan disekeliling kita)

kawan ni termasuklah diri sendiri. kita ada kawan dan kawan ada kita, jadi kita adalah kawan kepada kawan kita. isk..apa melalut ni. back to the topic.

setakat umur 26 ni, dah macam-macam perangai kawan yang telah dijumpai. manusia ni, rambut sama hitam(termasuk jugak rambut yg sengaja diperangkan) tapi hati lain-lain. Allah tu menciptakan makhlukNya dalam pelbagai bentuk dan rupa kerana Dia Maha Mengetahui atas segalanya.

apa juga sikap, sifat dan perangai kawan-kawan kita sama ada baik mahupun buruk, hendaklah kita terima seadanya. yang baik jadikan contoh dan ikutan dan yang buruk jadikanlah sempadan. amboi..bermadah-madah pula..sebenarnya nak luahkan sedikit perasaan kecewa terhadap sesetengah kawan. mungkin ada yang pernah alami semua ni.

bermulalah kisah tentang kawan.

masa dulu, boleh je ber"sms" ataupun telefon sekali sekali. tapi sekarang langsung tak ada. dulu boleh juga ber"ym" tatkala online bersama, tapi sekarang kalau sama-sama online, ada yang buat-buat tak nampak pula.

kalau dulu apa-apa masalah, sentiasa dikongsi sama, tapi sekarang dah tak macam dulu kala. dulu-dulu boleh je bagitau kalau nak kemana-mana, tapi sekarang tak tau pun dia ke mana aku ke mana.

bila dah macam ni, nak salahkan siapa? kalau asyik sebelah pihak saja yang tersua-sua, lama-lama naik muak la. nanti dikatakan kita ni tak ada muka. bila orang dah tak suka tu faham-faham sendiri saja.

bukan mudah nak jaga hati kawan. hati kita ni pun nak jugak dijaga. diri sendiri pun ada perasaan juga. ada rasa malu dan maruah diri sendiri patut dijaga. bukan senang jugak kawan kita nak jaga hati kita. masing-masing ada sikap yang berbeza. cumanya dalam berkawan, kita perlu bertolak ansur dan bertimbang rasa.

kena sentiasa berbaik sangka dalam apa jua keadaan supaya masalah yang kecil tak diperbesarkan dan yang besar tu boleh di selesaikan dalam keadaan aman. terasa sikit-sikit tu biasa la kan. nama pun kawan. sedangkan suami isteri pun bergaduh, inikan pulak kita dengan teman-teman.

cumanya disini apa yang dikesalkan ialah dengan sikap kawan yang tiba-tiba je menjauhkan diri. salam tak bersambut. marahkah? pelik. pelik sungguh. padahal dulu pernah sama-sama tidur sebantal, makan sepinggan. tapi sekarang tak tahulah apa sebab sampai jadi macam ni. sedih.

bila dah banyak kali tegur tapi kawan masih buat donno, rasanya lepas ni cukuplah kot. bukan nak putuskan silaturrahmi tapi anggap je yang kawan tu terlalu sibuk sampai tak sempat nak sambut salam kita. mungkin kerjayanya menuntut masa yang lebih. sebagai kawan kita perlu bersangka baikkan?

jadi untuk penutup, perlu kita ingat, jangan sesekali ingat apa jua kebaikan kita pada seseorang walaupun beribu kali kita berbuat baik. tapi ingatlah kebaikan orang pada kita walau hanya sekali dia berbuat baik pada kita.

sekadar ini saja sesi luahan hati yang biasa-biasa saja. sekadar menulis untuk mengurangkan beban (tak la berat sangat pun).


~yanafeehilyyangsedikitserabutpadahariini~

Jan 20, 2010

aku dan aku

hari ini tamat juga baca 10 bab Jaja & Din versi e-novel. padahal hari tu bukan main berjanji dengan diri sendiri yang jari ni takkansekali-kali klik pada link novel kak sue yang terbaru ni. nak tunggu novel yang di tempah tu sampai.

tunggu punya tunggu tak jugak sampai. kalau di ikutkan patutnya dah sampai. bila tanya kat admin JS, rupanya diorang tak dapat faks yang dikirimkan. patutlah tak nampak bayang jaja mahupun din di dataran palma ni. sedih sungguh.

disebabkan tahap sabar yang menggunung tu dah meletus bak gunung berapi yang meluahkan laharnya, maka dengan sengaja, jari ini klik pada bab satu jaja dan din..lepas habis bab satu, terus ke bab dua dan seterusnya habis sampai bab sepuluh. bila dah habis bab sepuluh, rasa macam nak p popular, beli dan terus baca..ahaks. tapi alhamdulillah, masih dapat sabar lagi. minggu depan dapat la buku tu (ayat pujuk diri sendiri..yelah, siapa yang nak pujuk kan?)

hari ni rutinnya masih lagi macam biasa, menaip alamat client sambil berselang seli dengan baca e-novel. sambil-sambil jugak melayan kawan-kawan di facebook. tapi dengan keadaan internet yang lambat mengalahkan siput sedut, rasa macam hilang sabar saja. YM tak usah cerita la. nak tunggu dia pop up window tu pun makan masa berjam-jam (sebenarnya tak la sampai sejam). disebabkan tak sabar menunggu, jadi terpaksa la korbankan diri untuk tidak berym dengan sesiapa. online hanya untuk melihat siapa yang online, dan untuk lihat email saja. tension sungguh.

waktu-waktu petang macam ni, rasa dah takde mood nak buat sebarang kerja. haila yana, kenapa la kamu malas sangat ni? bukan malas, cuma takda mood. maklum la dah pukul 5. tanaman anggur kat farmville pun tak tertuai-tuai lagi. nanti mati la pokok-pokok tu. hmm..pokok tu yang dirisaukan. bukan boleh makan pun kalau tuai. duit tu pun tak boleh guna untuk belanja beli makanan. cukup-cukup la tu berlagho di farmville. aiseh..

ala..sekali sekala melayan. tak la sampai tahap addict macam orang drug addict tu. dua tiga hari ni ja agak rajin melayan game tu. saja suka tengok tanaman tu berbuah dan berbunga. kalaulah tanaman yang kita tanam tu boleh berbuah dan berbunga dalam masa sehari, kan best? tak bersyukur la pulak..nauzubillah. gurau-gurau saja.

cukup-cukuplah membebel petang-petang ni. masanya dah tiba untuk melihat-lihat ladang sendiri sebab waktu sekarang dah dekat 5.30ptg. tahap malas tu berlipat ganda mengenangkan 15 minit lagi waktu untuk keluar dari dataran palma ni..

salam jumpa lagi..adios..

~my numerology reading~

sesaje je buat ni..macam takde keje je, padahal banyak la jugak..disebabkan mengantuk+boring buat keje, so aku pun menggatalkan tangan untuk klik mende alah ni..
bace je la..kot sesapa yg besday same ngan aku leh la faham2kan..klu yang tak same tu, takyah bace pun takpe..just for fun
http://emo.huhiho.com

Your Life Path Number is: 2
The Diplomat
The number two is associated with peace and harmony. You are tactful in your dealings with people. People turn to you when there is a need to restore peace and order. You maintain balance in your thoughts and actions. You maintain very good relations with your family, friends, relatives and work colleagues. You are a large-hearted person.

Your Destiny Number is: 6
The number six is associated with companionship and joy. You love the idea of a perfect life with your family and friends. You are a very romantic person and believe in true love. You have a kind and caring heart. You are devoted to your near and dear ones. People close to you know that they can turn to you for help in times of trouble.

Your Soul Number is: 3
The number three is associated with creativity and sociability. You have a very expressive personality. You may possess talent to pursue one of the arts and become successful. You are romantic at heart. You love to mix with people and hate being alone. You like spreading smiles around with your enthusiasm and humor. You are very popular socially.

Your Birthday Number is: 4

Jan 19, 2010

4 Perkara Sebelum Tidur

4 Perkara Sebelum Tidur
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meredhai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...

" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah Selawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meredhai
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Jan 15, 2010

^_^

Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangan
dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan itu
adalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita. - HAMKA

Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan
lahir yang kurang cantik.
Dengan senyuman kemana pun kita pergi, bersinarlah disana cahaya
kegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, semuanya
dapat diatasi. - HAMKA

Kata-kata dari seorang sahabat yang setia dan jujur, lebih berharga daripada
harta benda yang diwarisi daripada nenek moyang. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah
banyak. Jauhi seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah
lebih daripada banyak. - LUKMANUL HAKIM

Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang
akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk
sementara saja. - HAMKA

Perkataan yang benar itu tetaplah benar sekalipun diucapkan oleh
orang kaya atau miskin kerana mutiara yang berharga tetap tidak
jatuh harganya walaupun penyelamnya orang yang hina. - IBNU MAAFA'

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau
tinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali ia
melurus. - ABU DARDA

Seorang Islam yang telah berakar iman di dalam dadanya, tidak pernah
merasa jengkel dan tidak pernah merasa kecil jiwanya. - ULAMA

Pertengkaran itu tidak mempunyai apa-apa erti dari sudut agama. - MALIK BIN ANAS

Cintai semua, percaya sesetengah orang, tetapi jangan berbuat jahat
kepada sesiapa. - WILLIAM SHAKESPEARE

Jan 11, 2010

::debaran::

masih menunggu sesuatu yang samar-samar dengan hati berdebar2..adakah aku bersedia untuk itu? oh Allah, aku hanya mengharapkan Engkau telah tetapkan yang terbaik untuk diri ini..

mudah-mudahan tahun 1431/2010 ini menjadi titik tolak sebuah penghidupan yang lebih baik untuk untuk diri ini dan keluarga. moga Allah memudahkan segala urusan tak kira di mana saja..

moga segalanya berakhir sebelum febuari menjelma..amin..

Jan 4, 2010

U Don't Know How Good Your Life Is...

if you think you are unhappy, look at them ..


if you think your job is tough, how about him?


if you think your salary is low, how about her?


If you think you don't have many friend..


you think study is a burden, how about her?


when you feel like giving up, think of this man..


if you think you suffer in life, do you suffer as much as he does?


if you complaint about your transport system, how about them?


if your society is unfair to you, how about her?


"That which is beautiful is not always good; but that which is good is always beautiful"

~Where can we go to find God if we cannot see him in our hearts & in every living being.

Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang bersyukur..amin...

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya