hari ini adalah hari ulangtahun kelahiranku yang ke-27. tua sudah aku. EH bukan tua ok. matang. tapi mukaku masih lagi tidak menampakkan ciri-ciri kematangan. begitu juga dengan perangai aku. yeke? mana ada. sekarang aku belajar untuk jadi matang ye kawan-kawan. aku sudah mula menyalin resepi-resepi masakan untuk dipraktiskan apabila sudah berumahtangga nanti..tak lama lagi..arghhh takutnya saya.
lupakan kisah nak main kahwin-kahwin. hari ni adalah hari ulangtahun la..kenapa perlu bercerita tentang hari perkahwinan yang sedikit ngeri tu (jadi ngeri sebab have a lot thing to do T______T ) di hari ulangtahun aku dilahirkan ini, perlu la sangat mengeluarkan cerita yang membuatkan mood swing bertukar menjadi ceria dan best, betul tak?
sempena 4 mac 2011 ini, aku ingin menguccapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Illahi kerana masih lagi memberikan aku ruang dan nafas untuk terus menikmati keindahan hidup di dunia ini bersama-sama dengan orang-orang yang tersayang.. *amek kau semput..ucapan berjela tanpa titik nokhtah!
terima kasih kepada mak dan abah yang bersusah payah menjaga aku dari kecik sebesar lengan sampai la dah hampir nak sama besar dengan anak gajah. sangat pandai emak dan abah menjaga aku. sayang kamu ketat-ketat selamanya. kerana tanpa mak dan abah tak mungkin kakak akan lahir kedunia ini.
tak lupa kepada kawan-kawan, shabat handai dan saudara mara yang banyak memberi sokongan dan dorongan sepanjang aku hidup dimuka bumi ini. terima kasih atas segala perhatian dan nasihat.
last but not least, my future hubby. terima kasih atas segalanya..
P/S besday ku tarikhnya sama dengan bakal ibu mertua ^_______^