Lelaki vs Wanita
hari ni mari kita bercerita pasal lelaki dan wanita..lelaki selalu cakap yang mereka susah nak faham dengan wanita.wanita pulak kata, susahnya nak memahami sikap lelaki.
jadi siapa yang harus faham siapa?
Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki
di blog TENTANG CINTA ada mencerita kan tentang perihal sikap wanita yang disukai oleh lelaki..ada 8 sikap yang disukai kaum lelaki iaitu
- keanak-anakkan
- penuh pengertian
- menghargai
- menjaga penampilan
- pandai berbicara
- pandai bergaul dan menyesuaikan diri
- menghormati diri sendiri
- simpati dan prihatin
lelaki ni rupa-rupanya suka wanita bermanja-manja dengan diorang..yeke? bukan ke ada lelaki suka wanita yang tegas dan berdikari? ini adalah hasil kajian. jadi bukan 100% yang setuju ok? jadi kalau tak setuju sila angkat kaki dari rumahku ini. pintu keluar disebelah kanan bahagian atas ye..
lelaki mengharapkan wanita yang memahami jiwa raga mereka. hmm...betul la tu. wanita pun sama. tapi sebenarnya aku ni masih lagi tercari-cari formula nak memahami lelaki ni. almaklum, tak lama lagi bakal hidup berdua dengan kaum lawan jenis ni. mungkin wanita agak emosional dan suka berfikir bukan-bukan (akukah itu?)
lelaki ni kan jenisnya tak suka berkias-kias..betul tak kaum lelaki? wanita pula tak suka berterus terang. tak ke sifat kontra berlaku disini? jadi dah jumpa la formulanya. wanita kalau ada rasa tak puasa hati, berterus terang sajalah. lelaki pulak, kena la belajar cara untuk memahami bahasa kiasan. boleh gitu?
bukan saja lelaki suka wanita menghargainya, wanita juga nak dihargai. selalunya wanita kata lelaki tak hargai dia, lelaki pulak sebaliknya. hai..peningku fahami dirimu, peningku mengikut rentakmu.. (lagu ezlynn n m.daud kilau)
siapa yang tak hargai siapa ni? sebenarnya masalah berfikir diriku dirimu tak dihargai ni adalah disebabkan oleh salah faham je..sapa setuju sila angkat tangan ye..kadang-kadang, sesuatu yang dibuat oleh lelaki ataupun perempuan itu,seringkali tidak diketahui oleh pasangan yang mereka mengharapkan penghargaan. faham tak? bahasa melayu je ni..belum guna bahasa uganda lagi..hahha..
ok..ok..contohnya la, seorang wanita beli kek pada lelaki dan lelaki tu just cakap terima kasih. sedangkan siwanita mahukan ayat-ayat romantik dan puji-pujian atas apa yang telah dilakukan. tetapi lelaki pula tak tahu yang pasangannya nakkan dia cakap macam tu..jadi, berlakulah salah faham dimana lelaki tu kononnya tak menghargai. situasi kedua bila lelaki bagi sekuntum bunga pada wanita dan wanita juga ucapkan terima kasih serta diiringi ayat-ayat romantis..lelaki pulak hanya balas, biasa ja(sila lempang laju-laju)...sedihkan?
ini hanyalah contoh dan tidak ada kena-mengena dengan orang yang hidup mahupun telah meninggal dunia.
jadi..apa yang perlu dilakukan?
~hantukkan kepala anda sekuatnya kearah dinding berdekatan~lalalalaa
~hantukkan kepala anda sekuatnya kearah dinding berdekatan~lalalalaa
Saling Memahami dan Bertolak Ansur
kesimpulannya, lelaki harus cuba untuk memahami sikap wanita dan wanita juga cuba faham akan kehendak lelaki. lelaki tidak seharusnya mengambil sikap sambil lewa terhadap wanita dan wanita jangan terlalu berburuk sangka dan berfikir bukan-bukan tentang lelaki. masing-masing perlu bertolak ansur dan sentiasa berfikir positif terhadap pasangan masing-masing.
Terima Seadanya Dia
yang terakhir dan yang paling penting kita perlu menerima seadanya sikap dan sifat pasangan kita. jangan terlalu mengharap yang kita akan dapat orang yang begini dan begitu mengikut citarasa dan kehendak kita. siapa pun yang Allah tentukan untuk kita, maka itulah yang terbaik untuk diri kita. maka belajarlah untuk menerima segala kekurangan dan kelebihan dirinya. sentiasa berdoa supaya rumahtangga yang dibina mendapat berkat dan rahmat dari Illahi. saling berbincang dan bermuhasabah sesama sendiri, insyaallah mahligai yang dibina akan kekal harmoni dan abadi hingga ke syurga..
moga kita semua akan berbahagia didunia dan seterusnya mendapat kebahagiaan yang kekal di akhirat sana..Insyaallah..