Assalamualaikum..
Baru baca latest entry kat blog Leen pasal kawan dia berhutang tapi tak bayar-bayar. Rasanya ramai dikalangan kita ni ada pengalam macam Leen ni termasuklah aku sendiri.
Masa nak pinjam bukan main berjanji nak bayar bila dapat gaji, tapi time gaji cakap nak bayar sikit-sikit lepas tu gaji lagi sekali senyap terus. Geram kan? Tak tolong dikata sombong, dah tolong kita pulak yang sakit hati bila dia tak bayar.
Bila kita mintak tiba-tiba pulak dia taknak bercakap dengan kita. Eh, siapa hutang siapa ni? Dia hutang kita tapi kita ni macam nak mengemis duit dia pulak. Tak boleh jadi ni..
Tapi seandainya korang teringin nak pinjamkan duit pada kawan-kawan or sesiapa saja, pendapat aku ialah :
- Pastikan orang itu bukan penghutang tegar. Sila selidik dengan orang lain (orang yang rapat dengan peminjam) sama ada dia pernah atau tidak meminjam wang dari mereka.
- Si peminjam sememangnya kawan rapat korang yang korang kenal luar dan dalam dan dia tiada rekod buruk.
- Korang kena tahu apa yang dia nak buat dengan duit yang dipinjam itu.
- Seandainya dia beria cakap "aku janji bulan depan aku bayar @ dapat gaji aku bayar" , lebih baik korang simpan duit korang diam-diam dalam bank sebab confirm dia tak bayar bulan depan atau masa dapat gaji.
- Jangan pinjamkan duit pada kawan atau orang yang berlagak dan boros. Orang macam ni tak patut di tolong.
- Kalau jumlah wang yang nak dipinjam tu agak besar, sila buat surat hitam putih beserta dengan saksi supaya anda boleh saman dia di mahkamah (over you).
Itu je kot yang terlintas kat pemikiran aku. Tapi kalau kita taknak bagi orang pinjam duit macam mana pulak? Yelah, kawan kan. Nak cakap terus terang kata taknak bagi, kecik limpa pulak. Nak kata takda duit, dia tahu kita memang ada duit. hmm..
Ala..korang buat je alasan ni..
- Ala..Duit tu dah ada orang lain pinjam, ko lambat sikit je..
- Aku dah terpakai la duit tu..so takde dah duit sekrang ni..
- Mak abah aku pegang duit aku, kalau nak mintak la kat depa. Aku takut...huhu
- Aku pun takde duit, ingat nak pinjam kat ko..
Yang selebihnya korang pikir la sendiri. Apa-apa pun kalau kita berhutang, tolong la bayar. Kesian kat orang lain sebab depa pun nak guna jugak duit tu. Kenapa jadi kacang lupakan kulit (Iklan PTPTN)
p/s - sape-sape yang berhutang, bayarlah cepat.
terima kasih sudi baca ^^