Jun 23, 2009

::resepi::

Resipi penyembuh dosa

Bahan-bahannya :
¨ Ambillah akar-akar kemiskinan dalam jiwa kesabaran
¨ Gaulkan dengan serbuk fikiran kesedaran
¨ Campur dengan rasa rendah hati dan kesyukuran


Cara mengadunnya :
¨ Tumbuk kesemua bahan itu ke dalam lesung taubat
¨ Basahi dengan airmata sesalan
¨ Tuangkan ke dalam bekas rendah diri
¨ Lapik dengan kertas kekuasaan Ilahi
¨ Lumur dengan minyak keimanan
¨ Tanaklah dengan api tawakal

Penghiasnya :
¨ Simbah ia dengan istighfar banyak-banyak
¨ Balut dengan limbaran keinsafan
¨ Taburlah dengan bunga-bunga cinta dan kasih sayang
¨ Hias dengan tiang-tiang kehormatan
¨ Selitkanlah dengan potongan-potongan iman
¨ Hidangkanlah ia di atas hamparan ketakwaan demi keagongan Ilahi Pencipta sekalian alam
Ciri-ciri

keperibadian Muslim

1. Takwa
Sifat takwa merupakan sifat asas sebagai seorang Muslim, iaitu patuh dan tunduk kepada Allah SWT dan setiap detik kehidupannya. Takwa merupakan sumber kekuatan tersembunyi yang meresapi dalam diri Muslim. Dengan sifat takwa itu, para sahabat mampu merentasi padang pasir dan melakarkan nama Islam di muka bumi ini.

0 respons:

Yana Feehily 2008-2011 © All Rights Reserved
Ini Blog Saya