"haji, ni ada nasik goreng Pn. Najwa kirim.."
"Pn. Najwa kirim nasik goreng kat saya? ni yg saya sayang kat Pn. Najwa ni,tu yg susah saya nak cari yg lain..hehe.."
aku buat muka..
"tgk tu..yana dah tarik muka bila saya sebut pasal nak cari lain..dorg ni bukan nak sokong kita,kaum sendiri je yg faham...
"bukan tak nak sokong haji,kitorang ni kesian je kat kaum lelaki,takut tak mampu berlaku adil..tak ke sayang suami namanya tu?" aku menjawab..
"eleh..ye la tu.." haji pulak buat muka sambil sengih..
situasi tu berlaku di ofis pemuda masjid di masjid wilayah..
ada sorang sahabat pernah tanya,kalau suami aku mintak nak kahwin lagi satu..apa perasaan aku? hmm..susah jugak nak jawab sebab tak berada dalam situasi tu lagi..tapi from the bottom of my heart buat masa ni aku akan kata ya kalau nanti my future husband mintak nak kahwin lagi satu. sungguh. tapi...haa ada jugak tapi nya..ada beberapa syarat yang perlu di penuhi..antaranya wanita yang bakal menjadi madu aku tu mesti la janda kematian suami dan mempunyai anak-anak yang masih kecil..aku rela,insyaallah..ataupun wanita itu terlalu la sosial dan perlu diselamatkan agamanya,maka dengan itu aku juga akan izinkan. then kalau suami aku ada affair dengan wanita lain dan untuk mengelakkan maksiat berlaku jadi dengan itu aku akan benarkan dia berkahwin lagi dan seandainya keadaan diri aku yang tak mampu nak bagi zuriat (nauzubillah,mintak dijauhkan) aku dengan rela hati akan mengizinkan atau aku sendiri yang suruh dia kahwin..
kenapa wanita tak suka hidup bermadu? kalau dilihat dari perkataan madu tu,semua maklum yang madu tu rasanya manis..tak maniskah hidup bermadu? kalau tak manis kenapa guna perkataan bermadu,tak berhempedu? hmm...
tak semua wanita yang tak suka, ada je yang suka..tengok isteri abuya assyaari pengasas al-arqam tu,siap bukak kelab poligami lagi..tak ke dia suka tu?
sebenarnya orang perempuan ni dia akan cuba buat yang terbaik untuk suami dia, beri sepenuh perhatian dan kasih sayang tapi bila tiba-tiba si suami mintak nak tambah cawangan tak ke tersentap hatinya? tak ke dia rasa yang segala perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan selama ni sia-sia belaka? mesti la ada rasa kecewa..walaupun si suami kata "awak tetap yang paling saya sayang".. ada ke perempuan yang rasa nak percaya statement macam tu kan..
dan kaum lelaki ni pun tak semua jugak yang suka kahwin lebih dari satu ni..ada je lelaki yang jenis setia tahap tak ingat. tapi tak tau nak letak berapa dalam nisbah sejuta. kejam sungguh aku..ok la, mungkin satu dalam seribu..yang selebihnya tu mungkin jenis yang dah pasang angan-angan untuk tambah cawangan walaupun berstatus bujang! yang mengaku bujang even dah kahwin tu tak payah cakap la..memang bersepah-sepah, sampai naik menyampah..
walau apa jugak, yang berlaku tetap berlaku..seandainya suami berkahwin lagi,maka dengan itu si isteri perlu redha. kena tengok semua tu dari sudut yang positif. mungkin dengan ketiadaan suami (giliran isteri kedua) isteri boleh mendekatkan lagi diri dengan pencipta Yang Maha Esa. seandainya segala yang berlaku tu difikirkan baik oleh kita, maka yang baik-baiklah yang akan terjadi..kalau yang buruk-buruk je yang ada dalam minda, jadi yang tak baik la akan berlaku. itu lah kuasa minda.
ada je antara kawan-kawan aku yang ada dua mak tapi hidup aman harmoni dan bahagia je sentiasa. boleh je berkumpul ramai-ramai duduk sekali tengok tv bergelak ketawa sama-sama. antara kedua-dua isteri tu boleh je bertolak ansur bekerjasama. anak-anak pun takde yang bermasam muka berdengki ke apa. kalau bergaduh tu biasa la, nama pun saudara..dari situ kita boleh nampak betapa hebatnya peranan yang dibawa oleh suami dan kedua-dua isteri..walaupun menurut kawan aku tu,sebelum nak jadi macam tu macam-macam perkara pahit kelat masam payau yang dah jadi tapi semua mereka melihat dari sudut positif. ada hikmah disebalik semua tu. pasti. dan akhirnya bahagia bersama-sama..
kes keluarga berpecah-belah bila suami kahwin lagi tu perkara biasa..ada kes kawan aku ni,mak dia sendiri yang ajar anak-anak bersikap biadap. dok cerita kat anak-anak yang isteri kedua ayah diorang tu jahat la,macam-macam lagi yang tak perlu disebut di sini. padahal isteri kedua tu sangat la baik, sanggup berkorban macam-macam sebab dia sedar yang dia dah ambil hak orang. bila jiran-jiran tanya pada anak dia yang umur 4 tahun,mana abah? anak dia yang kecik tu akan jawab, "abah pegi umah betina sial.." baik ke mak yang ajar benda-benda macam tu kat anak dia? memang ye dia rasa marah sebab suami dia kahwin lain tapi tak sepatutnya dia ajar anak-anak untuk benci si ayah dan mak tiri budak-budak tu..tak patut..sepatutnya dia ajar anak untuk terima apa yang dah berlaku. tapi kalau dah mak sendiri takleh nak terima, ajar pulak anak macam tu..haru biru la jadinya..haila..
apa yang berlaku dah memang telah tersurat sejak azali. telah tercatat di Lauh Mahfuz. siapa kita nak mempertikaikan kuasa Allah? andai kita bersedih, menangis, meratap, meraung bagai nak gila, apakah suami kita akan menceraikan isteri keduanya(ketiga @ keempat) dan hidup kita akan bahagia seperti keadaan sebelumnya? pastinya tidak..jadi persediaan dari segi mental dan fizikal harus dikukuhkan sejak dari belum berkahwin lagi kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku lewat hidup kita. kita tak pernah tahu apakah ujian dan dugaan yang bakal Allah berikan di masa-masa depan kita. apakah perkahwinan kita akan kekal atau tidak,ataupun kita bakal hidup dengan berkongsikan kasih dengan wanita lain.
mungkin pada awalnya agak sukar untuk wanita terima dan payah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dimana ada wanita lain dalam kasih suaminya, tapi tak salah kalau kita berusaha untuk ke arah yang lebih baik demi sebuah rumahtangga yang harmoni dan bahagia seterusnya diberkati Allah hendaknya..setiap kesabaran itu pasti akan ada ganjaran yang baik dari Nya. perjuangan perlu diteruskan..
jangan pulak dengan pendapat aku kat atas tu, ada kaum wanita anti dengan aku. poligami tu tak salah, aku tak menolak tapi dalam masa yang sama tak juga menyokong. biasa la wanita, susah nak berkongsi kasih..cumanya sebagai persediaan diri ini andai satu hari ditakdirkan bertemu jodoh dan kemudiannya si suami pula tergatal pulak nak kahwin lagi maka aku dah siap sedia dari segi mental dan fizikal. insyaallah..
kesimpulanya, walau apa yang berlaku dalam hidup kita kehidupan perlu diteruskan. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya, Dia tak jadikan sesuatu perkara dengan sia-sia..kita sebagai hamba perlu sentiasa tabah dan redha atas ujian dan dugaan yang menimpa dan bakal menjelma..dan ingatlah,Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.(al-baqarah:286)
titik.
~yana feehily@bss~
~25 ramadhan 1430h~