Dilema orang yang berkahwin
~ bila jumpa orang/sedara mara, semua pakat tanya..Dah ada isi ke?
Jawapan saya..
1) Isi perut
2) Mengandung lemak
Tapi bagi saya pertanyaan begitu tidak menjadi kudis pada saya malah saya gembira sebab orang sekeliling sangat take care akan saya. Tanpa rasa kecik hati ataupun sedih, saya menjawab pertanyaan mereka dengan nada yang happy. Selepas itu pastinya mereka akan mendoakan supaya dikurniakan rezeki (anak) itu dengan cepat. Amin..
2 hari lepas saya bermimpi kawan-kawan saya semuanya tengah mengandung tapi saya tidak. Petanda apakah itu? Ya..mimpi adalah mainan syaitan. Saya bukannya alim ulamak yang warak untuk dapat petanda melalui mimpi, jadi saya abaikan mimpi itu walaupun dalam hati terdetik jua perasaan cuak. Sampai hari ni tak beritahu incik suami lagi akan hal mimpi tersebut. Tolong rahsiakan dari dia ok?
Hal rezeki (anak) itu bukan urusan kita untuk menentukan bila dengan tarikh sekian-sekian, tetapi hak mutlak Pencipta kita. Segalanya telah ditentukan dan menjadi rahsiaNya. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha lalu bertawakal kerana hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Sekian. Teruskan berdoa untuk saya. Jangan lupa ok?
p/s - rasa macam buat karangan masa kat sekolah saja. letih kot guna ganti nama saya kat dalam blog ni.
motif guna saya : belajar untuk menjadi gadis sopan. hakhakahaktuii..
Buah hati pengarang jantung hamba |
19 respons:
kak yana....kena sabar banyak-banyak la dengan pertanyaan orang sekeliling :D
comelnya...anak buah akak ea?
insyaAllah ada rezeki tu nnt...
baiklah rahsia...x kan bgtau...hehehehe...insyaallah sama2 kita berdoa k...akan tiba masanya t...lagipun rezeki masing2 alllah dah tetapkan...cuma kita je kena berusaha...hehehehe
insyaallah pasti ada rezeki nanti. kak ida yang dah ada anak satu ni pun orang sibuk duk tanya bila nak tambah.
kadang-kadang geram juga, ingat tambah anak ni macam tambah nasi agaknya.
tapi kak ida selalu jwb, insyaallah kalau ada rezeki nanti adalah.
Amin :)
biasalah 2 yunk..soalan lazim..he3...:-)
InsyaAllah..t dptla 2...aminnnnn
salam...ek rahsia????
encik suami x kan x baca blog ni...
betul tu nana...rezeki Allah yang bg..if dia x bg skrg, InsyaAllah ade kemudian hari...
Ust Kazim ade sebut, bg org yg xde anak or x kawen xde jodoh, Nabi Muhammad sendiri yang akan menanti dia di akhirat...
INSYALLAH ADA LAAA REZKI NANTI.... SY PUN SEDANG MENUNGGU SEPERTI ANDA.... SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA.........AMIN
kak yana cayang, DIA tau waktu mana nak kasi amanah yang berat tu... kita hanya berdoa dan is sentiasa doakan kak yana dikurniakan permata hati tu, insyaALLAH (^___^)
huhu , polite ;)
takpe, ada rezeki nanti adalah kan~ :)
Insya-Allah Yana... kita merancang, Allah yg menentukan akan tiba masanya ia tetap dtg jua. Jgn stress kerana ia menambah kekusutan...
Umi harap dear bersabar dengan perangai orang disekeliling ..umi doakan agar dear mendapat apa yang diingini ..amin40x ..amin40x .. tak mau sedih2 ar
As salam dear Yana,
Selalu dgr ustaz2 ckp jodoh, maut, anak segalanya rahsia Allah... Insya'Allah ade rezeki kamu nnt... teruskan berusaha ye... Akak sentiasa doakan buat kamu...Amin~
sabar...dorang taw cakap je
insyaallah kak...ada la nti tu...anak kn rezki tuhan...banyakkan doa, n banyakkan bersabar k :)
takdir itu hadiah dari Allah utk hambaNYA yang tidak ternilai dgn wang ringgit ^_^
miss u..
~adik~
gadis ke ni?hak3...
sabaq yana...kami x kawen g, org sebuk tanya bila nak kawen..nanti dah kawen, lambat plak jadi mama, org tanya lagi, bila nak dapat anak...biasa la tu kan...
biasalah tu, mcm aku ni, selalu je org tanya bila nak tambah anak lagi...adoi la hai...
aku doakan ko yer...
siMerah dah leh menerap @3month witu (^___^)alhamdulillah.. suke n sangat xcited...
Post a Comment