blk kampung bln lepas..18 julai sampai 26 julai..salam tempoh kurang lebig 9 hari tu macam2 peristiwa berlaku..1st skali wedding adik on 20 julai di langkawi..pastu interview kat wisma darulaman 23 julai..ingatkan nak blk KL dah sabtu pagi tp Allah tu lebih mengetahui..jumaat malam tu sepupu sebelah umah meninggal..pergi buat selama2nya meninggalkan 5 org anak yg masih kecil..
mmg aku terkejut n tak sangka dia pergi secepat tu..yang lebih menyedihkan,suami dia baru jgk meninggal dan dia baru saja habis tempoh edah..jadi yatim piatu la anak2 dia..ya allah,mmg menyayat hati..anak sulung baru 15 thn n yg bongsu baru 4 thn..bila pandang muka anak2 dia,air mata ni laju je turun..ya Allah berikan ketabahan n kekuatan pada anak2nya..moga dgn dugaanMu ini kan menjadikan mereka lebih kuat untuk menghadapi liku hidup..amin..
jenazah dikebumikan pada hari sabtu dan aku bertolak blk ke pangsun hari ahad..pukul 4 pagi baru sampai..ikutkan aku nak pegi pj je,then pegi ofis dari situ tp haji call ptg ahad tu suh blk pangsun jgk sbb ada hal..then pagi isnin kena pegi masjid wilayah,ofis pemuda masjid untuk bantu kerja2 seminar masjid serantau..
jadi bermula la episod berkampung di sana..disebabkan tu jugak aku tak sempat nak update blog ni..banyak kerja yg perlu dibuat..bab jemputan,peserta pastu kena follow up..haihh..blk lambat jugak la hari2..kadang2 11 mlm baru sampai umah..tp happy la sbb dapat pengalaman menguruskan seminar peringkat antarabangsa ni..bukan senang and tak smua org dapat rasa..
alhamdulillah forum silaturrahim kemakmuran masjid serantau (FORSIMAS) berjalan dengan baik sekali..bermula pada khamis 6 ogos sampai 9 ogos hari ahad di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi..terima kasih ibu2 dan bapak2 dari indonesia yang hadir,tak lupa pada wakil2 dari china dan kemboja..dan juga tidak dilupankan pada peserta dari Malaysia khususnya..terima kasih kerana memberikan kerjasama yang baik sebelum,semasa dan selepas majlis..pada Ibu Hamimah dan Ibu Anisah,makasih ya bu' atas hadiahnya..pada mbak ina dan mbak ratna,keep in touch..ada rezeki kami ke sana pula ^_^
pada adik2 sukarelawan dari Maktab Perguruan Islam,terima kasih atas bantuan yang di berikan..dah dapat vest tu pasni kena la tolong2 lg ye..hehee..terutama pada exco auditorium,iqmal,saffuan n asyraf..thanks 4 help..may Allah bless ^_^ teruskan perjuangan!
pada sahabat2 urusetia yang bertungkus-lumus ;
faizah,azie,ayu,k.ana,k.sue,umai,k.ila,sarah,syed,fairil,abg nuar,abg yusrin,nazmir n abg zaidee mudah2an apa yang kita lakukan ini diberkati allah hendaknya..terima kasih tak terhingga pada Tuan Haji Sahlan atas peluang yg diberikan,dan kepada Ustaz Taqiuddin dan Ummi atas tunjuk ajar dan tak lupa juga pada en.Rohizad yg tak kurang hebatnya membantu dalam melancarkan lagi majlis perasmian dan perjalanan forum..
*adios*