Assalamualaikum..
Hari tu cakap pasal sms yang menjengkelkan..Kali ni ada pertambahan sikap manusia yang menjengkelkan.
Cakap bisik-bisik belakang orang
Cakap bisik-bisik dalam ofis konon rahsia la padahal ada orang sekeliling depa. Tak ke menimbulkan syak wasangka bukan-bukan oleh orang sekeliling. Ko nak cakap rahsia-rahsia pergi tempat lain, bukan dekat dengan orang yang dikenali. Orang sekeliling boleh fikir kau tengah mengata dia.
Bagi cenderamata pada orang-orang terpilih bila pergi melancong mana-mana.
Ya..Memang hak dia nak bagi pada siapa tapi kalau taknak bagi pada semua orang, kau sorok-sorok la sama masa nak bagi tu. Nanti orang yang tak dapat tu kecil hati tahu? Susah nak jaga perasaan orang ni, jadi untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini sila la jangan berbuat demikian. Kalau kau takde bajet nak bagi untuk semua orang, pastikan orang yang tak dapat tu tak tahu pun siapa yang dapat. Faham? Tak faham sudah..
Pembodek.
Ini paling tak tahan. Dia punya bodek bukan main lagi. Kalau boleh nak diberitahu semua orang bahawa dia saja la yang buat kerja terutamannya pada incik boss. Perlu ke nak ceritakan saya dah buat ini, saya dah buat itu..semua pun saya buat? Whatever la..
Kau sibuk kenapa? biar la dia nak cerita ke apa ke
Orang yang bersalah tapi masih nak salahkan orang atas kesalahan diri sendiri.
Korang rasa teruk tak orang macam ni? Dulu-dulu aku ada jugak buat perangai camni, tapi aku dah insaf. Korang rasa siapa yang selalu berperangai dan bersikap macam ni? Mesti la incik boss. Boss mana boleh buat salah. Opss...Aku tak pernah jadi boss.
Cukup dah kot setakat ni. Nanti bila ada lagi aku tambah, Eh apasal aku asyik cakap pasal benda yang menjengkelkan ni? Bajet macam sikap aku dah lawa sangat ke? Takde la..Just nak share untuk peringatan diri sendiri dan korang semua. Kita ni bukannya sedar yang perlakuan kita ni kadang-kadang dah menyinggung perasaan orang. Kita rasa kita dah buat the best tapi dalam pada tu ada jugak orang tak puas hati dengan kita.
Jadi macam mana ni? Hmm..Sebab tu ada peribahasa
buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali,
buatlah berkali-kali (kena tukar, buat jahat jangan sesekali) . Maksudnya berpada-pada la nak buat baik tu. Bukan buat baik sebab nak bodek ke apa.
Ikhlas kerana Allah. Biar Allah yang menilai setiap berbuatan kita, bukan manusia. Kadang-kadang sebab kita nak jaga hati orang ni, tapi orang tu pulak dah kita calarkan hati dia. Hisshh..Susah kan?
Kesimpulannya, biar sejengkel mana pun sikap orang sekeliling pada kita, yang lebih baik ialah kita
berfikir secara positif dan redha. Buat tak tahu je dan jangan terlalu ambik kisah dan sentiasa berfikir, nanti yang stressnya siapa? Mustahil la orang yang menjengkelkan tu akan stress kan?
Ya ALLAH, peliharalah hati kami agar sentiasa REDHA dan BERSANGKA BAIK atas segala ketentuanMu. Tentukanlah yg terbaik buat kami Ya ALLAH....
terima kasih sudi baca ^^