apa perasaan korang bila dapat mesej macam ni..
"salam yana, kiteorang tengah fikir wedding present, nak kena beli awal sebab time tu mesti kiteorang tengah weng sebab stress :D jadi nak nama penuh yana dan amir dan ic number. kalu dalam bajet kami, kami nak belikan flight ticket. hehe tapi kalau bajet lari, akan beli benda lain, tapi nak info tu. pergi topup dan pasti sms balik k.."
wah..macam nak melompat dalam kereta je.*sebab dapat sms ni masa tengah drive. ni sms dari kawanku yang manis dan comel bernama NAJAH. siap nak taja honeymoon. ilebiu dear..hehe..kalau tak bagi pun tetap sayang juga ^___^ tak pasti tu hadiah bersama dengan siapa. mungkin dengan sheryl juga. sheryl yang ada baby girl yang cumel.. alena namanya..
u all memang best la. even jarang jumpa walaupun dekat sebab masing-masing sibuk dengan kerja, tapi u all still concern about me. i love u all forever tau! rasa nak peluk ketat-ketat..cewahhh..
apa-apa pun hadiah tu tak penting. yang penting ialah u all sentiasa kenang daku dalam doamu. ayat klasik gitu. moga hubungan persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya. segala jasa dan budi kalian hanya Allah yang mampu membalasnya..amin
tak payah la tanya tiket kapal terbang tu destinasinya dimana. sibuk je nak tahu. bukan main lagi korang ye. tunggu je la. kalau murah rezeki najah, aku buat la entri pasal vacation tu. tapi tahun depan la..tu pun kalau rajin..ahaks. eh..aku memang rajin kan? dah berapa entri asyik cakap macam tu. biarlah aku puji diri sendiri pun. itu kan doa. nak harap siapa lagi puji?
thanks a lot najah sebab sudi tanya pasal majlis. yana doakan najah n sheryl pass the exam with flying colour..mahal tu RM8k..biar sekali ambik je..nanti boleh jadi lawyer..yeay.. miss u all so muchie ^_____^
*mesej semacam ini membuatkan aku terharu berkati-kati
Feb 22, 2011
hari ini dalam sejarah 2
hari ini dalam sejara h ada 2 episod la pulak. lupakan dahulu entri pasal memasak. hari ini lebih bersemangat untuk bercerita pasal kereta yang rosak untuk kali kedua.
kenapa ye bila aku keluar dengan iema je, kereta rosak. asal kereta rosak je aku dengan iema..isk, unser tu sangat dengki dengan aku la. padahal aku sayang dia sepenuh jiwa. sungguh ni!tapi sampai hati sungguh dia rosak time aku drive. kenapa tak rosak time tak ada orang drive dia? apa jenis soalan ni? tak relevan langsung.
kali ni kerosakan berganda berbanding dengan hari tu. cumanya kali ni kami tak ada bersuka ria naik towing truck. kali ini gagahkan diri dan cekalkan hati untuk sampai ke bengkel dengan kereta mengeluarkan bunyi yang boleh menyebabkan jantung kita berdegup laju-laju. nasib baik dekat saja. kalau jauh, sah la unser tu terpaksa duduk sorang-sorang dia kat tepi jalan.
kerosakan kali ini adalah melibatkan compressor aircond. pulak dah. disebabkan kerosakan ini berganda dari kerosakan sebelum ini, maka bayarannya juga berkali-kali-kali-kali ganda. masa untuk menunggu sementara kereta disiapkan juga berkali-kali ganda berbanding sebelum ini. sempat juga tertidur kat atas kerusi di workshop tu.
*buat muka tak malu tidur atas kerusi malas uncle mekanik..
bayaran yang dikenakan cumalah RM700 T________T kalau duit sendiri, mahu menangis dengan air mata bertimba-timba. almaklum la sekarang ini penyakit poket gersang sedang melanda. jadi dua tiga hari lagi barulah ada air sikit. jadi terpaksa bersabar. cas RM700 tu termasuk sekali dengan servis. tukar minyak hitam dan sebagainya. kira murah la tu kan? yeke? murah sebab bukan duit aku.. haha
jadi hari ni sekali lagi perlu ke shah alam untuk selesaikan urusan yang tak kesampaian akibat dari berlakunya peristiwa hari ini dalam sejarah yang pertama. kepada toyota unser, tolong beri kerjasama yang baik kepada kami. jutaan terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberi. ilebiu unser. nanti i belanje u mandi kat carwash ye!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ini Blog Saya |