wah..tajuk macam apa tu? soalan atau statement? tidak nampakkah anda pada tanda soal itu? tolong jangan abaikan ye..
saya bukanlah spesis yang masuk almari tutup sendiri. biasanya orang yang akan tutupkan..ahaks..yang jelasnya saya juga hairan dan kagum dengan diri saya ini. why? sebab saya tetiba ter-rajin-meng-update-blog-ini-hari-hari. oh..sangat rajinlah saya (intonasi riak) padahal kerja lain berlambak-lambak! harus la kena marah.
hari ini saya telah pun pergi menambah ilmu didada..ala..korang dah tahu kan? bukan ke aku dah bagitau sebelum ni? ye betul..belajar memasak. rajin tak aku? (kata ganti nama adakalanya akan bertukar dr saya ke aku atau aku ke saya mengikut mood penulis) puji la korang..aku rajin kan? sila lempang laju-laju.
tapi untuk entri kali ni, bukan nak bercerita pasal kelas memasak tau..cerita ini sama sekali tak ada kena mengena. cerita pasal kelas memasak saya tu akan di post pada entri akan datang..eh, suka aku la nak cerita bila kan? ni cerita sapa? saya atau awak?
aku cuma nak cerita yang tadi pegi makan dengan mr.right. teringin nak makan nasi goreng kampung yang pedas. bila nasi tu sampai, bayangkan tak ada sebutir cili, jangan kata cili..biji cili pun aku tak nampak..sentap selera mak tau..sabar je la. aku salah order ke? aku cakap nasi goreng kampung, nak pedas ye..
adakah makcik yang ambik order tu dengar tak pedas? oh makcik, sila korek telinga ye lain kali..terima kasih..
jadi nasi goreng tu aku makan 3 sudu saja dan mintak kakak tu bungkus. sambil tu sempat juga aku pesan untuk dia tambahkan cili potong dalam nasi tu..jadi aku tengok je la mr.right makan char kuew teow tanpa dia mempelawa aku untuk rasa makanannya (muka boring). tak prihatin langsung! T___T
balik rumah baru makan..bila dah pedas sikit baru la selera membuak-buak. tapi tak boleh makan banyak ok. nanti tak muat baju bling-bling..sila ambil perhatian bab ni. selepas sahaja majlis berlangsung, siap la inche makanan..akanku makan dirimu semahunya aku..ha..ha..ha.. (gelak orang kaya)
jadi malam ni aku akan rajinkan diri untuk menggodek-godek henfon mr.right ni. kot-kot ada gambar miss left lain ke kan? huh, takde masa ok? (sambil check picture gallery)
*kenapa henfon mr.right ada pada saya? sebab henfon saya ada pada dia..jelas tak?
sekarang ni, saya nak rajinkan diri untuk menonton tv..rajinnya saya..saya suka..
Ini Blog Saya |