Abu Abdillah al-Nu'man bin Basyir r.a berkata.."aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,"
"HALAL itu jelas dan HARAM itu jelas, dan diantara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat/samar/tidak jelas halal-haramnya) yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Sesiapa yang berhati-hati dengan hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan sesiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti pengembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja mempunyai tanah larangan dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah dia itu adalah HATI.."
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)