Jun 23, 2009

~new look~

salam all..

hari ni bosan takde nak buat apa,so aku pun tukar la background blog ni..atiepun dah tukar,nana pun nak tukar jugak la..hehhee...

tapi macam serabut la pulak..tapi biarlah..aku sukeee...huhu

disebabkan keboringan sampai tahap petala lapan kuasa dua,dengan internet yg tersangat laju(laju la sangat) akhirnya berjaya jugak tukar setelah sekian lama nak tukar..ape ko merapu ni yana..

hari ni takde buat apa2,tak ym dengan sapa-sapa setakat ni..sebab dok pulun mengadap mende alah ni la..tangan ni gatal aje nak online ym,tapi hati ni dok pujuk suruh sabar..bukan apa,karang mesti tak jadi punye la..

so..sekarang dah macam puas hati aje,so dah boleh la on ym..

::resepi::

Resipi penyembuh dosa

Bahan-bahannya :
¨ Ambillah akar-akar kemiskinan dalam jiwa kesabaran
¨ Gaulkan dengan serbuk fikiran kesedaran
¨ Campur dengan rasa rendah hati dan kesyukuran


Cara mengadunnya :
¨ Tumbuk kesemua bahan itu ke dalam lesung taubat
¨ Basahi dengan airmata sesalan
¨ Tuangkan ke dalam bekas rendah diri
¨ Lapik dengan kertas kekuasaan Ilahi
¨ Lumur dengan minyak keimanan
¨ Tanaklah dengan api tawakal

Penghiasnya :
¨ Simbah ia dengan istighfar banyak-banyak
¨ Balut dengan limbaran keinsafan
¨ Taburlah dengan bunga-bunga cinta dan kasih sayang
¨ Hias dengan tiang-tiang kehormatan
¨ Selitkanlah dengan potongan-potongan iman
¨ Hidangkanlah ia di atas hamparan ketakwaan demi keagongan Ilahi Pencipta sekalian alam
Ciri-ciri

keperibadian Muslim

1. Takwa
Sifat takwa merupakan sifat asas sebagai seorang Muslim, iaitu patuh dan tunduk kepada Allah SWT dan setiap detik kehidupannya. Takwa merupakan sumber kekuatan tersembunyi yang meresapi dalam diri Muslim. Dengan sifat takwa itu, para sahabat mampu merentasi padang pasir dan melakarkan nama Islam di muka bumi ini.

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya