May 17, 2011

makan-makan

yey dah tengah hari. jadi boleh update blog untuk tengah hari pulak setengah hari bersama cik yana. balik-balik sama saja tajuk apa tak ada idea ke?

sedap tak? 

selamat tengah hari semua. sudah makan ke belum? saya belum makan lagi sebab ustaz belum habis mengajar jadi adik-adik belum dapat hidang makanan. rasa macam nak cakap kat ustaz tu, eh ustaz tak reti-reti nak berhenti bercakap ke, tahu tak aku dah lapar ni?  nak pergi dapur pun malas sebab kena pakai tudung segala. sabar je la. jadi sebelum dapat makan, update lah blog sebentar. moga-moga rasa lapar itu bertukar menjadi kenyang (sambil mengunyak keropok udang cap tesco)

bercerita pasal makan ni memang seronok kan? aku kalau termissed tengok jalan-jalan cari makan kat tv3 tu rasa macam sentap nak menangis je. menyesal pun ada. masa tu mula la aku salahkan sesiapa yang datang time pukul 12 tgh hari hari ahad sebab betul2 mengganggu aku nak menonton cerita kegemaran. dapat tengok makanan-makanan yang dimakan oleh incik pengacara sudah buat aku rasa kenyang tau. lepas tu air liur meleleh bertimba-timba. oh suka sangat menipu.

semua orang suka makan betul tak? apa ye makanan kegemaran kau orang? kalau cik yana a.k.a cik nana ni sukanya makan makanan yang sedap saja (baca slang indon). kalau yang tak sedap macam mana? mestilah tak suka. eh tak la..kalau sedap makannya banyak sekali tpi kalau ngak sedap sikit saja la. makan untuk ambil hati orang yang memasak. tapi kalau makanan yang sangat pelik rasanya, memang sekali cuba saja la, lepas tu minta ampun la nak cuba lagi.

makanan pelik-pelik insyaallah boleh telan lagi. tapi kalaulah makanan yang dah biasa kita makan tapi rasanya pelik, memang tekak ni tak sanggup nak telan. kalaulah tekak tu boleh bercakap, confirm dia kata sudah-sudah la tu, aku tak larat nak mencekik dah ni. contoh makanan yang biasa kita makan tapi rasanya pelik itu adalah laksa.

suatu hari aku pesan minta tolong kawan belikan laksa kegemaranku di pasar malam. jadi bila dah dapat laksa tu punya la semangat aku nak makan. tengok kuah rasa nampak macam sedap. lepas baca doa, terus la ngap kan. rasa kuah dulu. tapi..erkk rasa apa ni?? tak tau nak cerita laksa tu rasa macam apa sebab tak penah rasa apa-apa makanan yang rasanya seperti itu. pertama kali. kawan pun tumpang rasa selepas dipaksa oleh aku (niat jahat taknak kena sorang-sorang haha) jadi dia pun rasa. terus memek muka berubah dari cantik kepada tidak cantik. aku tanya, tak sedap kan? dia pun jawab, rasa macam budu! mungkin dia campur budu, kawan aku menambah. jadi laksa tu terpinggir sahaja disitu ibarat teratai layu di tasik madu.

rugi duit aku rm3.50 kerana akhirnya ke longkang jua engkau wahai laksa. maafkan diriku kerana tak dapat menjamah dirimu walau sekelumit kerana rasamu sungguh tidak menepati piawaian rasa tekakku. selamat tinggal laksa. mari ucapkan selamat datang kepada NASI! terima kasih nasi dan lauk kerana engkau sedap lalu membuatkan tekak gembira seterusnya perut rasa bahagia.

oh lupa nak pesan. tolong jangan harapkan apa-apa resepi pada entri ini walaupun tajuknya makan-makan.

ustaz sudah pulang, jadi mari kita bersantap!

p/s - sebelum makan jangan lupa baca doa makan ^__^

mari kita merajinkan diri sendiri.

sekarang masih pagi bukan? maka entri sepagi bersama cik yana bersambung disini kerana jam baru menunjukkan pukul 10.39 pagi diwaktu entri ini ditaip oleh cik yana a.k.a cik nana.


pic from google images

eh kenapa ni rajin bebenor nak update blog? kan dah cakap tadi? sila baca sendiri kalau nak tahu. bukan kena pegi jauh sampai ke uganda ataupun alaska, cuma roll kebawah dan baca entri sebelum ini. tapi kalau dah malas (babab kang) jugak klik saja SINI. lagi satu sebab tiba-tiba terkena jangkitan sindrom rajin update blog ini adalah kerana aku nak update banyak-banyak sebelum aku bercuti selama tiga minggu. takut-takut time cuti tu nanti aku tak sempat nak update blog dan kau orang semua  rindu sangat pada diriku lantas entri yang kutitipkan akan menjadi penawar rindu kau orang pada aku. jadi tolong berjimat cermat semasa membaca entri yang telah di post kan nanti. ^__^

sepanjang tempoh diantara entri ini dan entri sebelum ini, aku cuba la nak mengedit blog ni konon-konon nak bagi comel dan bila orang jenguk secara automatik mereka akan berkata wow cantiknya belog itu. tetapi sesungguhnya aku amat jahil dalam bab mengedit template walaupun ada tutorial yang sangat mudah diikuti. baru try sikit saja aku terus fedup lalu terus klik cancel dan  rasa tak mahu dah tengok template yang menyerabutkan kepala otak aku untuk selama-lamanya. tipu. sungguh weh rasa pening terus rasa nak termuntah. maaf kalau rasa jijik.

tak tahulah bila aku hendak pandai macam orang lain. rupa-rupanya baru aku sedar yang aku ini seorang yang sangat tidak pandai dan lambat pick up kalau bab-bab IT ni T__T. ada blog ni sudah buat aku rasa pandai dan hebat lantas aku berbangga berlori-lori terhadap diri sendiri. ini bukan ayat riak. aku sendiri tak sangka yang aku ada blog sendiri sejak tahun 2008 walaupun entri yang "ter" posting amat mendukacitakan peminat-peminat semua iaitu hanya 151 setakat ini. tapi aku tetap rasa bangga dan seronok apatah lagi ada juga kawan-kawanku yang comel dan cantik seringkali mengomen diruang komen. komen-komen itu adalah satu semangat untuk aku meneruskan perjuangan di medan blog ini. jadi, aku juga suka mengomen entri-entri mereka supaya mereka juga bersemangat waja untuk meneruskan kehidupan penulisan mereka di blog masing-masing. go go go!

jadi mari kita bersama-sama memperjuangkan dunia blogging ini demi kesejahteraan rakyat sejagat. marilah berblogging secara berhemah. jangan ada benci dan caci maki. itu adalah sikap yang tidak baik walaupun engkau kata eh ini belog aku ikut suka aku la nak maki ke carut ke apa. kalau kita buat baik, orang akan mendoakan kita. betul tak?

disebabkan tiba-tiba rasa semangat berkobar-kobar maka terwujud sudah follower di sidebar. bangga sambil terharu berjuraian air mata akibat ada follower T____T  ok tipu, tak menangis pun.

p/s - bila tengok orang gembira, diri sendiri pun rasa happy ^__^
jumpa lagi di lain masa.
terima kasih sudi baca ^^

sepagi bersama cik yana.

assalamualaikum semua..moga ceria di pagi hari waktu cuti umum hari wesak ini. kalau anda ceria, yana lebih-lebih lagi ceria ^^

disebabkan cemburu melihat PUAN ATIE dan CIK JUE kita asyik saja mengupdate blog mereka maka saya dengan semangat berkobar-kobar ini akan mula mengupdate blog saya dari masa ke semasa dan semoga perasaan semangat ini tidak akan dilunturkan oleh clorox bleach mahupun mana-mana jenama peluntur yang ada dimuka bumi ini. sila takut.

sebenarnya hidup aku dengan blog ni  ibarat masuk bakul angkat sendiri, masuk almari tutuplah sendiri bagaikan melukut di tepi gantang. eh takde kaitan ke?  maksudnya disini aku ni ada blog untuk kepuasan diri sendiri atau ertikata yang lain syok sendiri saja. cuba tengok ada tak aku letak ruang follower? takde kan? ini adalah disebabkan perasaan malu yang amat sangat bila aku letak tapi tak ada orang yang sudi follow belog aku yang tak comel dimata kamu tapi cantik dimata ku. sila abaikan statement ala-ala perasan. betul ni. sangat rendah diri. bila baca blog orang-orang yang glemer sumpah aku tak tinggalkan jejak sebab takut dia mendapat dosa akibat terkutuk blog aku yang agak huduh ni. T__T ok tipu.

tapi aku suka bebenor ler baca blog kawan-kawanku yang comel-comel lagi cantik. seronok baca kisah mereka-mereka sehari harian. asyik betul aku baca sampaikan habis semua entry beliau saya baca dalam masa sehari saja. teruja tunggu mereka-mereka itu mengupdate blog masing-masing. bila tiada update aku terus buat-buat tak pandang blog diorang konon-konon merajuk padahal aku nak kumpul entry baru diorang banyak-banyak dan baca sekaligus. baru puas hati dan sanubari lalu aku akan gembira dan hikhikhik (gelak sopan) sorang-sorang sambil makan apa-apa saja makanan yang ada.

tapi tapi tapi ada lagi ni..walaupun aku tak letak ruang untuk follower, tapi ada juga yang sudi memfollow saye. oh sangat terharu sampai tak boleh nak cakap apa-apa walaupun hanya ada lima orang saja yang sudi follow. tolonglah teruja dengan apa yang aku cerita ni. betul aku tak tipu, memang ada yang follow. terima kasih sejuta kali buat yang sudi follow. terharu lagi sambil menangis T___T

entri ini dibuat semasa aku tengah makan oat. disebabkan oat sudah habis maka entri ini pun tamat.

terima kasih sudi luangkan masa dan baca ^^
jumpa lagi.

p/s - makan oat untuk kesihatan jantung anda. sambutlah cabaran ini ^___^

maaf. gambar tiada kaitan dengan tajuk.
pic by google

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya