Jul 29, 2011

Kembali semula selepas beberapa kali jumaat dan salam ramadhan kareem

Assalamualaikum dan selamat hari jumaat buat semua. ye saya tahu, esok CUTI ^____^
setelah beberapa lama entri korang nak tahu tak itu, saya kembali semula pada hari jumaat ini bukan untuk berteka teki mahupun bergosip. cuma nak beritahu bahawasanya saya masih lagi bernafas dimuka bumi ini.

Alhamdulillah.

Sibuk sungguh sampai tak sempat nak update blog a.k.a rumah maya ni. rumah yang real pun tak sempat nak kemas lagikan pulak rumah yang tak serupa rumah ini kan. buat nampak tak nampak je. rumah real tu pun seminggu sekali baru nak mengemas. mingggu ni kawan nak datang, jadi bertuahlah rumah tu sebab sudah pasti tuannya akan touch up habis habisan tapi tak ada la sampai pasang lampu kelip-kelip. ok dah merapu.

sebenarnya aku baru saja kehilangan nenek atau kami panggil tok pada 15 Syaaban 1432 hari ahad jam 11.20 pagi. itulah satu-satunya grandparent yang aku ada, jadi sekarang aku dah jadi yatim piatu yg tak ber 'atuk' dan ber'nenek' sedih tahu? tok lah yang menjaga aku masa aku kecil2 dari sejak lahir sampai besar atau dengan perkataan lain, aku dibesarkan oleh tok selain dari  mak dan abah.  kenangan terakhir yang paling happening sekali ialah pada 10/10/2010 kami anak cucu dan cicit menyambut ulang tahun kelahiran tok yang ke-91.jadi taknak cerita pasal tok lagi sebab nanti jadi sedih T____T bila teringat kenangan dengan tok air mata akan turun tanpa segan silu dan yang pasti aidilfitri kali ini tidak semeriah dulu. al-fatihah. titik.

lagi beberapa hari saja kita bakal menyambut ramadhan. jadi apa persediaan kita untuk menempuh bulan penuh barakah ini? tiba-tiba saja aku jadi macam ustazah yang memberi tazkirah. sila abaikan. apa-apa pun, diharapkan ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. tahun lepas aku dapat khatam al-quran sekali saja. tahun ni harapnya lebih (mudah-mudahan). ini bukan riak, harap maklum. bukan senang nak dapat pahala berganda-ganda. dalam sebulan setahun saja. kalau tak rebut jugak peluang ni, amatlah rugi. mana tahu tahun depan kita dah tak berjumpa lagi dengan bulan berkat ini.

jadi dikesempatan ini saya Siti Fazhana binti Ariffin dan suami (dah ada suami ok) Muhamad Amir bin Hashim mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di dunia ini (bajet semua orang baca ucapan). semoga kita semua dilimpahkan rahmat dan kasih sayang dariNya, insyaallah..

sekian saja untuk kali ini.

terima kasih sudi baca ^^

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya