Dalam keadaan kita rasa kita tidak layak menerima nusrah Allah, tapi kita tetap menerimanya juga.Banyak nikmat luar biasa dari Allah yang kita kecapi walaupun kita rasa kita tidak layak menerimanya jika dibandingkan dengan sedikitnya amalan yang kita lakukan.
Contoh nikmat yang kita terima ;
- kenaikan pangkat
- kenuntungan dalam perniagaan
- kesihatan yang baik
- terselamat dari malapetaka
- anak-anak yang berjaya
- pasangan yang ideal (paling tidak pun yang 'ok')
Pernahkah kita tertanya-tanya kenapa Allah memberikan khusus kepada kita nikmat-nikmat tersebut sedangkan amalan dan pengorbanan yang kita lakukan untuk agama Allah ini amatlah sedikit dan tidak sentimpal dengan kurniaanNya? Inilah tarbiyah yang sangat penting buat kita sebagai hambaNya.
Dikongsikan bersama kata-kata indah yang disusun oleh Ibnu Athaillah buat mereka yang menghargai nikmat-nikmat luar biasa Allah ;
Jika Allah membuka pintu perkenalanNya denganmu, janganlah hiraukan mengapa ia terjadi walaupun kita merasa tidak layak kerana sedikitnya amalan kita. Allah membukanya buatmu kerana Dia sendiri ingin memperkenalkan diriNya kepadamu. Tidakkah engkau mengetahui bahawa perkenalan itu adalah anugerahNya kepadamu sedangkan amalanmu adalah sesuatu yang cuba kamu persembahkan kepadaNya. Maka lihatlah satu perbezaan yang sangat besar dengan apa yang kamu cuba persembahkan kepadaNya dan apa yang Allah kurniakan kepadamu?
perkongsian dari YDP Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Selangor