Jul 3, 2009

~sebab doa terhijab~

assalamualaikum..

alhamdulillah syukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar pagi ini..masih lagi diberi peluang untuk melihat..masih lagi dipinjamkan segala nikmat termasuk menggerakkan jari untuk menaip sesuatu..maka,gunakanlah untuk kebaikan bersama..renung-renungkan dan selamat beramal.. ^_^



10 Sebab Doa Terhijab

“Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulah
kami apakah sebabnya?”

Ibrahim Adham menjawab, terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”

1) Kamu mengenali Allah tetapi tidak menunaikan hakNya (perintahNya).

2) Kamu membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.

3) Kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) Kamu mendakwa mencintai Rasulullah tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.

5) Kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

6) Kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.

7) Kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

8) Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.

9) Kamu makan rezeki Allah tapi kamu tidak mensyukurinya.

10) Kamu mengebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa mengambil iktibar daripadanya.

.................................end...................................

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya