Aug 27, 2008

~kemenangan DSAI~


Salam utk smua..


semalam 26 ogos 08 menyaksikan pilihanraya kecil di permatang pauh..ecehh..cam pembaca berita la plk..hehehe..tapi apa yg pasti Anwar Ibrahim dh menang walaupun pelbagai fitnah dan tohmahan yg dia terima sebelum ni...tak yah cerita la kan apa dia,smua org dh tau..


haaa..baru depa kenal sapa Anwar Ibrahim ni..tp rasanya depa 'tu' dah tau tp saja ja buat tak kenal..macam-macam fitnah terpalit kat badan Anwar tapi dia tetap 'mantain'..walau dihimpit dgn pelbagai perkara yg mmg menyesakkan tp penyokonh Anwar tetap berdiri teguh kat belakang dia..kuat btl pengaruh dia kan..


tahniah buat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pada smua pengundi di permatang pauh yg bijak membuat pilihan..


pada yg masih tak bijak tu,bijak-bijakkanlah diri anda..Allah menganugerahkan akal dan segala pancaindera kat kita,so gunakanlah dgn sebaiknya..gunalah mata utk melihat keadaan sekeliling,telinga utk mendengar dan mulut utk bersuara..then guna la akal yg Allah tak bg pd binatang utk mentafsir dan menilai sesuatu yang baik dan buruk..klu tak guna akal tu,berenti la jadi manusia..(boleh ke?)


~kerana sehelai bulu mata~

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "


Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi,


" Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."


Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"


"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."


Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL..

Walau sebesar mana pun kesilapan yang dilakukan, apabila ada kesedaran dan keinsafan..bertaubatlah dengan sepenuh hati. Maka Allah akan beri keampunan pada orang yang bertaubat.
Mudah-mudahan taubat kita diterima oleh Allah..
entri tahun 2008.sumber dari emel

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya