Apr 28, 2010

~Al-Fatihah~

salam untuk semua..entri kali ini bukanlah sambungan dari kisah "apa kesudahannya".

kisah pertama:
pemergian seorang sahabat sekolej (jaiputra) ke rahmatullah..saudari masrurah dari singapura..masih terbayang lagi senyuman dari bibirnya yang nipis. kulitnya yang putih gebu dan mulus memikat mata untuk memandang. walaupun diantara kami tidak serapat mana, tapi masih ada kenangan yang mampu dikenang.

almarhumah meninggal disebabkan masalah pernafasan. pergi meninggalkan seorang anak dan suami yang mana suaminya juga merupakan pelajar di kolej jaiputra. pemergian yang sangat mengejutkan. moga almarhumah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman..al-fatihah..



kisah kedua:
kisah mengenai seorang pelajar yang mati ditembak polis durjana di kepala. entah kenapa, air mata tak dapat dibendung tatkala membaca kisahnya. almarhum adik aminulrasyid amzah, 15 tahun ditembak mati oleh sepasukan polis di Seksyen 11 Shah Alam. Apa yang dikesalkan, kenyataan awal dibuat memberi gambaran seolah-olah almarhum aminulrasyid seorang penjenayah dengan dakwaan kononnya terdapat sebilah parang didalam kereta tersebut.

patutkah kata-kata amarah terhadap polis dihamburkan disini? biarkan dalam hati saja. walau apa pun, selepas ini saya akan bertambah anti kepada polis! polis yang JAHAT. cukup dengan perkataan jahat itu saja. anda boleh menilai dengan menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah hanya kepada manusia, tidak kepada haiwan. apakah perlu untuk menembak dan membunuh, hanya disebabkan oleh sebilah parang yang terdapat dalam kereta??

apa yang saya lihat disini, polis-polis di malaysia adalah sangat terkutuk. melakukan sesuatu sesuka hati umpama binatang. walaupun mungkin diluar sana, terdapat polis yang baik, tapi saya tak peduli. bagi saya, polis adalah sangat tidak baik walaupun ada ahli keluarga saya yang terlibat dalam bidang ini. terpulang kepada anda untuk mentafsir sifat saya. ini adalah pendirian saya.

ingin ditegaskan sekali lagi bahawa saya sangat benci dengan perbuatan terkutuk ini dan mendoakan agar balasan dari Allah segera datang. Allahuakbar!!

al-fatihah untuk almarhum aminulrasyid.



sesungguhnya hidup dan mati kita telah Allah takdirkan sejak dari azali dan tidak akan berubah sama sekali. maut menjemput, tak kira dimasa muda atau tua. yang nyata apabila panggilan itu sudah sampai, maka kita harus kembali kepada sang pencipta. daripada Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. moga kita pergi dalam keadaan bersedia dengan amalan yang secukupnya untuk bekalan ke sana..Amin

Apr 20, 2010

apa kesudahannya?

salam..

hati bertambah bingung? mana ada..

apa ye nak dikongsikan kat sini? sebenarnya macam-macam yang nak diluahkan. masa kat kampung lagi, aku dah mereka-reka ayat macam mana nak taip disini. macam-macam yang berlaku kat kampung. asal niatnya nak balik kampung tiga hari saja, tapi terus jadi seminggu. bila dah balik, macam-macam hal yang jadi.

ok, mula dengan hari pertama..

sampai di sungai petani pukul 5 pagi, hari jumaat dan abah tak dapat ambik. disebabkan aku berdua dengan salina (sepupu) jadi kami tekad untuk naik kereta sapu. yalah, takkan nak tunggu disitu sampai pukul 9 pagi sebab bas mula ke sik mula gerak waktu tu sebab hari jumaat. jadi berlaku tawar menawar dan akhirnya pakcik tu setuju dengan harga RM35. murah dah tu.

sampai dirumah tepat-tepat time orang azan subuh. alhamdulillah selamat sampai. mak dan abah terkejut tengok kitorang dah terpacak kat depan rumah. "balik sini naik apa?" tanya abah. mak pun tanya soalan yang sama. abah tanya berapa ringgit orang tu ambik? RM35 tu abah kata murah sangat dah. mana orang tu tak ambik murah, dia sangka aku ni student. padahal yang studentnya si salina tu saja. hehe..nasib la kan, maklum la aku still nampak macam pelajar meski umur dah 26 tahun. tu tandanya aku ni awet muda..chewahh..

tengah hari, mak abah ke rumah kak ta kat kuala nerang dan aku terus ke jitra (rumah sarah) dalam pukul 3 sampai kat sana. masa dalam perjalanan tu, elok saja aku sampai kat plaza tol, si nasir tu mesej tanya dok buat apa. jadi aku pun terus bagitau perancangan nak jumpa. terkejut dia bila dapat tau aku dah ada kat tanah hijau kuning ni. dia telefon dan aku pulak terpaksa berhenti kat tepi jalan untuk jawab call dia (tak sukalah!). bila aku bagitau aku nak jumpa kawan, dia pun dengan selamba bagi cadangan nak jumpa time aku balik nanti, sebab dia tau aku sorang-sorang saja pegi jitra. hampeh! ingat aku setuju?

sampai kat rumah sarah, salam dengan umi dia then aku solat. lepas tu makan. sarah masak keli sambal. umi dia masak gulai nangka. nyum nyum, sedapnya. lepas makan bergerak ke sekolah menengah kebangsaan mergong, sekolah tempat praktikal sarah dan wan. wan tinggal di asrama sebab selain cikgu praktikal, dia juga dilantik sebagai warden. ahaks..

kat situ, aku cerita pasal nasir nak jumpa, depa pulak suruh nasir datang jugak. aku pun mesej la dia tu. dia pun cakap ok. jadi kitorang terus pegi ke medan selera dekat-dekat dengan insaniah sana. bila dah dekat insaniah, aku teringat yam pulak. yam study kat situ kan..terus telefon yam dan yam bagitau dia takda transport nak datang kat aku. aku pun kata takpa, nanti kak ngah p ambik yam.

masa tu dah lewat petang pun. sarah dan wan pujuk aku jangan balik. aku call abah tnya dah balik ke belum. abah pun belum balik lagi jugak. sarah dan wan siap pujuk abah aku jugak nak suruh aku tidur kat situ. abah takda hal. jadi, aku pun tak jadi balik rumah hari tu dan buat keputusan untuk bermalam di alor setar saja.

nasir pulak sampai dalam pukul 7 macam tu. orangnya biasa saja. kecil2 comel gitu. ok la. tapi aku tak tau nak bersembang apa sebab hati ni tak berapa suka kot..wan yang banyak tanya. elok je azan maghrib, nasir mintak diri. masa tu hujan dah lebat dan kami terpaksa berlari-lari ke kereta. solat maghrib dia bilik wan dan lepas tu terus ke rumah yam pulak.

nak cari rumah yam pun satu hal. maklum sajalah malam..tak perasan sangat jalan yang mana, lorong yang mana. sambil drive, sambil bercakap dengan yam di telefon. sarah dan wan tukang tengok signboard. akhirnya, jumpa jugak. alhamdulillah...yam sambut kami dengan senyuman dan kami bawakan sate sebagai balasan.

sekejap sangat bersembang dengan yam. tak puas pulak. malam makin lewat. aku pun terpaksa kidnap yam untuk malam ni, macam wan dan sarah kidnap aku. yam setuju untuk ikut aku bermalam kat rumah sarah. yeyy..sebelum tu telefon anis, kononnya nak kidnap dia jugalah tapi malangnya dia sakit perut pulak. berempat saja la nampaknya.
aku dan yam bersembang sampai pukul tiga pagi. wan dah sampai ke mesir rasanya, melawat piramid disana. tak lama lepas tu sarah pun ikut serta. lepas pkl 3, aku dengan yam pulak ikut rombongan ke mesir dengan penerbangan terakhir...zzzz..selamat malam (walaupun dah pagi sebenarnya)

panjang pulak cerita ni. ni baru satu hari satu malam. larat ke nak menaip? taip sikit-sikit sajalah. esok cerita untuk hari kedua pulak. bersambunglah nampaknya. sekian untuk hari ini. jumpa lagi esok kalau dipanjangkan umur. babai....

Apr 5, 2010

~kebingungan~

huh..penat fikir la sekarang ni. macam-macam hal..umur 26, orang sekeliling sibuk tanya bila nak kahwin? awat, depa ingat kahwin pakai ayaq liuq ka? huhu..

aku ni duit sikit pun takdak untuk nak kahwin, memang tak simpan pun untuk tu. sebabnya? sebab memang tak budget nak kahwin pun dalam masa terdekat ni. aduhh!

mak sibuk cari calon. nampaknya mak memang pegang kata-kata aku dulu;

"ok la mak, macam ni..kalau sampai umur 25 kakak still takda calon lagi, mak saja la tolong carikan kat kakak ye..deal.."

hah, ambik sekali. mak cari sungguh...aduhai mak..

jadi, untuk tak menghampakan mak, aku turutkan jugak kehendak dia untuk berkenalan dengan si "dia".

asal: kedah.
umur : 30++ (tua kan?).
kerja : sendiri
paras rupa : tak hensem (hahahahaa)
budi pekerti : orang sekeliling cakap baik (entahlah)
adik beradik : 4 orang (bongsu)

bonus point : pernah belajar di sekolah agama

cukup sampai disitu sahaja. lebih-lebih nanti lain pulak jadinya..

hmmm..hensem atau tak tu bukan persoalannya. yang penting agamanya. agama dia memang ok walaupun bukan tahap ustaz-ustaz. kalau solat 5 waktu tu terjaga, kira alhamdulillah la kan.

masalahnya di sini adalah persoalan hati. kenapa ya susah sangat nak buka hati ni untuk terima. kalau diikutkan, "dia" lengkap semuanya (tidak termasuk kacak..ahaks). mak dan abah sangat setuju. "dia" memang berniat nak mendirikan masjid. taknak bercintan-cintun. semua tu lepas kawen saja. alahai..hati..

mesti orang akan kata, aku ni memilih sangat kan? tapi bukankah kita sebagai perempuan berhak untuk memilih juga? aduh fazhana, kalau calonnya dah sesuai, terima saja. bukankah nabi pernah memesan..andai calon yang baik datang meminang, jangan ditolak tanpa sebab sebab nanti tak akan ada yang baik lagi datang berkunjung (ayat sendiri nih).

walau apa pun, aku tak tolak lagi tau. masih dalam proses berkenal-kenalan. insyaallah lepas jumpa nanti sekali, akan buat keputusan sama ada untuk terima atau tak. payah!

mak asyik-asyik tanya saja. bila aku cerita pasal "dia" mak bukan main suka lagi. jadi aku selalu ingatkan mak, jangan mengharap lebih-lebih. kakak kawan-kawan saja, tak tentu nak terima lagi.

sebenarnya banyak lagi benda yang aku tak capai lagi. baru saja nak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. bila aku cakap kat "dia" macam ni, "dia" kata; "takpa, saya tak kisah. nanti saya ajar awak cara-cara nak berniaga". pulak dah.

jadi, aku tak ada alasan lagi..

Apr 2, 2010

Rasa Bertuhan

RASA BERTUHAN - MAWADDAH

Kalau manusia mengenali Tuhannya
Hancur luluh hatinya lembutlah jiwanya
Tak sempat mengingati perkara yang lain
Hati n jiwanya semata-mata terpaku
Dengan Tuhannya

Jika manusia mengenali kehebatan
Keagungan Tuhannya kecutlah perutnya
Kalau manusia sentiasa sedar pendengaran
Penglihatan dan pengetahuannya

% Chorus
Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia itu tawaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya.....2x

Jika manusia rasa bertuhan hidup di hatinya
Matilah angan-angan
Takut pun datang menerpa dihatinya
Manusia akan sibuk dengan dirinya
Tak sempat memikirkan diri orang lain
Takut dan bimbang
Tak sempat mengumpat

Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati
Perasaan berTuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabnya

Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya
Hatinya sangat sibuk dengan Tuhannya
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya

Tuhan tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia itu tawaduk merendah diri
Di bumi Tuhannya.....

Aduh! kalau Tuhan sentiasa dihati
Perasaan berTuhan mencengkam dihati
Mengenang pula nikmat
Nikmat Tuhan yang banyak
Bertambah perasaan cinta dan takut
Cinta kerana nikmat dan kasih sayangnya
Takut kalau nikmat ditarik semula
Kalau terbuat dosa akan diazabNya...

credit to wanja..best nasyid ni..hayati lirik dan sama-sama muhasabah diri..

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya