Jun 22, 2012

Belum dapat kelulusan lagi..

Assalamualaikum..

Semalam saja-saja online fb time rehat. Jadi ramai la kawan-kawan yang menegur. Semuanya bertanya;

Dah berisi ke?

Jawapan saya...memang berisi pun.

Ada sorang member kemain syok lagi dia, siap tanya dah berapa bulan dah? Yang pastinya dia dapat jawapan sarkastik saya " Dah terlebih bulan, takmau keluar-keluar lagi.." Nasib la..

Sorang lagi kawan lagi best. Dia kahwin awal beberapa bulan dari saya. Tiba-tiba menegur setelah agak sekian lama tak bersembang. Soalannya dah pasti la soalan bocor. Dan jawapannya sudah pasti sarkastik bunyinya.

Bila saya cakap saya belum mengandung, dia jawab..

"Hahahhaa..tu yang nak dengar tu. Ada geng.."

Sejujurnya, saya pun gembira jugak bila dia beritahu dia belum mengandung. Bila dah masuk usia setahun perkahwinan ni, apa yang saya harapkan Allah memberi rezeki (anak) yang satu itu. Sebelum ni saya ok sebab ada beberapa kawan baik saya yang kahwin sebelum saya belum mengandung. Tapi sekarang semua dah masuk pakatan mengandung. Macam dirancang-rancang pula. Angkut geng ramai-ramai tetapi saya dipinggirkan T__T

Kawan baik saya anak kepada Tok Guru Hj Hadi pun dah join Pakatan Mengandung beramai-ramai dengan adik beradik dia yang lain. Wah wah, makin meriah dunia. Alhamdulillah rezeki mereka.Sekali lagi saya rasa terpinggir dan terasa amat kerdil sekalipun sekarang ini tubuh saya makin mengembang. Sob sob..

Tapi insyaallah saya masih ada kekuatan. Saya tak sampai tahap menangis bila dengar sesiapa mengandung. Kita hanya buat proposal, tapi kalau yang kat atas sana tak sain patut ke kita buang lalu berputus asa ? Tidak. Kita patut buat proposal yang lebih baik sehingga diterima. Itu saja. Siapa kita nak melawan kuasa Allah sedangkan kita dah tahu segala yang terjadi ini telah tertulis di Loh Mahfuz? Wow, bunyi macam ustazah tak? Tiba-tiba rasa kagum dengan diri sendiri sebab konon-konon boleh berceramah. Ceh.




Kenapa ya saya tulis entri ini? Sebab disekeliling saya ada beberapa orang yang sikapnya begini. Menangis bila dengar orang-orang terdekat dia mengandung tetapi Allah masih belum beri dia rezeki. Tak tahu sebab menangis tu sama ada dengki ataupun gembira. Tapi yang pastinya kaklong saya memang dia kata dia dengki. Dah 6 tahun kahwin masih belum dikurniakan anak, berbuih mulut kami nasihat tapi macam tu jugak. Haaa teruskan la menangis kalau itu yang legakan hati dia. Teruskan menangis kalau-kalau dengan menangis tu boleh membuatkan kamu mengandung.

Eh..ayat macam marah saja. Ya, saya memang rasa macam nak marah pada kaklong saya. Tapi saya kesian juga kat dia. Kaklong saya macam dah putus asa. Apa yang penting sekarang ni, teruskan usaha dan jangan putus harap pada Allah. Doktor tu boleh cakap apa saja tapi Allah yang menentukan segalanya. Dia tahu apa yang lebih baik untuk kita. Seandainya Allah takdirkan kita tak ada anak dari benih sendiri, boleh saja ambil anak angkat. Setiap kesukaran ada jalan penyelesaian. yang penting selepas usaha kita bertawakal dan berserah padaNya. Insyaallah kerana Allah memang sentiasa bersama dengan kita.

Sekian saja ceramah saya di pagi Jumaat. Jumpa lagi di lain masa. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat mengubah pemikiran mereka-mereka yang terlibat dalam hal ini. Sentiasa ingat yang kita ini milik Allah, tak ada satu pun milik kita dan Allah berhak nak ambil balik hak Dia bila-bila masa pun.


Jumpa lagi...

p/s - kata-kata untuk diri saya sendiri juga..

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya