pic from google |
hari ini masih lagi boring. boring sambil golek-golek sampai terguling jatuh tilam. oh buasnya saya. selepas settlekan urusan dengan centrum (tak perlu tahu apa itu centrum) dah tak tahu nak buat apa. yong asyik melayan raja lawak di youtube * sekejap-sekejap aku menumpang tengok juga. k.long dan k.lang masih dihospital. aku pulak melayan keboringan tahap tak hengat dengan skodeng blog orang. seronotnya..tapi yang tak seronotnya tu bila ramai kawan-kawan tak update blog mereka. penat tau i link blog u all kat blog i ni tapi tak berupdate berbulan-bulan malah ada yang bertahun..hishh (sebenarnya bukan ada orang nak baca blog aku ni sangat pun..berhenti perasan ok!)
sambil-sambil boring tu, sempat pulak terfikir pasal hal main kahwin-kahwin ni. fikir tentang apa yang dah dibuat dan apa yang belum dibuat. senang cerita, ko cakap saja check list or to do list. taip panjang-panjang pun buat apa kalau orang tak faham sebab ko tu suka belut-belit cakap. mana ada cakap, taip saja! gila apa..
ok mari kita senaraikan hal-hal yang perlu dibuat dan telah dibuat ini memandangkan tempoh itu akan berkakhir tidak lama lagi. sili rujuk daisypath di sebelah. apa?? lagi 1 bulan 3 minggu? lama lagi tu..hahhaa
1) HIV test
~ belum buat lagi (sebenarnya dah buat tapi akan expired pada 28 mei 2011, 5 hari sebelum tarikh nikah. agak-agak kalau aku edit tarikh tu boleh tak? tolong jangan buat pasal.)
2) Surat Akuan Bujang
~ belum buat lagi. aku taip sendiri saja jadi tak perlu risau sangat sebab draft surat dah ada cuma tinggal nak tukar nama sahaja. senang kan?
3) Borang Nikah
~ belum ambil lagi. kalau Puan Atie baca ni sure saya kena marah..haippp! bukan tak nak ambil tapi saya akan pulang ke kampung halaman bulan mei nanti untuk settlekan urusan ini. ini adalah kerana borang pihak lelaki akan siap diproses pada 8 mei 2011. selepas siap borang dia, baru saya boleh settlekan borang saya. jadi bukan salah saya..salahkan dia (pihak lelaki) * memandai nak salahkan orang, padahal orang tu dah lama hantar borang. jadi salah siapa? salah pejabat agama sebab lambat proses. tengok, salahkan orang lagi. ok diam.
4) Baju Pengantin
~ belum siap lagi. sepasang untuk kenduri di rumah saya, dah bagi pada tukang jahit merangkap sepupu saya. tapi dia belum buat lagi. saya dah lama hantar tau! baju nikah dah siap. yey!! jangan nak seronot sangat sebab baju untuk sebelah pihak lelaki belum lagi disewa @ dibeli. bulan 5 ni saya akan cari. kenapa nak cari bulan 5 pulak? (soalan puan atie) sebab saya nak balik kampung bulan 5 nanti, masa tu saya cari la..jangan marah..nanti baby merajuk! hehe
5) Kad Jemputan
~ belum tangok lagi tapi dah siap dan telah diedarkan. kenapa la skynet lambat sangat buat kerja? *masih lagi salahkan orang. mana taknya, saya tak sempat nak tengok kad tu sebab saya balik KL pkl 11 pagi dan kad tu sampai pukul 2 petang, sedangkan hari-hari saya menunggu dia. sedihlah..tak payah cakap lagi. mak n abah akan pos ke KL beberapa keping tapi tak tahu bila sebab mereka asyik sibuk saja. sabar..
6) Doorgift
~ belum tentukan apa yang nak diberi. mengikut perancangan abah dan mak termasuk aku dan adik-adik, kami hanya nak beri nasi kenduri pada tetamu yang hadir. abah kata " kita masak sedap-sedap, bila kita bagi orang bawak balik, orang tu mesti gumbira tak hengat.." (kata-kata yang telah diubahsuai). semua setuju. tapi mungkin aku akan beli something juga untuk beri pada rombongan lelaki, kawan2 dan tetamu yang datang dari jauh. masih dalam perancangan.
7) Mak Andam
~ tak ada solekan atau tatarias dimuka aku buat masa ini. mungkin solek sendiri atau mungkin panggil kawan yang pandai menyolek. tak suka la..kalau make up pun mungkin pakai bedak, lip ice dan celak saja.
8) Lain-lain
~ cadar, langsir, perabot semua dah ready kot. pelamin mini masih dalam perkiraan sama ada nak ambil atau tak sebab ikut bajet. hantaran segala dah serahkan pada sepupu untuk buat. kalau duit melimpah ruah sampai tak tahu nak buat apa memang la nak jugak bergrand billiant untuk majlis. tapi disebabkan bajet yangsangat ciput maka terpaksalah bertolak ansur untuk perkara-perkara yang kurang perlu.
9) Katering
~ perkara paling terpenting untuk kenduri. kalau kenduri mesti ada makanan. baru la kenduri namanya. seronotnya dapat makan. abah dan mak dah jumpa dengan tukang masak nasi daging paling terbest abad ini. nasi daging aka nasi arab yang aku paling suka. terima kasih mak dan abah. jangan pulak tiba-tibe menu ini bertukar macam mask rider sudah..BERTUKAR!! kecewa tau. boleh koma kan mood nak kahwin saja. ok tipu.
itu saja kot perkara yang perlu disenarai
bila menaip ni rasa macam lapang semacam saja. ahh tipu la kau! betul la..rasa macam lega sebab boleh senaraikan benda-benda alah ni semua. nasib baik kahwin sekali saja *mudah-mudahan. nak termuntah tahu fikir pasal semua ini. tak kuasa mak nyah! ada siapa-siapa nak tolong jadi wedding planner saya tak? free of charge. ok tak ada. terima kasih kerana tak sudi. ku sedar siapa diri ini.. T______T lawak saja.
terima kasih kerana sudi baca (kepada yang sudi baca) tak baca pun tak apa..
p/s Doakan majlis kami berjalan lancar dan bahagia dunia akhirat.