Sep 29, 2009

::cerita hari raya::

salam..

alhamdulillah hari ni telah mula bertugas seperti biasa setelah hampir sebelas hari berada di kampung..berat rasa nak tinggalkan kampung halaman, tapi apakan daya..kerja tetap kerja..

sambutan eidulfitri biasa-biasa je,sederhana seperti yg dituntut agama..tahun ni tak buat kuih raya langsung-langsung, beli je..tu pun tak banyak..makan je apa yang ada..hari raya pertama masak bihun sup,laris..alhamdulillah habis semuanya..lemang je tak laku sbb dah ada bihun sup..haila..

disebabkan kesemua anak-anak tok tak balik beraya, jadi penat la aku nak kena buat semua kerja..aduii..nasib baik ada adik ipar n sepupu..ringan la sikit beban tu..tapi happy sebab ramai yang datang ziarah..seperti biasa kawan-kawan kampung yang tak pernah tak datang tiap2 tahun iaitu akmal n adik2 n k.ani..thanks 4 coming..

~girlz corner~

~boyz site~

hari raya kedua tak kemana-mana..duduk je kat rumah layan tetamu yang datang..malamnya dorang keluar pegi Radix Fried Chicken (RFC) tapi aku malas nak ikut, penat..dorang tu konon nak makan kat sana, skali tak boleh daa sebab dah nak tutup..bawak balik makan kat rumah la..ngeh3..nasib baik aku tak ikut..

hari raya ketiga, tok mula tak sihat..cakap pun dah lain macam..solat pun entah kemana, risau sungguh aku..bukan aku je, semua-semua yang kat rumah tu pun..bila dah nmpk bertambah teruk, mak pun call kakak-kakak n abang-abang dia..so semuanya blk kampung malam tu jugak, finally berkumpul jugak semua orang seperti tahun-tahun sebelum ni..dan tok pun makin sihat..rasanya tok terlampau fikirkan anak-anak dia tak balik beraya dgn dia, sbb tu jadi tak sihat sampai macam tu..kesian tok..so sekarang tok kat PJ, kat rumah makcik..hope tok sihat la sekarang..

hari raya keempat, jumpa dengan geng masa sekolah teknik..nieza,chaq wa n nie-own..dapat jugak jumpa setelah bertahun lamanya tak bersua..anak chaq wa pun dah setahun lebih umurnya..terkejut beruk (nasib baik tak jd beruk) chaq wa bila kami bertiga sampai kat rumah dia..dia kata tak penah pun kawan-kawan dia datang beraya sebelum ni, aduhh..sedih btl..insyaallah tahun depan panjang umur kami dtg lagi ye chaq wa..mana la tau,tahun depan ada antara kami bertiga datang bawak suami pulak..ahakk..siapa?? wallahu'alam
~chaqwa,nana,nie-own n nieza~

hari raya kelima aku n k.ani pegi beraya rumah cikgu sekolah rendah dulu..cikgu bibah takde kat rumah la pulak, so terus pegi rumah cikgo mohd noor n cikgu azizah..alhamdulillah dapat jugak jumpa, sebelum-sebelum ni kalau pegi je mesti dorang takde kat rumah..

hari raya keenam, pak ndak n pak teh sekeluarga bertolak balik ke KL..kesunyian mula mencengkam...

hari raya ketujuh anak-anak pak ndak (anak-anak dengan bekas isteri pertama) balik nak ziarah tok..5 beradik..rumah happening lagi..petang tu aku,k.rah,k.syam n k.sanah serta si kecik syafeera pegi pekan rabu kat alor setar..saje jalan-jalan dan beli-beli ape yang patut..
~dalam kete nak pegi pekan rabu~

~syafeera n her ummi~

~syafeera with her both mak ngah~

~mak lang yang ganaz~

~syafeera memalu lepas dapat duit raya..ecehh~

hari raya kelapan pegi bukit mertajam, rumah sepupu..anak-anak pak ndak tido kat situ sebab esoknya k.sham ada kes kat penang court..so yang balik rumah my family n i je termaksuk mak njang..makcik n family terus gerak balik KL dari BM, tok pun sekali..so rumah pun sunyi..
~sebelum ke bukit mertajam;with my luvly tok~

~my mum with her cucu's;adiena & shafeera~

hari raya kesembilan, pegi hantar mak njang kat rumah anak dia di kuala nerang..malam sebelum naik bas sempat singgah rumah paksu (adik abah)..tengok2 maksu dah bersalin..alahai..comel sepupu aku tu..pukul 10.30 pm terus bergerak ke stesen bas..bas yang dijadualkan pukul 11 pm tapi datangnya 11.30 pm..sian mak n abah tunggu,adik wajdi dah tido pun dalam kete..kat ruma bertambah-tambah sunyi la nampaknya..sian mak n abah..minggu depan adik fakrul dah nak balik Medan, bertambah-tambah lagi kesunyiaan..tapi takpe, minggu depan mak abah dah mula keje..so tak la sunyi..

hari raya kesepuluh aku telah pun berada di ofis ampang..huhuhu..tak bestnya rasa, tak puas duduk kat rumah..tu yang aku malas duduk lama-lama kat kampung..bukan ape, nnt time nak blk sini jadi satu macam perasaan..mula la rasa macam nak berenti keje la..hahhaa..ntah pape kan? lantak la..

tu je la kisah aku dia hari raya tahun ni..ampun maaf dipinta buat semua..moga eidulfitri kali ini telah memberikan seribu rahmat dan pengertian kepada kita semua..

adios..






Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya