assalamualaikum semua. di pagi hari jumaat yang berkat ini, saya mencuba nasib masuk segmen ini. sila klik header di atas kalau nak join sekaki atau dua kaki.
macam mana boleh jumpa blok Ady Budika ni? haa kalau kita rajin skodeng blog orang maka akan terjumpa la macam-macam orang. disebabkan kerajinan aku tahap melampau hari ini-berjalan dari satu blog ke satu blog maka dengan ini terjumpa blog ady budika. begitulah cerita disebalik bagaimana boleh terserempak. jadi terus follow untuk menambah koleksi kawan-kawan ^^
terima kasih adi budika kerana berbudi menganjurkan GA ini. ini adalah peluang untuk kita berkenal-kenalan di dunia blogger disamping berfoya-foya secara baik lagi manis. ahaks..
ok tak bagi salam lagi. Assalamualaikum semua. semoga ceria-ceria selalu hendaknya di samping keluarga, kawan, dan juga haiwan peliharaan tersayang masing-masing.
ya mari kita berjuang bersama-sama. berjuang untuk kemerdekaan negara kita. yeahh..erk negara kita sudah merdeka, jadi nak berjuang pekenamanya lagi. heh! please ok..belum merdeka lagi selagi kepala otak pemikiran kita masih lagi dijajah. wujud lagi budaya omputeh kan dalam negara kita ni. kalau ikut yang baik saja tak apa la. ini yang tak baik semua nak diikutnya. semuanya macam berpakat saja macam nak boikot perkara baik dan terus menyokong budaya tak senonoh. haih merapu apa ni.
ok korang mesti tahu kan apa maksudnya. itu memang topik yang perlu dan SANGAT perlu kita perbincangkan dan perhatikan demi membina sebuah negara yang aman makmur ehsan takzim iman naim dan rizuan jgk (start merapu)* p/s-rizuan tu bukan nama suami kawan aku. tapi aku bukanlah orang yang pandai sangat nk memperdebatkan soal ini tapi aku suka ambik kisah saja.
jadi sebenarnya entri kali ini hanyalah nak berkongsi lirik lagu bro maher zain kite tu. lagu ni dia nyanyi masa maher zain live in concert di stadium shah alam hari tu. aku tak pergi pun concert dia tu konon-konon macam malas la nak pergi sebab dah puas tengok muka dia 10 hari dan aku letih sebab bekerja keras masa concert first dia dulu aku kena uruskan pasal tiket, tu tak termasuk bergaduh dengan orang yang nak tiket bila tiket dah habis. cakap panjang-panjang pun tak guna padahal aku tak dapat tiket free masa tu. hahhaa..kalau dapat aku pergi jugak. tak kuasa mak nak beli nyah.
lagu ni best la kot. tak tahu la korang macam mana. lagu bertajuk freedom. untuk palestine pun boleh dan untuk negara kita pun boleh. taknak cakap lebih-lebih kang tak pasal-pasal blog aku jadi sasaran C4 pulak. opsss.. jom layan..sama-sama hayati liriknya. p/s-hayati bukan nama kawan aku ataupun nama kawan korang.
best tak korang? tak best tak payah dengar.ok bye.
p/s - lagu ni membangkitkan semangat saya. anda pula bagaimana?