Apr 13, 2012

Kau Pergi Jua...Mohamed Amirul Eshan dalam kenangan ~ 31 Mei 2011 - 4 April 2012

Assalamualaikum..

Dari Allah kita datang, kepada Allah jualah kita kembali..

Pertama kali keluarga kami diuji dengan pemergian seorang bayi berusia 10 bulan. Ya Allah tabahkanlah hati kami terutama ibu dan ayah Eshan dalam menghadapi dugaan ini.

Eshan lahir 31 Mei 2012 dengan dengan berat lebih 3kg. Alhamdulillah cukup sihat dan matang tanpa sebarang komplikasi. Disambut dengan gembira kerana Eshan anak sulung dan merupakan cucu lelaki pertama keluarga Pak Ndak. Eshan lahir 3 hari sebelum majlis pernikahan aku.



Eshan membesar dengan baik dan sihat. Demam-demam tu biasa la kan, untuk menguatkan antibodi dia. Tak ada sebarang masalah yang teruk. Makin hari berat badan makin naik sampai tak larat orang nak dukung :) Pipi dia yang tembam menarik minat dan perhatian semua orang. Eshan cepat belajar dan sangat aktif. Acah sikit ketawa mengekek. Sangat manja dengan tok wan dia. Kalau dah duduk dengan tok wan, kat ibu sendiri pun dia tak nak.



9 Mac 2012, Eshan demam. Ibu dan ayah tak bawa Eshan ke klinik sebab ingatkan demam biasa. Hampir seminggu demam berlarutan, sampai satu masa Eshan dah tak beri sebarang respon. Terus dibawa ke hospital dan disyaki terkena jangkitan penyakit kaki tangan dan mulut. Sedihnya tengok Eshan yang lasak dan aktif terbaring tak berdaya. Waktu tu bila panggil nama dia, dia hanya gerakkan mata saja.



Doktor mintak nak ambil air tulang belakang, tapi ayah Eshan tak sanggup nak tengok anak dia jadi bahan uji kaji. Tak sanggup nak biarkan Eshan kesakitan. Awalnya doktor maklumkan yang darah putih Eshan berlebihan, tetapi doktor tukar statement yang Eshan terkena jangkitan kuman. Akhirnya Eshan keluar dari hospital dan cuba berubat secara tradisional.

Selepas keluar dari hospital, Eshan masih tak boleh bergerak. Bawa ke tukang urut dan tukang urut beritahu yang sendi Eshan lari. Kesiannya Eshan menanggung derita masa tukang urut betulkan sendi. Menangis tak berhenti. Tapi keadaan Eshan masih juga sama. Masih tak aktif seperti sebelum ini.

31 Mac 2012, aku buat kenduri kesyukuran. Aku tanya keadaan Eshan dan Mak Uda dia kata dah semakin ok. Ibu ayah Eshan tak dapat datang sebab keadaan Eshan masih tidak mengizinkan dia untuk dibawa berjumpa dengan orang ramai. 1 April 2012, saudara mara yang duduk di PJ berkumpul dirumah tok wan Eshan. Masa tu Eshan ada sekali. Terbaring lesu. Bila orang panggil nama dia, dia menangis. Entah apa yang Eshan nak beritahu pada semua orang masa tu. Mungkin nak beritahu betapa dia menanggung kesakitan dan dia dah tak lama lagi kat dunia ni. Allahu akbar..

4 April 2012 lebih kurang jam 1 pagi Eshan dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas. Doktor tebuk paru-paru untuk mudahkan Eshan bernafas. Limpa dan paru-paru Eshan dah membengkak, terus menolak ke jantung menyebabkan kesukaran bernafas. Masa Eshan tengah nazak, ibu dah berdoa dan redha sekiranya Eshan diambil balik oleh Allah. Masa tu doktor sahkan Eshan mengidap Leukimia atau kanser darah. Puncanya Allah saja yang mengetahui.

Aku dapat panggilan jam 6 pagi dari Mak Uda Eshan, maklumkan yang Eshan dah meninggal. Allahu rabbi, sedihnya hati tak terucap bila mengenangkan ibu Eshan yang mengandungkan Eshan, melihat Eshan membesar dan tiba-tiba nikmat itu diambil balik oleh yang lebih berhak. Pilu dan sayu. Masa tu aku terus sms Kak Sham ucap takziah dan memberi kata-kata semangat. Insyaallah dia kuat kerana Allah memilih dia untuk menerima dugaan dan ujian begitu.

10.00 pagi aku, suami dan adik dah terpacak di tanah perkuburan kota damansara tempat bersemadinya jasad Eshan. Tak sempat nak terus ke PJ dengan keadaan jalan yang jem sebab hari bekerja. Hampir jam 11 pagi, jenazah Eshan sampai. Episod duka bermula waktu ini. Waktu bersalam dengan Mak Ndak, air mata tak tertahan lagi bila Mak Ndak menangis waktu mendakap aku. Air mata terus mangalir bila aku peluk Pak Ndak. Bertambah-tambah sedih bila nampak muka Eshan waktu nak letakkan dia dalam liang lahad.

Ibu dan ayah Eshan sangat tabah dan kuat. Sebelum Eshan dimasukkan ke dalam liang lahad, ibu dia sendiri yang buka ikatan dan sempat mengucup kepala kaku Eshan. Tok Wan juga sempat mencium jenazah sebelum diberikan kepada ayah yang bersedia untuk meletakkan ke tempat Eshan akan bersemadi buat selamanya. Sebelum tu ibu sempat cakap "Eshan..sekejap je ibu dapat main-main dengan Eshan.." Kata-kata yang membuatkan semua yang ada terus mengalirkan air mata.

Tempat Eshan dah pasti disyurga. Ibu dan ayah dia dah redha dengan takdir Allah yang meminjamkan Eshan kepada mereka hanya untuk 10 bulan. 10 bulan yang penuh cabaran dalam membesarkan Eshan dan Alhamdulillah ibu dan ayah dah berikan yang terbaik untuk Eshan. 10 bulan yang menceriakan seisi keluarga. Kau pergi jua kepada Sang Pencipta buat selamanya.

Setelah selesai semuanya, kami bergerak ke rumah tok wan Eshan. Masa dalam bilik, aku dan Mak Uda Eshan mengimbau kenangan 10 bulan bersama Eshan. Tiba-tiba Ibu Eshan masuk dan episod air mata berulang lagi. Ibu tengok gambar Eshan. Sambil memgusap gambar Eshan, Ibu panggil Eshan sambil menangis..

"Eshan...Allah sayang Eshan..Ibu pun sayang Eshan..Tapi Allah lagi sayangkan Eshan...Astaghfirullah..."

Kak Sham cuba menahan kesedihan dengan terus beristighfar dan berzikir. Tapi setiap kali bercerita pasal Eshan, perasaan sebak tetap menguasai. Kami hanya mampu berkata, menangislah kak sham andai menangis itu boleh meredakan hati kak sham. Sebab kami sendiri tak dapat menanggung kesedihan apabila terkenang keletah Eshan yang aktif dan lasak itu. Semuanya terbayang dimata umpama skrin besar terpampang menayangkan kenangan suka duka bersama Eshan.

Hati ibu mana tak sedih, hati emak mana yang tak berduka seandainya zuriat yang dikandung selama 9 bulan dan terus membesar di depan mata di ambil balik nyawanya oleh Allah. Tapi itulah janji Eshan kepada Allah. Hanya 10 bulan dia ingin hidup didunia yang penuh cabaran. Eshan tak sanggup nak teruskan dan Insyaallah sekarang Eshan berada di syurga dengan gembira. Ibu dan ayah dah redha dengan pemergian Eshan cuma buat masa sekarang mereka belum bersedia untuk balik ke rumah kerana tak sanggup nak lihat barang-barang Eshan. Setiap sudut rumah mengingatkan mereka kepada Eshan.

Bukan saja ibu dan ayah, tapi kami semua masih lagi terasa kehilangan Eshan walaupun tempoh 10 bulan itu tidaklah lama tetapi pemergiannya sangat terkesan dihati.

Eshan..Mak Ngah rindu Eshan.. Masih terasa lenguh tangan Mak Ngah menimang Eshan. Masih terngiang suara Eshan ketawa bila Mak Ngah mengacah Eshan. Masih terdengar suara Eshan merengek apabila lapar. Masih teringat Mak Ngah pada keletah Eshan yang kelakar dan menceriakan kami. Tak puas rasanya bersama dengan Eshan..



Tempat Eshan dah pasti di syurga. Kita yang hidup ni belum pasti lagi bila masa dan ketika Allah nak ambil nyawa dan dimana kita akan ditempatkan nanti..Sama-sama kita menambah amal ibadat kita dan moga Allah menerimanya..Terima kasih kepada yang mengucapkan takziah dan mendoakan ibu dan ayah Eshan. Moga mereka terus tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan sebesar ini. Apalah sangat ujian ini kalau nak bandingkan dengan penderitaan yang dihadapi Rasulullah..

23 respons:

M@W@R Q@SeH said... [Reply to comment]

salam takziah...sebak sy...
betapa sukarnya menerima suatu kehilangan...syurga menantinya di sana...moga keluarga awk tabah menghadapinya...al fatihah

Aien Not Alien said... [Reply to comment]

Salam Takziah kak yana...sedih sangat baca entri ini tapi sedih2 saya lagi sedih ahli keluarga terutamanya ibu dan ayah Eshan.....

AIRA said... [Reply to comment]

daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali...semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini..

yana-feehily said... [Reply to comment]

mawar qaseh : entri ni dh lama terperam..tkde daya nk tgk gambar eshan..skrg ni baru ok..trm kasih awak..

Aien : trm kasih aien..btl tu, kita sedih..mak ayah dia mesti la lagi sedih..

Anonymous said... [Reply to comment]

semoga kamu sekelurga tabah especially parent eshan .

atIEsAyAnGkAmU said... [Reply to comment]

huhuhu...
sebak bace entri neh..

pastinyer eshan akan menanti ibu bapanyer di syurga..

gAdis inkAyz said... [Reply to comment]

sedih nya kak ngah wawa baca :(

takziah.

Jue said... [Reply to comment]

takziah yunk..comel ehsannyer..

s a r said... [Reply to comment]

salam takziah.

~tak boleh tahan dah air mata. :'(
dah lah comel sangat2..isk

alien said... [Reply to comment]

takziah.
semoga sekeluarga tabah.

SumeSakan said... [Reply to comment]

Tahziah buat Yana dan parent arwah adik ehsan...sedih baca cerita nih...

Unknown said... [Reply to comment]

lama xberkunjung ke sini... windu kak yana.... bila bukak, baca pulak kisah ni... Allahuakbar... sedih rasanya... huhu

moga keluarga Eshan tabah sebab anak sekecil tu yang akan menarik kita ke syurga kelak, insyaALLAH... si kecil yang suci... huhuhu

IDAZS said... [Reply to comment]

takziah yana. sebak dan mengalir air mata kak ida baca.

semoga yana sekeluarga tabah menghadapinya

dieyna said... [Reply to comment]

salam kenal.. alfatihah.. tumpang sedih...

Liyana Anuar said... [Reply to comment]

sedihnye..dah lama tak update ye..

takziah..

iema ツ said... [Reply to comment]

takziah ye . Ehsan memang penghuni syurga . harap ibu Ehsan tabah la ye .

ctk said... [Reply to comment]

em...ase nk nangis plak...semoga keluarga Eshan tabah n dpt ank bru lg

insyallah :)

Anak Wak Mail said... [Reply to comment]

sedihnya yana,,Allah lebih sayangkan Ehsan..takziah ye..

Unknown said... [Reply to comment]

As salam Yana,

Lama akak tak menjenguk ke sini, minta maaf byk2... Buka2 tgk berita sedih ni yg akak baca, innalillah syurga buat ayah & ibu Eshan...

Akak tak baca habis pun cite ni, xsmp hati... hati akak terobek2... Ya Allah, hanya dia yg tahu bagaimana perasaan ibu & bapa Eshan... Smpkan salam akak buat kedua ibu dan bapanya ye... :'(

Unknown said... [Reply to comment]

Takziah nana..aku faham rasa kehilangan tu mcmana..even aku pn smp skrg blom kuat utk trima semua tu..

♥Eyza Qhairy♥ said... [Reply to comment]

Sebaknyaaa.. Tak dapat nak bayangkan kalau jadi kat diri sendiri.. :(

NoorVictory said... [Reply to comment]

Huhu~ comel. Takziah. Semoga syurga Allah buat si kecil. Amiinn..

Anonymous said... [Reply to comment]

Assalamualaikumwarahmatullah. Salam takziah. Tumpang menjengah. I was blogwalking when i stumbled upon this entry. I lost my baby too 7 months ago. There has not been a day since yang mana saya tidak mengingati dan menangisi pemergian arwah. Insya allah beliau di tempat yang jauh lebih mulia. Dalam peliharaan nabi ibrahim as. To the parents, time heals insya allah. Hanya doa yang mampu kita hambaNya yang lemah panjatkan kepada yang Maha Pencipta. Amin.

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya