Assalamualaikum..
Hari tu hubby dok beria cerita pasal money drop kat astro tu. Dia dok ajak aku masuk. Aku cakap sorry la, aku tak suka masuk tv. Lepas tu aku tak kisah dan tak ambik tahu pun pasal rancangan money drop tu. Almaklum kat rumah tak pasang astro.
Tapi semalam berkesempatan jugak tengok rancangan tu kat rumah makcik. Bila dah tengok baru la tau macam mana game tu sebab sebelum ni aku dok fikir game tu macam who want to be a millionaire. First time tengok memang dah rasa macam judi je. Ye la sebab bertaruh wang kan. Kalau salah jawab, duit tu hangus macam tu saja. Tapi takut la nak letak hukum sendiri.
Jadi pagi ni aku baca jawapan Ustaz Azhar Idrus, memang sah haram. Kesiannya kat orang melayu kita ni kan. Sedih sangat. Semalam mula-mula tengok siaran ulangan, mak dengan anak dapat rm80k. Dorang nak guna buat kedai makan kot. Pak Ndak aku cakap, 3 bulan terus bungkus. Bukan nak doakan yang tak baik, tapi kita dah sedia maklum, kalau datang dari sumber yang tak halal, mana nak datang keberkatannya kan?
Kesimpulannya, kalau benda haram, haramlah juga walaupun nampak macam halal. (faham ke?)
Ini Blog Saya |
33 respons:
oic...bru tahu cm 2..thanks info...sebelum nyue suka tgk money drop nie...xlah kata teringin masuk..xkot...betul gak, senang dpt duit..senang jgk la duit 2 pergi..
Thanks for info...heeeee~
mmg tkde veerangan nk masuk...
ade gak wet tu buat kawen..
berkat kah???
isk....tanya pd yg arif...
Kakak tak pernah tonton pun sebab tak ada astro pun Yana... tapi betullah yg haram tetap haram tak perlu nak pertikai
Nyue : macm tu la bila dah tak berkat.. :)
atie : nauzubillah..takut nnt kawen sekerat jalan, dah bercerai. sbb duit dah abih..huhu
yang haram itu dah jelas , yang halalpun dah jelas . cuma buka atau tutup mata ja untuk menyenangkan hati atas kebenaran sebenaq... kan? hmmm~ nice info... is pun tatau ada rancangan macam ni... hehee
banyak sangat rancangan la ni
kakzakie : sama la kita tkde astro, smlm tgk kt umah makcik je..hihi..tgk utk tmbah ilmu pengetahuan :)
haiyoyo..ape nak jadik lah dunia ni...
nana : tu la pasal..macam2 hal..
baru perasan laa . mmg ade unsur judi . huhu .
thanks for the info ^_^
eeiyss : tu la kan..macam2 program. smua ni dari barat..
mirmashi94 : alhamdulillah dah perasan :)
Miss M : u r welcome
ni sama kes mcm who wants to be a millionaire dlu tu kn?
Faham!!! Terima kasih!!! Tapikan, sebenarnya banyak sangat unsur judi dekat Malaysia ni especially from bank2. Bak kaat prof Mar, kalau dia yang jadi one of the actuarist or syariah committee untuk bank2, he afraid there won't be any banks or products yg akan ada sampai hari ni. =)
laaa ye ke... saya pun baru tau ni.. padahal saya lah peminat no.1 program kat TV Ria ni.. ehehehe.. thanx ya for sharing..
anisa : akak tak tau la apa kes ngan who want to be tu. rasanya tkde masalah kot yg tu sbb kita bukan pertaruhkan duit.
mardhiyyah :btl tu..sokong sangat..
gen2merah : tengok je tkpe..hihihi.
ooowhhh baru tahu..sebab selama ni byk tgk iklan je.. tu pon kalo balik umah parent.. umah kat kl ni..xpasang astro.. jadi xamek tau sgt program nie.. dan xtau plak dari sumber mana dorang dapat tu.. main camne..
akhir zaman ni..macam2 cara org cuba nak menghalalkan yg haram...
yg sedey nye org Melayu MUSLIM yg ikut terkinja2 kan benda camni..sedey2...
Umi sokong apa yang dear cakap ..kalau unsur haram jadi tiadalah keberkatannya .. huhuhu
sufatihanur : btl tu teha..org melayu kita yg plg ramai.
umi : bila tak berkat, sentiasa rasa tan ckup. kan?
insyaALLAH kak... moga2 impian kak yana tercapai... enjoy berdua dulu , t dah xdapat moment berdua tu selalu tau... hehee
Slalu gak tengok, baru tau,
haram??
So kalo haram, rancangan tu patut la stopkan, majority org melayu...
Sedih!
Salam kenal;)
eeiyss : tq is :)
aine ainun : salam kenal n tq :)
klu boleh mmg nk haramkan, tapi siapa yg nak dengar ckp kita ni kan? huhu
uihsss.. memang kena ambil serius bab halal-haram ni.. jangan sampai ianya mengalir dalam darah daging kita kalau ianya sah-sah berunsurkan haram.
Syubhah pon kalau boleh (mesti hindari) elakkan sebab ianya menghampiri kepada hukum haram~
mcm2 skang ni..kdg2 bile melibatkn duit, ramai org jd gelap mate. halal haram tolak tepi. ayu pun baru tau money drop ni haram. xpernah tgk pun sblum ni kat tibi
singgah lagi,huhu(ntah pape)
saya pun dah buat entry tentang ne..kalau tidak tak taukan?
selamat pagi Yana (",)
suka mendapt maklumat dari program nie...
haram? hmm nasib baik x msuk
semalam masa saya tengok siaran ulangan yang pasangan mak anak dapat 80K tu....bila dia cakap nak bukak kedai makan, terus saya pandang kawan kat sebelah, dia pun pandang saya..."halal ke duit tu??"
sebab kitorang dari awal macam dah musykil dengan cara pertaruhan duit 1 juta tu....macam ada unsur judi....hmmmm
saya suka jwp soalan,tu jer...haha.
sebelom ni pernah dgar yg rancangan ni judi..huhu..kan..ksian plak..mcm mna org yg dah join tu kan =.=''
nasib baik kurang minat rancangan ni...
Until a friend told me abοut it Ӏ haԁn't even realized it possible. Looks as though I'm way
behind οn the issuе..
my blog post - best loans on the market
Post a Comment