Jan 31, 2012

Pernah makan tak?

Assalamualaikum..

Masa kecik-kecik dulu kat kampung kadang-kadang dapat makan buah hutan. Siapa bagi? Aku pun tak ingat. Rasanya ada orang-orang kampung yang masuk hutan lalu sedekah pada kami dan kami pun dapat la merasa. Jadi aku nak kongsi buah-buah yang aku penah makan tapi susah nak jumpa.

Yang pertama buah rotan. Ini bukan buah rotan yang kita beli kat kedai, yang ada bijan tu...ini original buah dari pokok ok?
buah rotan
Ini lah rupa dia..Rasa dia masam-masam kelat kot. Tapi yang pastinya masam tu. Tak tau la Cikgu Ma penah makan ke tidak sebab dia anak yang baik, duduk rumah saja..hihi. Mana nak dapat buah ni lagi?

Kemudian buah Khakao. Ishh aku tak ingat la nak eja macam mana tapi bunyi dia kaka. Bukan kahkahkah gelak tu ye..Buah ni kulit dia kedut dan isi dia masam. Oh masam lagi..menaip pun nak kecur air liur. Malangnya disebabkan tak tahu nama saintifik dia, jadi tak jumpa kat google. Huhu..sedih dan kecewa sebab tak dapat tunjuk kat korang. Nak ambik gambar pun mana penah jumpa dah buah ni...

Yang ketiga buah keriang. Orang kedah sebut buah ghiyang. (riang-disebut oleh lisa surihani). Ada dua jenis, kecik dengan besar. Buah ni rasa manis-manis kelat gitu.

buah keriang lada
Ini ghiyang dot a.k.a lada namanya. Pokok dia ada kat padang bola kampung aku. Sekarang ni jangan kata pokok, padang bola pun dah tak ada. Tapi aku dapat makan buah ni time belajar kat kelantan dulu. Dalam kolej aku ada tapi tak siapa pun reti nak makan. Jadi buah ni bertaburan sampai jalan bertukar jadi kaler ungu.

buah keriang
Sekali pandang macam buah anggur pun ada kan? Tapi bukan. Ini pun buah ghiyang jugak tapi versi besar. Aku 1st time makan kat umah Cikgu Ma time raya haji masa sekolah rendah dulu. Lama dah..lebih 15 tahun. Masa ni jakun habis sebab tak penah tengok, dok makan yang kecik ja..Lepas makan kat umah cikgu ma, aku tak ingat dah penah makan ke tak lagi. (cikgu ma pun ingat ke tidak aku penah makan buah ni kat rumah dia)

Seterusnya buah rumbia. Dengar macam atap rumbia je kan. Aku rasa ye kot buah ni dari pokok rumbia yang buat atap tu. Belakang rumah aku ada pokok ni dulu. Buah dia pun rasa manis-manis kelat juga.
buah rumbia
Rupa dia ada macam buah kelubi kan? Tau ke buah kelubi tu apa? Ahh tak payah jawab la sebab kita tengah cakap pasal buah rumbia. Spesis kulit dia agak serupa dengan buah rotan, tapi buah rumbia ni besar dan kulit dia tebal. Buah rotan kecik dan kulitnya nipis.

buah lemba
Last sekali buah lemba. Masa kecik-kecik memang seronok makan buah ni sebab lepas makan, bila minum air kosong, air tu jadi manis. Aku tak berapa ingat rasa buah ni macam mana tapi pastinya manis kot sebab manis dia melekat lama kat lidah kita. Sebab tu la minum air kosong pun rasa manis. Kalau nak jimat gula, boleh la hidangkan buah ni dulu then hidang air sirap tanpa gula pada tetamu anda.

Ini pula rupa pokok lemba. Kecik saja pokok dia dan buah dia ada kat akar kot. Ke buah tu akar pokon ni? Ahh..apa-apa la..

Teringin pulak nak makan buah-buah ni. Sapa pernah makan salah satu dari buah-buah di atas, boleh la share juga...

p/s - semua gambar dari google image.

28 respons:

N'yue said... [Reply to comment]

huhuuh...sakit pipi...tgk buah rotan, masammm nyerrr...

& nyue suka buah apa xthu..tp yana gthu buah lemba..umah atok kecik2 dlu ad..y best mkn buah ni n mkn buah rotan..buah rotan akan rs manis..

rindu nyerr nk mkn ag...

Yana Libra said... [Reply to comment]

Semua tu saya tak pernah makan..hehe~

kayna said... [Reply to comment]

bagusnyerr.. baru tau rupa buah2 ni. Tak pernah tgk pun

-Incek Fik- said... [Reply to comment]

Uihsss.. banyak senarai buah-buahan kat atas ni Fik belum try lagi. Tapi ada satu buah ni memang tyme fik kecik-kecik dulu suka makan.. buah dia tumbuh liar jer kat tepi jalan, semak sama hutan.

Nama buah dia buah kuncur.

Kaler hijau-hijau kuning, masam-masam sikit.

Tapi bila dah bertukar jadik kaler ungu merah kehitam-hitaman.. rasa dia bertukar masammasam manis.

Memang best la rasa dia ^^

nora rashid said... [Reply to comment]

lama dah x jumpe buah2 hutan ni..

Kakzakie said... [Reply to comment]

Dalam banyak-banyak yg Yana tayang buah pertama kakak pernah makan. Masam kalau buat jeruk best, tapi kakak panggil asam paya. Heee... kecur dibuatnya. Susah dah nak jumpa sekarang nie...

N'yue said... [Reply to comment]

serius...2 jenis buah 2 jer y nyue biasa mkn time knk2..skng xthu la nak cr mne..huhu..

Jue said... [Reply to comment]

pernah makan..maklumla org kg..hik3..buah keriang lada ngan buah rumbia 2 jue pnah makan ms kecik2 dlu..tapi kg jue pgil nama lain kot..hik3


*now mmg payahla nak carik..xdo..ssh..:-)

N'yue said... [Reply to comment]

kenangan terindah gak dgn buah2 nie..

yana-feehily said... [Reply to comment]

N'yue : wah..penah makan jugak ke.masam kan buah rotan. hihi

yana libra : mesti org bandar ni, sbb tu tak penah makan..

kayna : tu pun jenuh google..hehe

fik : buah kuncur ye..hmm tak penah dengar tapi penah makan kot. mungkin nama dia lain kat tempat yana.. :)

Cikgu Ma said... [Reply to comment]

ni cikgu ma mai dah...dok tersedak tgh ngajaq td rupanya memba sekampung dok seru..hehe..

anak yg baik? buas gak ni...

semua buah tu penah makan kecuali buah lemba..tak penah dengaq dan tengok...macam kepala togey ja...

N'yue said... [Reply to comment]

yup...masam2 manis..he3

Kancil 8349 said... [Reply to comment]

ndak pernah nampak dan ndak pernah juga makan...

MaryaYusof said... [Reply to comment]

Salam Yana,

Serious akak tak ingat pernah mkn ke tak buah-buah exotic ni... rs mcm pernah tp xingat... tak pernah kot*

Tp bile yana ckp masam, kecut rasa pipi...hehehe

Buah rumbia & buah keriang tu mmg familiar :)

Gempa bumi di Peru ni bg org tempatan mcm benda biasa... tp mcm akak yg baru lg di sini rs seriau...ngeri dan jakun sikit...hehehe... terima kasih atas doa :)

yana-feehily said... [Reply to comment]

nora rashid : susah dah nak dapat..kena masuk utan la..hihi

kakzakie : yg tu bukan asam paya. itu buah roran. kecik2 je buahnya...tkde isi sgt pun..

N'yue : pandai la n'yue..makan buah lemba pastu makan buah rotan..hihi

jue : jue panggil apa? kiranya jue tak la kampung sgt kan..hihih

cikgu ma : kami mmg igt sgt p mkn buah ghiyang tu kat umah hmpa..buah lemba tu dapat kt umah tok non tukang besi..

kancil : mungkin kancil panggil nama lain kot :) rugi laaa...

marya yusof : mmg kecur liur kak..kembang je pipi..hik3..

lyza said... [Reply to comment]

Salam kenal :)

buah2 ni sume saya tak penah makan.. tak pernah jumpa pun waima dok kat kampung.. :P

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said... [Reply to comment]

semua tue baru hari ne tengok tau..mmmmmmm

هانيم إرشاد said... [Reply to comment]

tak penah makan satu pown buah sume tuw. :(
nak jugak rase!!

yana-feehily said... [Reply to comment]

lyza : salam kenal n tq :

laa..yeke, mgkin kak lyza ni ddk kt rumah je kot :)


baby (mama amana) : blh tunjuk kat gambar je la sbb saya pun jarang jumpa dah la ni..

hanim : tak dpat la nk tlg sbb akak pun dh lama tak makan buah2 ni..hihi

eeiyss said... [Reply to comment]

xpenah makan lagik buah rotan tu ngan buah lemba... wah... tanya mak... dia penah makan...
buah rambia tu sempat la makan kecik2 dulu sebelum pokok tumbang... sekarang dah tatau nak cari katne

JunAina said... [Reply to comment]

Buah rembia tu kelat, bila makan hat luaq dia tu jgn cari pasai nak telan cepat2 mau mengkelan kata org Perlis. Buah rotan, keriang dan keriang dot pernah makan jugak. Buah melaka?

yana-feehily said... [Reply to comment]

eeiyss : buah rotan tu k.yana makan masa kecik2 dulu ja..time sekolah rendah..lps tu tk jumpa2 dah..

yana-feehily said... [Reply to comment]

junaina : haha..mengkelan, lama tak dengaq perkataan tu..buah melaka tu mcm mana kak? tak tau pun..tau buah melaka kuih tu ja :)

Aien Not Alien said... [Reply to comment]

dah tak jumpa dah buah2 camni... buah lemba pernah la rasa sekali...



*yang hidang sirap tanpa gula tu tk menahan...huhuu

yana-feehily said... [Reply to comment]

aien not alien : agak2 bila last makan buah lemba tu?

hihi..nak jimat punya pasal..

naiemah_ramli said... [Reply to comment]

buah rotan pnah mkn..hihi..dia kelat kan..buah keriang pon pernah mkn..skrg buah kriang ssh nk cari dah,dlu slalu ambil kat kwsan bendang..skrg dh tak dak kan..rindunya nk mkn buah ni T__T

Niza Romli said... [Reply to comment]

buah lemba ni mcm penah makan, tapi tak sedap kot rasa dia kan?







hai, org sik?

Anak Wak Mail said... [Reply to comment]

percaya atau tidak,,saya tak pernah makan semua buah dia atas..haha

lemba,,rumbia,,ghiyang,,semua tak ernah dengar..haha

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya