Aug 14, 2009

~Dugaan Bertamu~

salam..

semalam negara di kejutkan dengan berita seorang penyanyi nasyid kumpulan rabbani iaitu ustaz asri meninggal dunia..innalillah..moga rohnya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman..al-fatihah..
takziah buat keluarga dan sanak saudara allahyarham..moga bersabar atas dugaan yang menimpa..

pagi tadi dapat sms dr sorg sahabat bagitau dia punye ex-boyfriend dia dah ade awek baru..hancur luluh hati sahabat aku ni..nak wat camne kan,dah takde jodoh..orang laki ni kalau dah mintak putus tu takyah tipu la kalau bukan sebab orang ketiga..sah ade orang lain..ntah bape lama dia dok kapel ngan awek baru tu aku tak tau..ntah2 masa dia mntk clash ngan kawan aku tu dia dah kenal ngan perempuan tu..who knows? kalau diikutkan secara logik akal la,takkan la dengan satu hal kecil yg biasa tu dia blh putuskan hubungan yg terjalin selama kurang lebih 5 thn tu kan? lu pikir la sendiri!

takpe la sahabatku..dah bukan jodoh kamu dgn dia.."bibir mudah mengucap kata tapi hatilah yg remuk menderita"..apakan daya..tu je kata2 yang mampu di ucapkan buatmu sahabat..huhuhu..tak siapa pun tau n mintak ujian tu bertamu..klu boleh mmg la sepanjang hidup kita ni nak riang gumbira bersuka ria je selalu..tapi bukankah allah ada berfirman yg tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak diuji? jadi sebagai seorang hamba yang taat,maka hendaklah kita redha diatas apa jua yang di tentukan ke atas kita oleh Dia Yang Maha Berkuasa atas segalanya...

sahabatku..udah2 fikir pasal hal tu..bukan apa,daripada kita dok fikir yang tu then teringat pastu air mata meleleh2 macam paip air pecah..lebih baik la kita fikirkan masalah bala yang tak sudah2 menimpa umat islam,pasal H1N1 ke..tu lebih berfaedah..dekat2kan lah diri dengan Allah..masa2 yang lalu tu banyak dosa2 kita pada Dia..mohon taubat atas segalanya..curahkan air mata tu masa mengadap Rabbul Izzati,tu lebih afdhal..(nasihat buat diri sendiri dan sesiapa yang baca)..tak ke rugi stok air mata tu di buang pada benda yang tek berfaedah camtu? haila manusia...kembalilah padaNya..

selama ni kita asyik menjaga perasaan buah hati kita,pasangan kita..nak buat yang terbaik untuk dia..tapi pernah tak kita cuba buat yang terbaik untuk pencipta kita yang sangat mengasihi kita? DIA yang tak pernah lupakan kita..DIA yang memberikan segala-galanya yang tak mampu pasangan,kekasih,buah hati dan seangkatan dengannya berikan pada kita..fikir-fikirkan dan renung-renungkan...apakah kita ini hamba yang bersyukur ataupun tidak..

*renung-renungkan dan selamat beramal*

adios

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya