Aug 8, 2011

Berhati-hati di Jalan Raya

Selamat Hari Isnin untuk semua..Assalamualaikum..semoga sihat dan ceria selalu.

Pagi-pagi tadi dapat mesej dari Yam pasal sepupu dia Khalidah, suami dan anak mereka kemalangan. Adik-adik Khalidah pun ada sekali. Ya Allah, besar sungguh ujian dan dugaanMu kepada mereka. Rasa macam baru saja aku pergi walimah Khalidah dan rasa macam baru saja lagi Yam bagitau Khalidah bersalin dapat anak perempuan dan sekarang dikejutkan pulak dengan berita sedih ini. Khalidah dan baby di hospital terengganu, suami dia still di Hospital Tanah Merah sebab keadaab yang masih teruk. Ya Allah, Kau selamatkanlah mereka.

Bila dengar pasal kemalangan ni rasa takut semacam. Memang setiap kali nak pergi mana-mana, doa yang selalu aku mintak jangan la eksiden dan aku taknak mati dijalan raya. biarlah mati dalam keadaan sempurna. Amin..

Sebenarnya ketakutan ini mengikut aku kemana saja tambah-tambah sekarang ni berulang alik ke tempat kerja dengan motor. Agak jauh perjalanan tu tapi terpaksalah sebab tak tahan dengan keadaan jalan yang sesak waktu pergi dan balik kerja. Dalam perjalanan tu macam-macam doa aku baca kot, berzikir je sepanjang masa. Bukan la nak kata aku ni warak ke alim ke tapi itulah hakikatnya. takut weh..

Lepas sampai kat ofis aku, suami pulak meneruskan perjalanan ke ofis beliau. masa tu ketakutan terus menghambat aku pulak. mana taknya, suami bawak motor sorang-sorang, aku kat ofis dok fikir dia selamat sampai ke tidak. terus berdoa lagi. oh~

Jangan kata, oh dah kahwin ni risau la kat suami kan? Bukan kat suami saja, tapi kat mak abah dan adik beradik lain juga. Aku jadi sangat risau bila mak abah keluar kemana-mana dan aku duduk kat rumah. Masa tu memang sangat risau dok fikir mana la mak abah tak balik-balik lagi. Masa tu macam biasalah kompom doa tak henti-henti siap call lagi tanya kat mana. bila diorang sampai je kat rumah dan aku nampka dengan mata kepala aku, masa tu tak tahu nak cakap betapa leganya hati ini. bersyukur yang amat sebab mak abah selamat sampai kat rumah.

Teringat dulu-dulu masa aku tak ada lesen tapi aku dah boleh bawak kereta (jangan tiru aku). Satu hari sepupu aku nak balik ke asrama dia kat pokok sena nun dengan menumpang kawan dia. Jadi sesiapa yang ada lesen tu bertanggungjawab untuk hantar sepupu aku ke rumah kawan dia yang jaraknya lebih kurang 30km kot. Time tu abang sulong saja yang ada lesen tapi dia buat-buat tidur konon macam mengantuk sangat, kejut-kejut tak reti nak bangun. Sepupu aku dan mengelabah sebab kawan dia asyik call je tanya kat mana, abang aku pulak memang dah mati kot masa tu. memang geram sangat. Masa tu tok ada lagi T____T. Last-last tok kata, kakak la p hantaq. aku? sepupu aku pulak menyokong cadangan tok dan tak ada siapa yang bangkang.

Jadinya aku pun start enjin, tapi sebelum sepupu aku naik aku cakap kat dia jangan naik lagi, aku baru nak testing saja. undur je kereta aku bajet macam sukses so aku pun suruh dia naik. adik aku yang bongsu pun nak ikut jugak, almaklum kakak dia firsttime bawak kereta jadi dia terlebih seronok la pula. Lepas tu dengan tak bawak sebarang dokumen pengenalan diri hatta duit sesen pun kami berangkat dengan bertawakal kepada Allah. Cuak juga tapi tiba-tiba rasa macam bangga pun ada sebab aku jadi penyelamat keadaan (sila muntah).

Apa jadi masa dalam perjalanan? Selamatkah kami? haa ofkos la selamat, kalau tak takkan wujud blog ni. Alhamdulillah selamat pergi dan kembali. Yang lebih mengharukan T_____T bila sampai saja kat rumah, tok terus cakap Alhamdulillah cucu tok selamat sampai, meh sini tok nak cium sekali. Tadi tok buat solat hajat mintak Allah selamatkan cucu-cucu tok. Sedih sangat bila teringat hal ni. Masa cerita kisah ni kat suami pun air mata dok bergenang. Sekarang ni memang agak sensitif bila terkenang kisah dengan tok.

Ngeri sungguh bila tengok berita pasal kemalangan tambah-tambah yang meninggal. 3 tahun lepas ada seorang kawan di uitm dulu meninggal masa otw balik beraya. Tak lama lagi kita bakal menyambut hari raya jadi diingatkan bersama agar berhati-hati dijalan raya. Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan dapat bersama meraikan hari kemenangan (awal sangat kot cakap pasal raya~lempang laju-laju). Ingatlah orang tersayang. ini bukan iklan.

Jadi setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini. Moga berjumpa lagi dilain masa.

p/s - Moga Allah pelihara kita dari segala mala bencana. amin

terima kasih sudi baca ^^

5 respons:

atIEsAyAnGkAmU said... [Reply to comment]

salam...
moga nana n amir selamat sampai pegi dan balik keje yea...

take care always...!!

yana-feehily said... [Reply to comment]

hihihi..tq atie.. ^^

yana-feehily said... [Reply to comment]

hihihi..tq atie.. ^^

yana-feehily said... [Reply to comment]

hihihi..tq atie.. ^^

Jue said... [Reply to comment]

betul 2...eeeeeeeee seram la now..kemalangan sana sini...ohhh mintak ALLAH SWT jauhkan la dari jue..huk3333333


*moga kte selalu berhati2 dijalan raya...

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya