Dec 29, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

malam tadi tengok movie ketika cinta bertasbih.. best la cerita ni..memang korang patut tengok. novelnya aku tak penah baca lagi sebab ingatkan tak best.. tapi yang tak bestnya aku baru tengok ketika cinta bertasbih 1, yang versi keduanye tak dapat lagi..tak sabar sungguh nak tengok.. dalam filem ni, penulis novel-habiburrahman pun berlakon sekali. filem pertama indonesia yang buat pengambaran kat kaherah. aku pun tak tau mula-mula, hadi yang bagitau..kira puas hati la tengok movie ni kalu nak bandingkan dengan ayat-ayat cinta..memang hampeh movienya. kalau baca novel, boleh bandingkan la antara keduanya..memang lari habis. rasanya malam ni nak tengok lagi sekali sebab nak bagi faham sikit. almaklum la takde alih bahasa. mana la faham sangat bahasa indonesia ni. so kepada sesapa yang tak tengok lagi, tengok la..ada satu bab yang aku suka sangat time furqan dan family dia datang merisik ana althafunnisa. masa tu anna tetapkan syarat yang furqan tak boleh bernikah dengan orang lain selagi dia masih mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. sebab katanya, dia teringin nak jadi macam saidatina khadijah, yang tak pernah hidup bermadu. tu tak bermakna dia menolak poligami. seandainya dia dah tak mampu nak jalankan tanggungjawab, maka silakan suaminya berkahwin lagi..huh.. kesimpulannya best la cerita ni bagi aku..patut la member aku kata sampai nangis2 maca novelnya. so lepas ni aku kena la baca novel pulak..malas nak baca e-novel. naik berpinar mata aku. mau juling dibuatnya.
video

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya