Tahu tak kebaikan dapat suami yang tidur berdengkur? Kebaikannya ialah bila kita terjaga tengah malam dan dengar dengkuran halus atau kasar itu, kita tahu yang suami kita masih bernafas!
Ada beberapa kali terjadi bila aku terjaga tengah malam, suasana sunyi tanpa dengkuran halus suami. Aku letak tapak tangan di belakang badan suami sebab dia membelakangkan aku. Tiada pergerakan. Berdebar jantung aku, rasanya kalau lampu terpasang mesti nampak muka aku yang pucat . Takut yang amat. Aku panggil dia sambil goncang badan. 5 saat lepas dia alih badan dan menyahut .. "hmmmm...."
Alhamdulillah.
Sungguh aku tak sanggup kehilangan dia dengan cara tu. Bukan saja suami, tapi mak dan abah juga. Setiap hari aku berdoa, jangan la Allah ambil mereka secara mengejut macam tu. Takut dan tak tertanggung oleh diri ini.
Tapi kita semua maklum yang mati itu pasti. Itu janji Allah pada kita kerana kita semua hak Allah jadi kita perlu bersedia untuk menghadapinya. Kita tak tahu antara kita, siapa yang akan di panggil dulu. Muda atau tua tidak dikira.
Oleh itu hendak atau tidak, kita perlu bersedia untuk kehilangan insan-insan kesayangan apabila panggilan itu sudah sampai dan jangan lupa untuk beramal sebagai bekalan di alam sana. Masa itu pasti tiba.
Ini Blog Saya |